Al_baitu jamilatun

Al_baitu jamilatun
Al Baitu jamilatun

Sunday, August 22, 2010

praktikal semasa UPM_21 tahun


insan yang kuat

Mengendalikan marah
Hadis 2235 jilid 4 sahih muslim
Daripada Abu hurairah radhiaLlahu anhu berkata. Yang bernama pendekar bukannya ore yang banyak menjatuhkan lawannya tetapi pendekar sejati ialah insan yang sanggup menguasai dirinya ketika sedang marah

fadhilat memelihara anak angkat

Memelihara anak angkat
Hadis 2259 jilid 4 sahih muslim
Daripada Anas bin malik Radhiallahu anhu katanya Rasulullah sallallahu alaihi waSalam bersabda…Sesiapa yang memelihara dua anak gadis kecil (membelanjainya dan mendidiknya seperti anak sendiri…
Sampai keduanya dewasa maka aku akan dating bersama sama dengan dia pada hari Kiamat kelak_seraya baginda menggenggam jari jarinya

lihat bakal isteri

Melihat Bakal Isteri

Di antara perkara sunat yang digalakkan dalam Islam ialah seseorang lelaki melihat perempuan yang ingin dikahwininya sebelum peminangan. Syarak membenarkan melihatnya tanpa kebenaran dan pengetahuannya supaya dia tidak berhias terlebih dahulu. Jika perempuan tersebut berhias, tujuan melihat mungkin tidak akan tercapai.

Lelaki tersebut boleh melihat bakal tunangnya 2 atau 3 kali jika perlu untuk melihat dengan lebih jelas lagi kerana biasanya matlamat yang dikehendaki tidak tercapai hanya dengan sekali pandang.

Nabi s.a.w bersabda kepada Mughirah bin Syu’bah sewaktu dia berazam untuk meminang seorang wanita: “Lihatlah perempuan itu semoga ia akan mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua”(1)

Sahal bin Saad r.a berkata: “Seorang perempuan datang menemui Nabi dan berkata: “Wahai Rasulullah! Aku datang untuk menyerahkan diriku kepadamu.” Nabi memerhatikan perempuan itu atas dan bawah kemudian Baginda menundukkan kepalanya” (2)

Maksud menyerahkan diriku kepadamu ialah aku serahkan urusan diriku kepadamu, samada kamu mengahwini aku tanpa mas kahwin ataupun kamu mengahwinkan aku dengan sesiapa yang engkau rasa sesuai. Maksud Baginda menundukkan kepalanya ialah setelah melihat perempuan itu ialah Baginda tidak lagi mengulangi perbuatannya memerhati perempuan tersebut.

Abu Hurairah r.a berkata: “Ketika aku berada bersama Nabi s.a.w, Baginda didatangi seorang lelaki dan memberitahu bahawa dia berkahwin dengan seorang perempuan Ansar. Nabi bertanya: “Adakah kamu telah melihat perempuan itu? Beliau menjawab: “tidak.” Nabi bersabda: “Pergi dan lihatlah perempuan itu kerana sesungguhnya mata orang-orang Ansar itu berbeza dengan mata orang lain (yang dia mungkin tidak berkenan). (3)

Abu Humaid as-Saidi r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika salah seorang dari kamu ingin meminang seorang wanita, dia tidak berdosa jika melihat wanita tersebut untuk meminangnya, sekalipun perempuan itu tidak mengetahuinya.” Riwayat Ahmad 5/424

Wanita juga berhak melihat lelaki jika dia ingin berkahwin dengan lelaki tersebut supaya dia boleh melihat keadaannya dengan lebih jelas agar tidak menyesal selepas berkahwin. Sesungguhnya perempuan juga tertarik dengan beberapa sifat seseorang lelaki sebagaimana lelaki tertarik dengan beberapa sifat seseorang perempuan.

Batas-Batas Seorang Lelaki Melihat Bakal Isterinya

Seseorang lelaki tidak diharuskan melihat bakal tunangnya melainkan muka dan tapak tangannya (depan dan belakang). Muka dan tapak tangan adalah anggota zahir yang dimaksudkan oleh firman Allah:
وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
“dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.”

Hikmat pandangan hanya dihadkan kepada muka dan tapak tangan sahaja ialah kerana muka menunjukkan kecantikan dan tapak tangan memperlihatkan kesuburan badan dan kelembutannya.

Sekiranya seseorang lelaki itu tidak berpeluang melihatnya sendiri, dia boleh menghantar seorang wanita untuk melihat dan menceritakan sifat-sifat wanita tersebut kepadanya. Rasulullah s.a.w pernah menghantar Ummu Sulaim untuk melihat seorang wanita dan Baginda s.a.w berkata kepadanya: “Lihatlah kedua-dua ketingnya dan ciumlah bau badannya.”

Difahami daripada hadith di atas, perempuan yang dihantar oleh lelaki untuk melihat bakal tunangnya boleh melihat lebih daripada apa yang boleh dilihat oleh lelaki itu sendiri maka matlamat atau faedahnya tentu lebih banyak lagi.

(1) Riwayat Tirmizi dan beliau mengatakan hadith hasan dalam kitab nikah, bab hadith-hadith berkaitan dengan melihat tunang no 1087, Ibnu Majah dalam kitab nikah bab melihat perempuan yang ingin dikahwini no 1865 dan selain mereka berdua.
(2) Riwayat Bukhari dalam kitab nikah bab melihat perempuan sebelum berkahwin no 4833, Muslim dalam kitab nikah bab harus mas kahwin dalam bentuk mengajar Al-Quran no 1524.
(3) Riwayat Muslim dalam kitab nikah bab sunat memandang muka dan tangan perempuan yang ingin dikahwini no 1424.

makna kalimah Arab_Fi'lun madhi

1.mencari atau membahas2bersifat kikir atau bakhil kedekut3bebas atau sembuh daripada sesuatu seumpama penyakit dan sebaginya4membentangkan atau menghamparkan5melihat atau berfikir6membangkitkan atau mengutus7bersifat jauh atau berjarak8marah atau murka9sampai atau mencapai usia baligh10menelan11bersifat penuh keberkahan12bergaul atau berhubungan

