Al_baitu jamilatun

Al_baitu jamilatun
Al Baitu jamilatun

Sunday, August 8, 2010

Thalhah bin Ubaidullah Radhiallahu anhu

Bismillahi RahmanirRahim
Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali_Muhammad
Thalhah bin Ubaidillah Radhiallahu anhu
Allahumma solli 'ala Muhammad
Allahumma solli alaihi waSalim

Mujahidin dalam ghazwah UHUD'
Mengawali riwayat sahabat besar ini adalah baiknya jua membaca satu ayat yakni ayat 23 surah al_Ahzab
Ertinya
Di antara insane yg beriman tersebut ada yg bersikap benar menunaikan apa yg telah dijanjikannya kpd Allah utk berjuang membela Islam maka di antaranya ada yg telah semperna menjalankan janjinya lalu menjadi syhada' dan di antaranya ada yang menunggu giliran untuk naik syahid dan insane mu'minin ini tidak akan mengubah hal yang telah dia janjikan tersebut
Setelah rasulallah salllahu alaihi wasalam membacakan ayat ini baginda sallallahu alaihi wasalam menatap wajah sahabatnya sambil menunjuk kpd Thalhah bin ubaidillah dgn bersabda

Ertinya sesiapa yg suka melihat insane lelaki yg masih berjalan di adimul ardhi padahal ia telah menyerahkan nyawanya untuk naik syahid maka hendaklah memandang Thalhah

Thalhah telah ditaqdirkan akan naik syahid di medan ghazwah UHUD.

Thalhah telah dijanjikan aljannah antara 10 sahabat yg dijamin aljannah dari sabda rasulullah sallallahu alaihi wasalam…inu menenangkan hatinya aman hatinya dgn janji naik syahid dari sabda rasulullah sallallahu alaihi wasalam.
Perjalanan perniagaan menuju basrah thalhah radhiallahu anhu sempat bertemu dgn se ore pendita yg amat baik akhlaknya sewaktu pendita tersebut memberitahu kpdnya bahawa nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam akan mucul di tanah makkatul Mukarramah seperti yg di khabarkan oleh Nabi yang solih, masanyatelah dating menampakkan diri .
Diingatkannya Thalhah agar tidak ketinggal menyertai kafilah keRasulan nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam pembawa petunjuk hidayah islam rahmatan lil 'alamin
Setiba di makkah negeri kelahirannya sesudah berbulan perjalanan niaga kafilah dagang di basrah dalam perjalanan tersebut ia mendengar bicara penduduk makkah akan hal Muhammad rasulullah sallallahu alaihi wasalam
Muhammad alAmin yang menyebut wahyu pertama di gua Hira' selaku nabi terakhir yg membawa risalah Iman dan islam untuk seluruh alam.
Insan yg mula mula ditanayi oleh Thalhah adalah saiyidina Abu Bakrah asSiddiq.