13Meneruskan atau melanjutkan14Berjihad atau berjuang15Bertempur atau berperang16Menolong atau membantu17Menemani atau menyertai18Mengikuti atau menyertai (berlakunya percampuran atau perbauran=syirk)19Mempersaksikan dan menyaksikan secara terus dengan mata, telinga dan anggota badan tubuh20Menemani sebagai sahabat atau kawan21Bersifat mulia lagi terpuji22Menunaikan atau melasanakan secara tunai bukan secara qadaan.23Menyatu atau bersatu seperti huruf ALIF angka satu, bila ditambah sabdu ALLAFA bermaksa mempersatukan sehingga menjadi biasa.24Menertibkan, mengatur atau menyusun
دبر25Mentadbir, mengatur, menyusunعظم26Mengagungkan, memuliakan dan membesarkanعجز27Menjadi lemah, bila ditambah HAMZAH di depan kata kerja ini ia akan bermaksud melemahjkan atau menjadikan lemahعصر 28Berubah menjadi ashiir (semacam juice yang telah diperah)عقد 29(Tulisnya arabnya ana tak dapat baca, mohon maaf yaa akhii)غسل30Membasuh atau mencuciقبل31Mencium (seperti mencium Hajar aswad)غرق32Tenggelam (menenggelammkan)غضب33Murka atau marah atau benci34غلبBerjaya atau memenangiغفل35Leka atau lengah atau lalai atau cuaiوقع36Berlaku atau terjadiKalau kurang tepat mohon maaf yaa Alhii.

37Tiba atau sampai 38وجد Menjumpai, menemui atau mendapati وعظ 39Memberi nasihat dengan cara yang boleh diterima وقف 40Berdiam (Berwukuf) atau berhenti وهب 41Memberi atau mengkaruniakan ولد 42Melahirkan (anak) نفى 43Menafikan atau menolak محا 44Memadam atau menghapus رعى 45Membela atau memeliharaسقى 46Menyiram atau memberi minum (soalat Istisqaak)نهى 47Menegah atau melarang حمى 48Menjaga atau memelihara
دنا49 Dekat atau hina (asal kata dunia) 50رضى Bersifat rela atau berlaku ridhoشكا 51Mengaduhkan atau mengeluhkanسها 52Lupa, leka atau lalai اتقن 53Memantapkan atau menguatkan atau mengukuhkan احسن 54Membaguskan atau memperbaikkanارشد 55Memberikan tunjuk-ajarاشرق 56Terbitابعد 57Menjauhkan atau menjadikan jauh اتلف 58Merusak احرق 59Membakar اطلق 60Membebaskan atau melepaskan atau melancarkan
اذن 61Mengizinkan atau membenarkan اخذ 62Mengambil atau membawaاثم 63Melakukan kesalahan atau berbuat dosa اكل 64Makanالم 65Menderita sakitاذى 66Mengganggu, mengusik atau menyakitiامن 67Beriman, percaya atau merasa aman dan selamat رمى 68Membaling, melontar atau membuang كفى 69Mencukupkanنجا 70Selamat daripada عفا 71Memaafkan فدى 72Menebus atau membayar tebusan seumpma fidyah
نوى 73Berniat atau menjatuhkan niatلها 74Bersifat lalai dan terlenaنما 75Tumbuh atau berkembang semakin majuعصى 76Melakukan kemaksiatan atau berbuat derhakaطغا 77Berbuat melampaui atau berlaku seperti thaghut (melanggar batas ketetapan Allahاظهر 78Menzahirkan atau menampakkanافسد 79Merusak atau membinasakanاقبل 80Menghadap atau menuju keاهبط 81Menurunkan atau menjatuhkan انزل 82Menurunkan, menjatuhkan atau menempatkan ke satau manzil (rumah) atau satu tempat berdiam اهلك 83Merusak, menghancur atau membinasakanاكره 84Membenci atau marah akan
احضر85 Menghadirkan atau menjadikan hadir atau datangركب 86Menuggang atau menaikiخطب 87Berceramah atau berkhutbah atau boleh juga bermaksud meminang, bergantung kepada letak harakat huruf daan cara membacanya.خطف 88Menyambarخفض 89Rendah atau merendahkan atau meletakkan tanda atau baris kasrahخلع 90Membuka atau menanggalkan atau mencabutخلق 91Menciptakan dari ketidakwujudanدفن 92Menimbun atau mengebumikanذبح 93Menyembelihرسب 94Gagal atau belum berjaya رزق 95Memberi rezikiرسم 96Menggambar atau melukis
دمر 97Menghancurkan, merusakkan atau memporak-porandakanنظم 98Mengatur atau mengorganizeبدل 99Menggantikanبشر 100Menyampaikan khabar gembiraعظم 101Mengagungkan atau memuliakanبين 102Menerangkan dengan sejelas-jelasnyaرشد 103Memberikan tunjuk ajar yang betulرضع 104Menyususkan atau memberi minuman susuستر 105Menutupi atau melindungiسجد 106Melakukan sujud atau bersujudسقط 107Jatuhسكن 108Berdiam, tinggal atau menempat
صبر 109Bersifat sabarصحب 110Menemani atau menjadi temanصرخ 111Berteriak atau memekikصنع 112Membuat (dalam bidang industry)نظف 113Bersifat bersihجدد 114Bersifat baru (Ja du da bukan ha du da)كبر 115Bersifat besar atau Membesarسلم 116Terlepas atau sudah selamat صغر 117Bersifat kecil atau mengecilحدد 118Bila ditambah sabdu ia bermaksud menghadkan atau membataskanطهر 119Bersifat suciقدم 120Datang atau tibaرجع 121Pulang atau balikذهب 122Pergiفتح 123Membukaضرب 124Memukul atau membuat perumpamaanقتل 125Membunuhكتب 126Menulis atau mewajibkan bila ditambah harfuljarr 'alaa.قرٲ 127Membacaبدا 128Muncul atau nampak menjadi nyata.قال 129Berkata, berbicara, bersabda atau berfirman atau menjawabصام 130Berpuasa atau menahanباع 131Menjualعاد 132Balik, kembali atau mengunjungiنام 133Tidurصان 134Menjaga atau memeliharaمال 135Cenderung atau condong ke هان 136Bersifat mudah atau senang atau reme-temeh atau hinaبال 137Buang air kecil (fi'l) tapi kalau digunakan sebgai ism masdar ia akan bermakna fikiran. باع 138Menjual (termaktub dua kali)بان 139Menjadi terang atau jelasخاف 140Merasa takut atau khawatirخان 141Mengkhianati atau berkhianat kepadaدار 142Beredar atau berpusing-pusingذاق 143Merasakan atau menelanسال 144Mengalirصان 145Menjaga atau memelihara (termaktub dua kali juga)صاد 146Berburu atau memancingطاف 147Bertawaf atau mengelilingiطار 148Terbangطبخ 149Memasakكتم 150Menyurukkan, menyembunyikan atau merahsiakanكسب151 Berusaha atau bekerja mencari nafkah atau rezekiطرد 152Menghalau atau mengusir atau membuangطعم 153Merasa makanطلع 154Terbit atau munculظفر 155Berjaya atau beruntungظلم 156Gelap tak nampak, atau berbuat zalim dan menzalimiظهر 157Zahir atau nampakعبر 158Menyeberangi atau melintasiغاص159 Menyelam