Abu bakrah menyatakan dia baru kembali bersama nabi Muhammad rasulullah sallahu alaihi wasalam dan abu bakar assiddiq menyatakan bahawa dia berdiri bersama Rasulullah sallahu alaihi wasalam
Lalau thalhah berkata kpd dirinya sendiri
Muhammad akan berpkat dlm kesesatan bila ia membuat demikian…muhammad sallallahu alaihi wasalam telah mencapai usia 40tahun dan kita belum pernah mendengar kebiohongannya walau sekecil hal dlm usianya yg selama ini. Apakah mumkin ia berdista fari in terhadap Allah subhanahu waTa'ala lalau mengatakan Tuhan telah mengutuskannya dan mengirimkan wahyu kepadanya…suatu hal yang tidak logic dan bercanggah dgn akal yg waras…
Thalhah cepat gerak menujuk ke rumah saiyidina abu bakar assiddiq ia ditemani saiyidina abu bakrah assiddiq menemui rasulullah sallallahu alaihi wasalam dan menyaksikan sesungguhnya allah adalah tuhan sekalian alam dan nabi Muhammad adalah rasulullah
Muhgammad is the messeger of Allah…
Thalhah adalah hartawan dalam kabilahnya…kafilah dagang yang Berjaya dlm perniagaan di yaman dan syam…
Dia telah di serang oe4lh akfirin sbb beriman kpd allah dan nabi Muhammad…nasib baik dia diberi perlindungan oleh naufal bin khuwalid bapa saudara khadijah ummul mu'minin serta singa quraisy
Yang jua pendita yang alim akan hal rasulullah nabui Muhammad yang menjelaskan hal wahyu pertama telah terjadi di gua hira'…
Ketika peristiwa wahyu pertama diturunkan kpd nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam usia naufal bin Khuwailid telah tua Cuma ingatannya penuh dgn ilmu dari kitab taurat zabur dan injil…dia adalah pendita yang kuat beribadah…naufal menyatakan bahawa jika dia masih hidup di zan perjuangan dakwah nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam pasti dia akan berjuang bersama rasullallah sallahu alaihi wasalam
Thalhah turut berhijrah bersama rasulullah nabi muhammas salllahu alaihi wasalam serta turut menyertai semua ghazwah/peperangan yg disertai nabi Muhammad sallahu alaihi wasalam
Cuma dlm perang badar dia tak ikut serta kerana perang badar adalah perang yang tidak dirancangkan.
Thalhah berasa dukacita sebab dia tak turt serta berperang di badar alkubara
Sebenarnya perang badar tidak dirancang matlamat [pada ulanya adalah untuk menyekat rombongan kafir quraisy yang bari balik dari berdagang dan membawa bekalan dan senjata utk menyerang Negara madinah…maka pasukan badar mujahidin bermatlamat merampas beklan dan senjata kafirin…supaya kafirin menjadi lemah.
Said bin zaid mengetuai pasukan untuk menyekat bekalan makanan dan senjata puAK KAFIRIN DLM PERANG BADAR ..