lembut sesama muslimin keras dgn kafiriin

Firman ALLah SWT, " Muhammad Salallahu alaihi wasalam adalah Rasulullah dan Insan yg bersama dia adalah KERAS / tegas terhadap orang2 kafir, tapi berkasih sayang sesama umat islam.." AQT 48: 29

larangan fitnah

Sesiapa yang mengatakan kepada saudaranya: Ya kafir, maka kembali dengannnya kepada salah seorang daripada mereka berdua>.

Al-Mukhtasar Al-Mufid Fi `Aqa'idi A'immati t-Tawhid (1/387)

larangan bunuh wanita dan kanak kanak semasa perang

Hadis 1361 jilid 3 Sahih Bukhari
Daripada Ibnu Umar Radhiallahu anhu
Berkata…
Seorang perempuan didapati mati terbunuh dalam suatu peperangan di masa Rasulullah Sallallahu alaihi waSalam
Lantas baginda melarang membunuh perempuan dan kanak kanak...

Serangan Mongol

AsSalam
Majalah Al Islam yaitu bulan Rabiul awal/ mac 2009 ada mengisahkan bagaimana tentera mongol yang hidup secara nomad buleh menakluk Kota Baghdad.
Pemimpin Mongol pada zaman tersebut adalah Hulagu.


Akibat hidup mewah di kota baghdad serta banyak hiburan...Kekuatan Rakyat baghdad masa tersebut menjadi lemah...semangat untuk berjihad, kurang...
Hulagu yang membawa tentera Mongol dengan mudah mengalahkan Pemerintah Kerajaan Abbasiyyah ketika hal ini terjadi...
Kemusnahan yang besar di Iraq dan Iran akibat serangan mongol telah di assume sebagai malapetaka dahsyat bagi umat Islam.
Seorang Sarjana Eropah D' Ohsson dalam bukunya Histoire des Mongols cuba memberikan gambaran...Selepas serangan dilancarkan, hanya kemusnahan dan tulang-tulang manusia sahaja yang kelihatan. Bandar-bandar dan kampung telah dibakar manakala penduduk pula dibunuh dengan zalim
ada ahli sejarah menyatakan bahawa mangsa yang terkorban adalah dalam jumlah yang ramai.
ASSUBKI MENYATAKAN SERAMAI 900,000 ore,
Ibnu kathsyir mencatatkan 1.8 million ore terkorban
ada pendapat menyatakan 800,000 yang hilang nyawa...
khalifah Musta'sim telah dibunuh dgn zalim
tubuhnya dibungkus dalam permaidani dan kemudian dipijak pijak oleh kuda kuda tentera Mongol sehingga mati.
Peristiwa pembunuhan khalifah ini berlaku pada Rabu 14 Safar 656H ketika berusia 46 tahun selepas memerintah selama 15 tahun 8 bulan.
selepas kejatuhan baghdad pada tahun 656 H/1258M sekali gus menamatkan pemerintahan Khulafa' Abbasiyyah

Hulagu mengarahkan Panglimanya yang bernama Boka Timur menyerang di bahagaian selatan Iraq, Khuzistan seterusnya ke Azerbaijan

kejatuhan khalifah ini meyebabkan kesan kepada pemerintah Islam yang khuatir akan diserang oleh tentera Mongol...
Masa inilah muncul Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah yang bangun berjihad fi Qital...

Dukacita dari hal penaklukan tentera Mongol,...


Kesan penaklukan ini telah berlaku percampuran darah antara kaum...maka berlaku asimilasi di antara kaum...Akhirnya pemimpin mongol ada yang memeluk Islam.
hulagi diganti oleh anaknya Abaka.
Pemimpin mongol sendiri berebut takhta pemerintahan...

hiulagu mengasaskan pemerintahan yg dikenali Ilkhan... berpusat di Mongol
Pemerintahan Ilkhan terletak di Maraghah dekat Tabriz di Azerbaijan.

Pemerintahan kerajaan ini meluas sehingga ke Khurasan, Iran, Azarbaijan, Al jazirah, Iraq dan Anatolia tanpa berani dicabar oleh pemimpin Arab ketika hal ini terjadi...
Iraq yang asalnya didiami oleh ramai yang berfahaman Sunni telah dibahagi kepada dua bahagian iaitu Iraq Arabi yang berpusat di Baghdad dan Iraq Ajami yang berpudat di Isfahan...
gebanor Baghdad Iraq zaman tersebut dilantik bernama Ahmad bin Amran


Abaka anak Hulagu telah memperkenalkan corak pemerintahan baru yang dengan tumpuan di bidang ketenteraan dan pentadbiran.

tiga menteri dilantik ...di tempatkan di baghdad
usaha membangunkan kembali baghdad dijalankan dengan membina sebuah terusan yang telah dibina di Sungai Euphrates sehingga ke Kufah...
yang menelan belanja 100,000 dinar. terusan ini adalah untuk menggalakkan pertanian bagi menjamin bekalan makanan mencukupi...
Puak Mongol sememangnya tidak mahir dalam soal pentadbiran serta pengurusan negara kerana bangsa ini memang selalu kembara dari satu kawasan ke kawasan lain...
Di fahamkan, bahawa Tembok Besar China telah dibina oleh pemimpin Rakyat China bagi tujuan menghalang serangan tentera Mongol menyeran Tanah Besar China...sedangkan di Baghdad tidak dibuat benteng pertahanan yang kukuh seperti pemimpin rakyat China..
semasa bangsa mongol memerintah, berlaku juga kemelut ekonomi pada tahun 695H/ 1295M. Inflasi berlaku secara meluas, aktiviti perdagangan dikatalan berhenti sama sekali.

Pada November 1295M, Ghazan telah dilantik sebagai Khan menggantikan Baydu...lantas memakai gelaran Sultan Mahmud.

dua menteri telah dilantik iaitu Ali Shah dan Rashid Addin Fadhlullah.
Sistem kewangan telah disusun semula begitu juga sistem pungutan cukai


Kisah lanjut buleh dibaca di halaman 30 majalah Islam Bulan ini...
cuma dukacita dalam artikel ini tidak ditulis kisah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah yang bangun jihad menentang serangan tentera Mongol. Dikisahkan Ibnu Taimiyyah pernah dipenjarakan oleh Khalifah...
Nampak jelas kesan kejahatan pemerintahan masa tersebut dibalas Allah dengan serangan tentera Mongol
Iktibar bagaimana Baghdad dapat ditumpaskan dengan mudah. Masalah yang melanda umat Islam seperti bercakaran sesame sendiri, menjatuhkan antara satu sama lain, tidak bijak mentadbir serta menguruskan. Lalai dgn hiburan, tidak bijak mentadbir, gilakan harta, dan pangkat serta tiada kesatuan sesame mereka akhirnya telah membawa padah memakan diri ore Islam pada ketika itu.
Seharusnya peristiwa serangan tentera Mongol ke atas Baghdad menjadi Iktibar serta pengajaran agar ia tidak berulangkembali dalam lembaran sejarah umat Islam

ditulis pada 11.3.2009

Fadhilat membaca alQur'an

Fadhilat membaca alQur’an
Hadis sahih riwayat Abu Hurairah radhiallahu anhu katanya

Rasulullah sallallahu alaihi wasalam telah bersabda…
Insan yg memelihara solat fardhu tidak termasuk dlm golongan orang yang lalai
Insan yang membaca 100 ayat alQur’an pada satu male dimasukkan di kalangan insan yang taat kepada Allah Ta’ala

Muaz AlJuhani telah berkata...
Rasulullah sallallahu alaihi wasalam telah bersabda...
Insan yang membaca AlQur’an dan diamalkannya isi kandungannya, nescaya ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari Kiamat yang Nur nya akan melebihi daripada Nur matahari jika matahari ini berada di dunia ini. Jadi gambarkanlah bagaimana insan yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya
Abu Zar radhiallahu anhu berkata bahawa beliau meminta pesan nasihat dari Rasulullah sallallahu alaihi waSalam...lalu Rasulullah sallallahu alaihi waSalam bersabda...
SemaikanlahTAQWA kerana ia adalah sumber bagi semua amalan baik
Lalu aku meminta tambahan nasihat...
Lantas Rasulullah sallallahu alaihi wasalam bersabda...
Istiqomah membaca AlQur’an kerana Ia adalah Nur kehidupan ini dan bekalan Akhirat.

halal makan makanan laut seperti ikan rujuk hadis

Dari Abu Huroirah berkata: Rosululloh ShollaIlohuhlaihi wa Sallam bersabda tentang laut, "Airnya mensucikan dan halalbangkainya." Dikeluarkan oleh imam yang empat (at-Tirmidzi, an-Nasa-i,Ibnu Majah, dan Abu Dawud), lbnu Abi Syaibah dan ini adalah lafazh miliknya.Dan dishohihkan oleh Tbnu Khuzaimah dan at Tirmidzi. Juga diriwayatkanoleh Malik, asy-Syafi'i dan Ahmad(dinukilkan dari kitab bulughul maram) _________________

23 - Hadith kesucian air laut (al-Bahr): dari Abu Hurairah; Rasul bersabda tntg air laut/al-bahr: "airnya mensucikan dan halal bangkainya"ringkasan:Imam Ibn Hajr berkata dlm Bulughu Maaram; ''disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan at-Tirmizi''. syaikh Thariq memberi ta'liq, kata syaikh Thariq; ''berkata at-Tirmizi: "aku bertanya tntg hadith abu hurairah ini kpd al-Bukhari, jawab al-Bukhari: ''ianya hadith sahih''tambahan: hadith ini sahih disisi at-Tirmizi,al-Bukhari,Ibn Khuzaimah dan lain2, hadith ini menjadi dalil bahawa semua haiwan yg dari laut adalah halal walau yg mati terapung. Berkata al-Albani; "dalam hadith tersebut terdpt faedah yg penting bahwa halalnya semua yg mati dari binatang laut..." (silsilah sahihah, 480)

Perjuangan Muslimin

Kita bersyukur kepada Allah kerana sudah berjaya meyempurnakan Ibadah puasa di bulan Ramadan, berjaya menghidup malam-malamnya dengan solat tarawikh, qiamullail, dan beri’tikaf sebagai persediaan hidup kita di alam barzakh dan alam akhirat.
Allah memfardukan amal-amal ibadah secara khsusus kepada kita sebagai syiar untuk kita membuktikan keimanan dan ketaatan kita kepada Allah dan juga bertujuan supaya umat Islam dapat membersihkan jiwa mereka daripada dosa-dosa dan mengangkat mereka ke darjat seorang yang bertaqwa.
Namun kejayaan kita mendapat Syurga Allah di hari akhirat dan terlepas daripada azab neraka hanyalah kurnian Allah dan RahmatNya juga . Walau banyak mana sekalipun amal ibadah kita; kita tidak akan mampu terlepas daripada azab Allah dan mendapat kurnia syurganya pada hari akhirat tanpa kurnian Rahmat dan keampunanNya .