KINI TIBA MASA GHAZWAH uhud…SAHABAT MENDAFTARKAN DIRI DLM dewan perang untuk menyertai perang uhud

Dalam peranguhud menampak kezaliman kafirin. Kafirin nak membalas dendam sebab kalah dlm perang badar alkubra…
Ghazwah uhud berlangsung dgn dahsyatnya kekalahan Nampak di puak kafirin pada mulanya tentera muslimin melihat puak kafirin melarikan diri berundur ini menyebabkan pasukan pemanah yg berda di bukit uhud terpedaya lalu turun mengambil ghanimah sedang rasulullah sallahu alaihi wasalam telah berpesan supaya tetap berada di puncak bukit uhud terutama pasukan pemanah tepat…keannya Khalid al walid yg belum muslim telah Nampak akan kesalahan tentera pasukan panah dibukit uhud lalau membuat serangan mengejut. Thalhah melihat rasulullah berdarah di pipinya lalau beliau melindungi tubuh rasulullah sallallahu alaihi wasalam. Rasulullah sabar menahan keskaitan yang amat. Musyrikin ingin membunuh rasulullah
Thalhah mengetuai satu pasukan berani mati untuk melindungi rasulullah sallahu alaihi wasalam
Thalhah menghayun pedang memenggal kepla musyikin musuh demi melindungi tubuh rasulullah salllahu alaihi wasalam.
Thalhah radhiallahu anhu telah memapah rasululah dgn tangannya di dadanya tangan kanannya memenggal kepala musuh sehingga Berjaya melindungi kekasihnya nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam
Gambaran dsahsta ghazwah uhud digambr abu bakrah assiddiq dgn seperti lafaz aisyah Ummul mu'minin
Usia rasulullah dalam ghazwah badar adalah 55 tahun ghazwah pertama dlm sirah nabi Muhammad sallalhu alaihi wasalam
Gagah perkasa rasulullah memimpin ghazwah badar alkubara dan ghazwah Uhud
Apabila disebut ghazwah UHUD maka Abu bakrah assiddiq selalau berkata inisemunya adalah hari thalhah radhiallahu anhu aku adalah insane yg mula mendapat rasulullah sallallahu alaihiwasalam maka bersabda rasulullah sallahu alaihiwasalam ke[padaku dan kepada Ubu ubaidah bin Jarrah..bantulah saudaramu thalhah kami lalu menengok thalhah ternya pada sekujur tubuhnya terdapat lebih dari tujuh puluih kesan cedera tusukan tombak, hirisan pedang dan tancapan panah dan ternya anak jarinya putus demi perjuangan jihad di uhud lalau kami merawatnya dengan baik
MasyaAllah perkasa serta sabarnya saiyidina thalhan Radhiallahu anhu.
Thalhah radhiallahu anhu adalah insane yang terbanyak hartanya dan amat berkembang perniagaannya kekayaannya semua hartanya di infa' utk jalan allah meninggikan kalimah Allah Addinul islam
Allah meluaskan rezekinya dan dia terus infa' untuk perjuangan islam.
Rasulullah menyebut thalhah insane baik hati