Sebab itulah Allah memerintahkan kita supaya mengabdikan diri kepadaNya dengan penuh keikhlasan dan sebagai tanda kesyukuran kita kepada nikmat-nikmat kurniaan Allah kepada kita yang tidak mampu dihitung.
Tugas dan tanggungjawab kita sebagai umat Islam ialah memahami amanah Allah yang telah kita terima dan melaksanakan segala amanah tersebut dengan penuh prihatin dan mengikut petunjuk Rasulullah s.aw. Inilah intipati kepada sifat seorang yang takutkan Azab Allah atau sifat orang-orang yang bertaqwa yang akan mendapat Rahmat dan keampunan Allah pada hari akhirat.
Ada dua Amanah Allah kepada kita:
1. Mengabdikan diri kepadaNya dengan penuh keikhlasan atau Hablul minallah.
2. Menjadi Pengganti Allah mengurus kepimpinan dan pentadbiran dunia ini kepada matlamat yang telah ditentukan Allah atau Hablul minannas atau melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah.
Ada amanah Allah kepada kita berkaitan hubungan kita dengan Allah. Kita wajib mengenal Allah dengan mengenal nama-namaNya dan sifat-sifatNya. Kita wajib mengetahui hak-hak Allah ke atas kita. Kita wajib beriman kepada Allah dan segala perkhabaran yang disampaikan kepada kita melalui Rasulnya nabi s.a.w. di dalam al-Quran dan hadis-hadisnya.
Antara amanah Allah kepada kita ialah kita bertanggungjawab berusaha membersihkan diri dan jiwa kita daripada saki baki jahiliyyah dalam akidah dan akhlak-akhlak kita. Sehingga kita memiliki jiwa mutmainnah dan menjadi hamba Allah yang diredai dan di kasihi oleh Allah azza wajalla. Tanggungjawab ini juga diistilahkan oleh para ulama sebagai tuntutan fardu Ain.
Menyempurnakan keperibadian Islam dengan memiliki kefahaman Islam yang Syumul sebagaimana terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah, memiliki akhlak dan perilaku yang mantap dalam hubungan dengan Allah dan sesama manusia menjadi asas kepada kesempurnaan melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah di dunia ini.
Khalifah adalah pengganti. Allah telah melantik manusia untuk menggantiNya memakmurkan dunia ini dan memerintahnya mengikut acuan dan sistem yang ditentukan Allah dalam al-Quran. Oleh itu manusia perlu memiliki ciri-ciri seorang muslim yang Rabbani sebelum mereka mampu melaksanakan amanah Allah yang amat berat ini.
Tugas khalifah adalah tugas melaksanakan sistem politik atau pemerintahan berteraskan kehendak-kehendak Allah. Kita tidak akan mampu melaksanakan kehendak Allah untuk memberi manfaat kepada ummah sebelum kita sendiri melaksakan kehendak Allah ke atas diri kita sendiri. Bagaimana kita hendak membawa manusia kembali kepada Allah jika kita sendiri jauh daripada Allah dan sentiasa mengabaikan segala suruhanNya.
Allah yang mengetahui misiNya telah mendidik Rasulullah s.a.w. dan membimbing gerakan dakwahnya bagi mengubah manusia sehingga generasi sahabat bersama-sama baginda menjadi generasi al-Quran yang unggul bukan sahaja berjaya mengislamkan seluruh Jazirah Arab malah Islam berkembang sehingga hidayahnya memayungi 2/3 dunia.
Kini Jahiliyyah kembali menguasai dunia; menguasai sistem pemerintahan dan jentera penggerak yang menggerakkan pemerintahan dunia. Jahiliyyah menguasai sistem perundangan, sistem kehakiman, sistem pendidikan yang menjadikan dunia dan kebendaan sebagai asas pendidikan dan mengetepikan menjadikan generasi Rabbani sebagai matlamatnya; Sistem kebudayaan dan kesenian yang menjadikan nafsu dan keseronokan sebagai tujuan dan sistem pentadbiran urusan agama yang menyempitkan amalan agama kepada rutin-rutin ibadah yang memisahkan identiti muslim daripada individu soleh yang bermanfaat kepada muslim yang lain menjadikan muslim yang hidup hanya mementingkan diri sendiri dan meletakkan keutamaan kepada diri sendiri dan keluarganya sebelum kepada saudaranya yang lain.
Kita lihat ramai umat Islam di bandar dan taman-taman perumahan berduyun-duyun menunaikan solat sunat tarawikh tetapi mereka tidak mengenali siapakah Imam yang mengimamkan solat mereka, tidak mengenali siapakah saudara muslim yang berada di kiri dan kanan mereka.
Bertaaruf, bersilaturrahim, bertolong-menolong dan amar makruf nahi munkar bukan lagi budaya masyarakat hari ini melainkan mereka yang menyertai gerakan Islam. Semua keadaan ini adalah hasil sistem hidup yang kita warisi daripada zaman penjajah yang bukan budaya Islam yang diwarisi sejak zaman nabi s.a.w.
Selagi umat Islam masih tebal dengan budaya materialistik dan mengutamakan diri sendiri, sistem jahiliyyah akan mudah menghasut dan menguasai mereka dan memecahkan kesatuan persaudaraan sesama umat Islam. Tanpa kekuatan ukhuwwah dan kasih sayang sesama umat Islam, umat Islam hilang kekuatan yang digeruni oleh musuh-musuh mereka.
Islam bukan sekadar bergembira menyambut hari raya aidil fitri dengan beranika warna baju raya, kuih-muih, berhibur di depan kaca television.
`Aidil Fitri amat beerti kepada mereka yang terlibat dalam perjuangan untuk mengembalikan kedudukan Islam di tempatnya yang sebenar. Ketaqwaan yang diraih hasil menikmati hidangan al-Rahman di musim Ramadan akan menambahkan tajarrud mereka untuk agama Allah.
Mereka lebih mampu mengasingkan tuntutan emosi, sentimen dan naluri manusiawi jika bertembung dengan tuntutan Rabbani. Tuntutan Rabbani menjadi asas neraca keutamaannya daripada kepentingan pendapat sendiri, puak dan taksub membabi-buta. Sebaliknya sikap ehsan, izzah dengan Islam, memaafkan sesama muslimin dan meletakkan kemaslahatan ummah mendahului segala kepentingan lain.
Bagi seorang pejuang, solat, zakat, puasa, tilawah al-Quran, sedeqah, qiamullail, istighfar dan i’tikaf di bulan Ramdan hanyalah penyempurnaan kepada amal ibadah mereka di hari-hari lain. Ia hanyalah sebagai pencerna dan pembentukan keperibadian mereka bukan matlamat hidup mereka terakhir.
Menjadi syuhada’ di jalan Allah dan pengiktirafan Allah terhadap pengakuan tauhid mereka itulah setinggi-tinggi cita-cita mereka di dunia ini. Itulah kesempurnaan ikhlas, tajarrud dan amal soleh mereka untuk Allah azza wajalla. Kalau tidak mereka hanya mendapat lapar dan dahaga berpuasa di zaman Islam menuntut pengorbanan mereka ini.
Menjadi pejuang untuk meletakkan Islam di atas mengatasi ism-ism lain adalah tuntutan ketaqwaan masa kini, tanpanya kita belum memiliki sifat orang yang bertaqwa.
Salam `aidil fitri dan semoga Allah menerima amalan jihad kita.
Ust Annuar Salleh

hukum pakai celak

Hadis: «Sesungguhnya sebaik-baik celak-celak antum adalah antimoni»
[ابن حبان/ 5423] أَخْبَرَنَا الْحَسَنُ بْنُ سُفْيَانَ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْعَبَّاسُ بْنُ الْوَلِيدِ النَّرْسِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ، عَنِ ابْنِ خُثَيْمٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ r قَالَ: "الْبَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضَ، وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُمْ، فَإِنَّهَا مِنْ خَيْرِ ثِيَابِكُمْ، وَإِنَّ مِنْ خَيْرِ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ، يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ".
[Ibnu Hibban/ 5423] Telah memberitahu kami Al-Hasan bin Sufyan, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Al-`Abbas bin Al-Walid An-Narsiy, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Wuhayb, daripada Ibni Khusaym, daripada Sa`id bin Jubayr, daripada Ibni `Abbas, bahawa Rasula Llah telah berkata: «Pakailah antum daripada pakaian-pakaian antum yang putih, dan kafankan di dalamnya orang-orang yang mati daripada antum, maka sesungguhnya ia adalah daripada sebaik-baik pakaian-pakaian antum. Dan sesungguhnya daripada sebaik-baik celak-celak antum adalah antimoni, ia menerangkan penglihatan dan menumbuhkan bulu».
[المستدرك/ 7457] فَحَدَّثَنَاهُ أَبُو الْعَبَّاسِ مُحَمَّدُ بْنُ يَعْقُوبَ، أَنْبَأَ الرَّبِيعُ بْنُ سُلَيْمَانَ، أَنْبَأَ الشَّافِعِيُّ رَحِمَهُ اللَّهُ، أَنْبَأَ يَحْيَى بْنُ سُلَيْمٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُثْمَانَ بْنِ خُثَيْمٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ r: "خَيْرُ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضُ، فَأَلْبِسُوهَا أَحْيَاءَكُمْ، وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُمْ، وَإِنَّ مِنْ خَيْرِ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ، إِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ". هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحُ الْإِسْنَادِ، وَلَمْ يُخَرِّجَاهُ، وَأَمَّا حَدِيثُ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدُبٍ، فَقَدْ قَدَّمْتُ الْخِلَافَ فِيهِ عَلَى حَدِيثِ أَبِي قِلَابَةَ، وَلَهُ إِسْنَادٌ صَحِيحٌ عَلَى شَرْطِ الشَّيْخَيْنِ، وَلَمْ يُخَرِّجَاهُ.
[Al-Mustadrak/ 7457] Maka telah menceritakannya kepada kami Abu l-`Abbas Muhammad bin Ya`qub: Telah memberitakan Ar-Rabi` bin Sulayman: Telah memberitakan Asy-Syafi`iy: Telah memberitakan Yahya bin Sulaym, daripada `Abdi Llah bin `Usman bin Khusaym, daripada Sa`id bin Jubayr, daripada Ibni `Abbas, dia berkata: Telah berkata Rasulu Llah: «Sebaik-baik pakaian-pakaian antum adalah yang putih, maka pakailah ia orang-orang yang hidup daripada antum, dan kafankan di dalamnya orang-orang yang mati daripada antum. Dan sesungguhnya daripada sebaik-baik celak-celak antum adalah antimoni, sesungguhnya ia menerangkan penglihatan dan menumbuhkan bulu». Ini hadis sahihu l-isnad tetapi mereka berdua tidak mengeluarkannya. Dan adapun cerita Samurah bin Jundub, maka saya telah dahulukan percanggahan padanya ke atas cerita Abi Qilabah, dan baginya isnad yang sahih di atas syarat Asy-Syaykhayn, tetapi mereka berdua tidak mengeluarkannya.
[أبي داود/ 3878] حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُثْمَانَ بْنِ خُثَيْمٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ r: "الْبَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضَ، فَإِنَّهَا مِنْ خَيْرِ ثِيَابِكُمْ، وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُمْ، وَإِنَّ خَيْرَ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ، يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ".
[Abi Dawud/ 3878] Telah bercerita kepada kami Ahmad bin Yunus: Telah bercerita kepada kami Zuhayr: Telah bercerita kepada kami `Abdu Llah bin `Usman bin Khusaym, daripada Sa`id bin Jubayr, daripada Ibni `Abbas, dia berkata: Telah berkata Rasulu Llah: «Pakailah antum daripada pakaian-pakaian antum yang putih, maka sesungguhnya ia adalah daripada sebaik-baik pakaian-pakaian antum. Dan kafankan di dalamnya orang-orang yang mati daripada antum, dan sesungguhnya sebaik-baik celak-celak antum adalah antimoni, ia menerangkan penglihatan dan menumbuhkan bulu».
[أبي داود/ 4061] حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُثْمَانَ بْنِ خُثَيْمٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ r: "الْبَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضَ، فَإِنَّهَا خَيْرُ ثِيَابِكُمْ، وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُمْ، وَإِنَّ خَيْرَ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ، يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ".
[Abi Dawud/ 4061] Telah bercerita kepada kami Ahmad bin Yunus: Telah bercerita kepada kami Zuhayr: Telah bercerita kepada kami `Abdu Llah bin `Usman bin Khusaym, daripada Sa`id bin Jubayr, daripada Ibni `Abbas, dia berkata: Telah berkata Rasulu Llah: «Pakailah antum daripada pakaian-pakaian antum yang putih, maka sesungguhnya ia adalah sebaik-baik pakaian-pakaian antum. Dan kafankan di dalamnya orang-orang yang mati daripada antum, dan sesungguhnya sebaik-baik celak-celak antum adalah antimoni, ia menerangkan penglihatan dan menumbuhkan bulu».