Thalhah insane pemurah
Thalhah insane dermawan
Selaku pujian atas sifatnya yang rajin bersedekah
Allah akan menggantikan harta yg telah dia infa'kan
Isterinya sa'dah bin auf menceritakan …katanya
Suatu hari saya menemukan Thalhah berdukacita. Saya bertanya kpd nya…ada apa hal dgn kanda…
Maka thalhah radhiallahu anhu menjawab
Soal harta yg ada padaku semakin banyak juga sehinga menyusahkanku dan menyempitkan dadaku kataku…Tidak menjadi soal, bahagikanlah sahaja ia lalau berdiri memanggil ore ramai kemudian membahagikannya kpd mereka sehingga tidak ada bakinya lagi walau satu dirham
Di suatu saat setelah ia menjual sebidang tanah dgn price yg tinggi maka dilihat tumpoukan harta lalau mengalir air matanya kemudian dia berkata
Susungguhnya bila sese ore dibebani memiliki harta yg sebegini banyak dan tidak tahu apa yg terjadi, pasti akan mengganggu ketenteraman ibadahnya kpd allah subhanahu waTa'ala
Kemudian dipanggilnya sebahagian sahabatnya dan bersamasama mereka membawa harta tersebut berkeliling melalaui jalan jalan kota madinah dan rumah rumahnya sambil membahagikannya sampai waktu zohor sehingga tidak ada pula bakinya yg tinggal lagi walau agak satu dirham.\ jabir bin Abdullah menggambarkan hal sifat pemurah Thalhah radhiallahu anhu dgn berkata tidak pernah aku melihat seseore yg lebih pemurah dgn memberikan infa' hartanya yg banyak tanpa diminta lebih dahulu drpd Thalhahj radhiallahu anhu
Dia adalah se ore insane yang amat banyak berbuat baik kpd familinya kuraba'nya, ditanggungnya nafkah mereka sekali jua sedemikian banyaknya
Meneganai hal tersebut dikata kan ore ramai hal dirinya
Tiada insane dari bani Taim yang mempunyai tanggungan, melainkan dicukupi perbelanjaan familinya. Di nikahkan anak anak yatim mereka . diberi pekerjaan familinya dan dijelaskan hutang hutang mereka
Al sa'ib bin zaid .lain hal cerita Thalhah ia berkata seperti berikut
Aku telah menemui Thalhah radhiallahu anhu
Sama ada ketika dlm perjalanan dalam mahupun sewaktu tinggal di rumah, maka tidak tidak pernah ku temui insane yang lebih merata sifat pemurahnya sama ada mengenai duit/nuqud. Kain pakaian atau makanan daripada saiyidina thalhah radhiallahu anhu…
Ketika timbul fitnah yg terkenal di masa Khalifah Usman ibnu affan radhiallahu anhu Thalhah menyokong alas an mereka yg menentang Usman ibnu affan dan membenarkan sebahagian besar tuntutanmereka mengenai perubahan dan pembaikan dlm pemerintahan dan pentadbiran kerajaan. Tetapi dgn pendirian ini, apakah ia mengajak atau menghasut ore ramai untuk membunuh usman atau bahkan ia merestuinya..
Tidak sekali lagi tidak . seandainya ia mengetahui bahawa fitnah itu akan berlarut larut dan membawa mereka kpd permusuhan dan saling menuduh serta menimbulkan dendam kebencian yg menyala nyala sehingga akhirnya jatuh mangsa pertama dgn terbunuhnya Zul Nuraini saiyidina usman ibnu affan radhiallahu anhu. Dlm peristiwa berdarah dan zalim itu.

Nescaya patilah ia akan menentangnya bersama sahabat sahabat yg mula mula menyokongnya kerana andaian dan jangkaan mula mula dari gerakan tersebut hanyalah sebagai gerakan perbaikan dan peringatan semata mata dan tidaklah lebih daripada ISLAH
Maka pendirian thalhah radhiallahu anhu ini berubah menjadi kemelut hidupnya yakni sesudah terjadinya cara kekerasan dan kekejaman di mana Usman bin affan radhiallahu anhu dikepong mush lalau dibunuh di rumahnya oleh bughah/pemberontak yang masuk ke rdalam rumah dari bumbung dima aketika tersebu hasan dan husin radhiallahu anhuma berkawal di pintu rumah khalifah
Tidak lama selepas imam ali bin abi thalib radhiallahu anhu menerima bai'ah dari umat muslimun di madinah yang di antaranya jua Thalhah dan zubair ibnu awwam maka keduanya telah meminta izin pergi melaksanakan Umrah ke makkatul mukarramah. Dari makkah sahabat ini menuju ke basrah dan di sana telah berhimpun banyak kekuatan yg hendak menuntut bela atas kesyahidan khalifah usman ibnu affan.
Waq'atu al Jamal atau peristiwa perang unta adalah satu peperangan di mana terjadi pertempuran dua pasukan, yg satu menuntut bela atas terbunuhnya Usman radhiallahu anhu dan yang lain adalah pasukan pemerintah di bawah khalifah ali bin abi thalib radhiallahu anhu.
Adapaun imam ali dlm memikirkan situasi sulit yg sedang melanda addinul islam dan umat muslimin berpandangan bahawa tidak ada jalan lain dan tidak seharusnya beliau bersikap lembut terus menerus terhadap pembangkanagan yg menentang pemerintahan yg sah atau dgn perkataan lain beliau mesti bertindak tegas terhadap setiap pemberontakan bersenjata yg melawan khalifah yg sah yang telah dikukuhkan oleh syariat.
Ketika ia bangun untuk memadamkan pemberontak semacam ini maka ia selalu mencari jalan untuk menghindari tertumpahnya darah saudara saudaranya yang sebahagiannya jua terdiri dari sahabat dan tyeman temannya, pengikut rasulullah nabi Mhammad salllahu alaihi wasalam…sau8dar5a sesame Islam
Yakni sahabat yg semenjak lama telah berjihad bersama melawan tentera musyrikin, menyertai pertempuran dlm medan ghazwah bersama di naungan paji tauhid yg bersatu selaku family/ USRAH bahkan menjadi saudara kandung yg saling membela menjamin keamanan sesame UKHWAH Islam
Bencana apakah ini…
Inilah satu ujian sangat berat yg barangkali tiada lagi ujian lebih besar daripadanya. Dalam mencari jalan penyelesaian dari masalah bencana ini dan utk memelihara keamanan menjauhi tertumoah darah muslimin maka Imam ali karramallahu wajhah selalu menggunakan setiap kaedah yg dapat diharapkan membawa perdamaian
Tetapi ore ore yg dahulu…
Pernah menjadi tali barut dan juak tentera rum dan empayar farsi yg dahulu pernah menemui kehancurannya di saat kejayaan islam di bawah khalifah usman dgn sikap munafik telah menyebarluaskan fitnah dan hasutan utk mewujudkan perang saudara…
Khalifah ali bin abi thalib radhiAllah
Menangis sehingga bercucuran air matanya sebaik sahaja ia melihat ummul mu'minin aisyah radhaillahu anhu dalam sekedup unta nya, bertindak mengetuai tenteranya yang hendak memerangi pemerintahannya. Dan ketika dilihat pula thalhah dan zubair bin awwam radhiallahu anhu pembela rasulullah sallahu alahi wasalam ini berada di tengah pasukan maka imam ali karramallahu wajhah lalau memanggil thalhah dan zubair bin awwamradhiallahu anhu agar kedianya tampil menghadapnya. Keduanya TAMPILLAH HINGGA LEHER kuda kudanya bersentuhan
Seterusnya imam ali karramallahu wajhah berkata kpd thalhah radhiallahu anhu
Hai thalhah radhiallahu anhu haruskah engkau membawa isteri rasulullah sallallahu alaihi wasalam untuk berperang sedang isterimu sendiri engkau tinggalkan di rumah
Hakikatnya aisyah amat menyesal meyertai waq'atuljamal menentang saiyidina ali karramallahu wajhah…hal ini ada disebut dalam hadis.
Kemudian imam ali Karramallahu wajhah berkata kpd saiyidina zubair bin awwan…
Hai zubair radhiallahu anhu, aku minta engkau menjawabkerana Allah ta'ala
Tidakkah engkauINGAT
Di suatu hari Rasulullah sallallahu alaihi wasalam lalau dihadapanmu sedang ketika berada di tempat Fulan
Baginda nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam bersabda kepada mu
Ya Zubair…
Tidakkah engkau kasih kpd ali karramallahu wajhah
Maka jawab mu
Tidaklah akan aku mengasihi kpd saudara sepupuku, anak ibu saudara dan bapa saudaraku, serta ore yg satu adDinul islam denganku…
Waktu tersebut baginda nabi Muhammad salllahu alaihi wasalam berkata …
Ya zubair demi allah …
Bila engakau memeranginya maka jelas engakau berlaku zalim kpd nya
Waktu tersebut berkata Zubair bin awwam radhiallahu anhu
Ya kini aku INGAT, hamper aku melupkannya
Demi Allah aku tidak akan memerangimu…