[أحمد/ 2220] حَدَّثَنَا عَلِيٌّ، قَالَ: أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُثْمَانَ بْنِ خُثَيْمٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ r: "الْبَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضَ، فَإِنَّهَا مِنْ خَيْرِ ثِيَابِكُمْ، وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُمْ، وَإِنَّ مِنْ خَيْرِ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ، يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعَرَ".
[Ahmad/ 2220] Telah bercerita kepada kami `Aliy, dia berkata: Telah bercerita kepada kami `Abdu Llah bin `Usman bin Khusaym, daripada Sa`id bin Jubayr, daripada Ibni `Abbas, dia berkata: Telah berkata Rasulu Llah: «Pakailah antum daripada pakaian-pakaian antum yang putih, maka sesungguhnya ia adalah daripada sebaik-baik pakaian antum. Dan kafankan di dalamnya orang-orang yang mati daripada antum, dan sesungguhnya daripada sebaik-baik celak-celak antum adalah antimoni, ia menerangkan penglihatan dan menumbuhkan bulu».
[أحمد/ 2475] حَدَّثَنَا أَبُو أَحْمَدَ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُثْمَانَ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ r: "خَيْرُ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ عِنْدَ النَّوْمِ، يُنْبِتُ الشَّعْرَ وَيَجْلُو الْبَصَرَ، وَخَيْرُ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضُ، فَالْبَسُوهَا، وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُمْ".
[Ahmad/ 2475] Telah bercerita kepada kami Abu Ahmad: Telah bercerita kepada kami Sufyan, daripada `Abdi Llah bin `Usman, daripada Sa`id bin Jubayr, daripada Ibni `Abbas, dia berkata: Telah berkata Rasulu Llah: «Sebaik-baik celak-celak antum adalah antimoni ketika tidur, ia menumbuhkan bulu dan menerangkan penglihatan. Dan sebaik-baik pakaian-pakaian antum adalah yang putih, maka pakailah ia dan kafankan di dalamnya orang-orang yang mati daripada antum».
[أحمد/ 3027] حَدَّثَنَا عَفَّانُ، حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُثْمَانَ بْنِ خُثَيْمٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ r: "الْبَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمُ الْبِيضَ، فَإِنَّهَا مِنْ خَيْرِ ثِيَابِكُمْ، وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُمْ، وَإِنَّ مِنْ خَيْرِ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ، إِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ".
[Ahmad/ 3027] Telah bercerita kepada kami `Affan: Telah bercerita kepada kami Wuhayb: Telah bercerita kepada kami `Abdu Llah bin `Usman bin Khusaym, daripada Sa`id bin Jubayr, daripada Ibni `Abbas, dia berkata: Telah berkata Rasulu Llah: «Pakailah antum daripada pakaian-pakaian antum yang putih, maka sesungguhnya ia adalah daripada sebaik-baik pakaian-pakaian antum, dan kafankan di dalamnya orang-orang yang mati daripada antum. Dan sesungguhnya daripada sebaik-baik celak-celak antum adalah antimoni, ia menerangkan penglihatan dan menumbuhkan bulu».
[أحمد/ 3332] حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، حَدَّثَنَا الْمَسْعُودِيُّ، عَنِ ابْنِ خُثَيْمٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ r: "خَيْرُ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضُ، فَالْبَسُوهَا أَحْيَاءً، وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُمْ، وَخَيْرُ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ".
[Ahmad/ 3332] Telah bercerita kepada kami Waki`: Telah bercerita kepada kami Al-Mas`udiy, daripada Ibni Khusyam, daripada Sa`id bin Jubayr, daripada Ibni `Abbas, dia berkata: Telah berkata Rasulu Llah: «Sebaik-baik pakaian-pakaian antum adalah yang putih, maka pakaian dalam keadaan hidup, dan kafankan di dalamnya orang-orang yang mati daripada antum. Dan sebaik-baik celak-celak antum adalah antimoni».
[أحمد/ 3416] حَدَّثَنَا أَبُو كَامِلٍ، حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُثْمَانَ بْنِ خُثَيْمٍ، وَعَبْدُ الرَّزَّاقِ، قَالَ: أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ الْمَعْنَى، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ r: "الْبَسُوا مِنْ ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضَ، فَإِنَّهَا مِنْ خَيْرِ ثِيَابِكُمْ، وَكَفِّنُوا فِيهَا مَوْتَاكُمْ، وَإِنَّ خَيْرَ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ، إِنَّهُ يُنْبِتُ الشَّعْرَ وَيَجْلُو الْبَصَرَ".
[Ahmad/ 3416] Telah bercerita kepada kami Abu Kamil: Telah bercerita kepada kami Zuhayr: Telah bercerita kepada kami `Abdu Llah bin `Usman bin Khusaym, dan `Abdu r-Razzaq, dia berkata: Telah memberitahu kami Sufyan, daripada `Abdi Llah Al-Ma`na, daripada Sa`id bin Jubayr, daripada Ibni `Abbas, dia berkata: Telah berkata Rasulu Llah: «Pakailah antum daripada pakaian-pakaian antum yang putih, maka sesungguhnya ia adalah daripada sebaik-baik pakaian-pakaian antum. Dan kafankan di dalamnya orang-orang yang mati daripada antum, dan sesungguhnya sebaik-baik celak-celak antum adalah antimoni, sesungguhnya ia menumbuhkan bulu dan menerangkan penglihatan».
[ابن حبان/ 6072] أَخْبَرَنَا أَبُو يَعْلَى، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو خَيْثَمَةَ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْأَسَدِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُثْمَانَ بْنِ خُثَيْمٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ r قَالَ: "خَيْرُ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ عِنْدَ النَّوْمِ، يُنْبِتُ الشَّعْرَ وَيَجْلُو الْبَصَرَ".
[Ibnu Hibban/ 6072] Telah memberitahu kami Abu Ya`la, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Abu Khaysamah, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Muhammad bin `Abdi Llah bin Al-Asadiy, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Sufyan, daripada `Abdi Llah bin `Usman bin Khusaym, daripada Sa`id bin Jubayr, daripada Ibni `Abbas, bahawa Rasula Llah telah berkata: «Sebaik-baik celak-celak antum adalah antimoni ketika tidur, ia menumbuhkan bulu dan menerangkan penglihatan».
[ابن حبان/ 6073] أَخْبَرَنَا عِمْرَانُ بْنُ مُوسَى السَّخْتِيَانِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا الْعَبَّاسُ بْنُ الْوَلِيدِ، قَالَ: حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُثْمَانَ بْنِ خُثَيْمٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ r قَالَ: "إِنَّ مِنْ خَيْرِ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ، فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ".
[Ibnu Hibban/ 6073] Telah memberitahu kami `Imran bin Musa As-Sakhiyaniy, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Al-`Abbas bin Al-Walid, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Wuhayb, daripada `Abdi Llah bin `Usman bin Khusaym, daripada Sa`id bin Jubayr, daripada Ibni `Abbas, bahawa Rasula Llah telah berkata: «Sesungguhnya daripada sebaik-baik celak-celak antum adalah antimoni, maka sesungguhnya ia menerangkan penglihatan dan menumbuhkan bulu».
[النسائي الكبرى/ 9344] أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا دَاوُدُ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَبُو سُلَيْمَانَ الْعَطَّارُ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُثْمَانَ بْنِ خُثَيْمٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ r قَالَ: "إِنَّ مِنْ خَيْرِ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ، إِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ".
[An-Nasa’iy Al-Kubra/ 9344] Telah memberitahu kami Qutaybah bin Sa`id, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Dawud dan dia ialah Ibnu `Abdi r-Rahman Abu Sulayman Al-`Attar, daripada `Abdi Llah bin `Usman bin Khusaym, daripada Sa`id bin Jubayr, daripada Ibni `Abbas, bahawa Rasula Llah telah berkata: «Sesungguhnya daripada sebaik-baik celak-celak antum adalah antimoni. Sesungguhnya ia menerangkan penglihatan dan menumbuhkan bulu».
[المستدرك/ 8331] أَخْبَرَنَا أَبُو عَبْدِ اللَّهِ الصَّفَّارُ، ثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عِيسَى الْقَاضِي، ثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ، وَابْنُ كَثِيرٍ، قَالَا: ثَنَا سُفْيَانُ، عَنِ ابْنِ خُثَيْمٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ r: "إِنَّ خَيْرَ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ، فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ". هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحُ الْإِسْنَادِ، وَلَمْ يُخْرِجَاهُ.
[Al-Mustadrak/ 8331] Telah memberitahu kami Abu `Abdi Llah As-Saffar: Telah bercerita kepada kami Ahmad bin Muhammad bin `Isa Al-Qadhi: Telah bercerita kepada kami Abu Nu`aym, dan Ibnu Kasir, mereka berdua berkata: Telah bercerita kepada kami Sufyan, daripada Ibni Khusaym, daripada Sa`id bin Jubayr, daripada Ibni `Abbas, dia berkata: Telah berkata Rasulu Llah: «Sesungguhnya sebaik-baik celak-celak antum adalah antimoni, sesungguhnya ia menerangkan penglihatan dan menumbuhkan bulu». Hadis ini sahihu l-isnad tetapi mereka berdua tidak mengeluarkannya.
[الترمذي/ 2048] حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى، حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ، حَدَّثَنَا عَبَّادُ بْنُ مَنْصُورٍ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ r: "إِنَّ خَيْرَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ: اللَّدُودُ، وَالسَّعُوطُ، وَالْحِجَامَةُ، وَالْمَشِيُّ، وَخَيْرُ مَا اكْتَحَلْتُمْ بِهِ: الْإِثْمِدُ، فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ"، قَالَ: وَكَانَ لِرَسُولِ اللَّهِ r مُكْحُلَةٌ يَكْتَحِلُ بِهَا عِنْدَ النَّوْمِ ثَلَاثًا فِي كُلِّ عَيْنٍ، قَالَ أَبُو عِيسَى: هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ، وَهُوَ حَدِيثُ عَبَّادِ بْنِ مَنْصُورٍ.
[At-Tirmizi/ 2048] Telah bercerita kepada kami Muhammad bin Yahya: Telah bercerita kepada kami Yazid bin Harun: Telah bercerita kepada kami `Abbad bin Mansur, daripada `Ikrimah, daripada Ibni `Abbas, dia berkata: Telah berkata Rasulu Llah: «Sesungguhnya sebaik-baik apa yang antum berubat dengannya: Ubat mulut, ubat hidung, berbekam, dan berjalan. Dan sebaik-baik apa yang antum bercelak dengannya: Antimoni, maka sesungguhnya ia menerangkan penglihatan dan menumbuhkan bulu». Dia berkata: Dan Rasulu Llah mempunyaï satu tempat celak