Talhah radhiallahu anhu dan zubair radhiallahu anhu menarik diri dari perang saudara ini…
Golongan muslimin yang memperhatikan perlawanan segera setelah mengetahui dudk hal sebenar dan demi melihat ammar bin yasir berperang di pihak saiyidina ali Karramallahu wajhah
Maka golongan muslimin ini teringat kalam nabi Muhammad sallahu alaihi wasalam
Yang akan membunuhmua adalah puak penderka/bughah
Seandainya ammar bin yasin terbunuh naik syahid dlm peperngan yg disertai thalhah ni, tentu akan termasuk puak derhaka
Thalhah radhiallahu anhu dan zubair radhiallahu anhu mengundurkan diri dari peperangan saudara mereka terpaksa membayar harga pengunduran ini dgn nya mereka tetapi mereka beruntung dapat menemui Allah subhanahu wata\ala dgn hati ysakinah mahabbah warahmah selaku syuhada' kean anugerah allah kepada thalhah DAN ZUBAIR RADHIALLAHU ANHUMA MENDAPAT FIKIRAN YANG CERDIK…benar DAN FIKRAH YANG JELAS SERTA FAQIH DLM ADDINUL ALLAH
Adapun zubir bin awwam. Ia telah diekori musuh bernama amru jarmuz yang membunuhnya di kala ia lengah yakni waktu ia sedang mendirikan solat syahid dlm menunaikan solat
Thalhah radhiallahu anhu syahid dipanah oleh maryam bin hakam…
Peristiwa terbunuhnya khalifah usman radhiallahu anhu telah mendatangkan keresahan pada jiwa thalhah radhiallahu anhu sebagaimana telah dinyatakan dahulu yakni ianya menyebabkan kemelut hidupnya
Padahal ia tidaklah turut serta dalam pembunuhan tersebut
Tidak pula menghasut orang untuk membunuhnya
Ia hanya membela ore yg menentang usman ibnu affan agar beliau memperbaiki pemerintahannya di waktu sebelum ada tanda tanada bahawa pemberontakankpd khalifah usman akan berlanjutan dan berlarut larut sehingga berubah menjadi kejahatan atau tindakan pemberontakan berakhir dgn trajedi sedih pembunuhan khalifah usman ibnu affan yang selalu tilawatul qur'ani setiap male…
Sewaktu ia mengambil bahagian dlm perang jamal bersama pasukan yg menentang saiyidina ali karramallahu wajhah menuntut pembelaan atas kematian usman Radhiallahu anhu maka ia hanya bertujuan untuk menbus dosanya yg diharapkan membebaskannya dari tekanan batinnya
Sebelum memulakan pertempuran dgn suara yg tersekat oleh air mata ia berdua dgn tawadhu' berkata..
Ya Allah ambilah kini pembalasan kesalahanku terhadap Usman radhiallahu anhu sehingga Engkau
Ya allah redha kepadaku
Kemudian sebaik sahaja dua sahabat ini ditemui saiyidina ali karramallahu wajhah seperti yang telah diceritakan di atas ternya kata kata saiyidna Ali radhiallahu anhu
Telah Berjaya menjernihkan hatinya dan dua sahabat ini telah meninggalkan medang perang jamal.
Naik syahid telah disediakan untuk dua sahabat ini
Rasulullah sallallahu alaihi wasalam bersabda
Ini lah insane yang mengorbankan nyawa untuk Islam. Insane yang ingin menyaksikan manusia yang syahid yang berjalan di adimul ardhi maka lihatlah thal radhiallahu anhu.
Adimul ardhi adalah dalam bahasa rab yang bermaksud muka bumi…
Asbab tersebut thalhah radhiallahu anhu menemui syahid...
Tempat yang disebut rafiqul 'ala …syhada' kekasih Allah ta'ala
Maka berakhirlah perang jamal yang menyedihkan umat muslimin
Saiyidatina aisyah menyesal atas slahnya dia melawan ali karramallahu wajhah dlm perang jamal ini disebut dlm
Alkisah kehidupan Aisyah ummul mu'minin
Aisyah menyesal kerana tergesa gesa dlm hal ini lalu meninggalkan basrah menuju ke makkatul mukaramah dan terus menghala ke madinatul munawarrah…
Imam ali karramallahu wajhah telah membekali
Makanan dlm perjalanan tersebut
Serta penghormatan besar selaku ummul mu'minin
Apabiola imam ali meninjau insane yang jadi syuhada' di medang ghazwah maka semua di solat kan akan jenazah tersebut…tatkala selesai mengkebumikan saiyidina thalhah radhiallahu anhu dan saiyidina zubair ibnu awwan radhiallahu anhu ali karramallahu wajhah berkata

Sesungguhnya aku amat mengharapkan agar aku nanti bersama thalhah radhiallahu anhu , zubir bin awwam radhiallahu anhu dan saiyidina usman ibnu affan radhiallahu anhu disebut allah dalam ayat 47 surah al Hijr

Kami menghilangkan perasaan hasad dengki sehingga mucul ukhwah islamiyyah penuh kasih saying dan golongan muslimim ini duduk berhadapan di atas pelamin dlm aljannah
Maka disapuknya makm sahabat ini dgn pandangan kasih saying yang terbit dari hati yang BERSIH dan penuh kasih serta diiringi dengan kalimah yang bererti
Telingaku telah mendengar hadis nabi Muhammad salllahu alaihi wasalam menyebutkan bahawa Thalhah radhiallahu anhu dan zubair radhiallahu anhu adalah berjiran di dalam aljannah
Wallahu 'alam
Alhamdulillah
Min Fadhillah wa RahmatiK
Alhamdulillah

No comments: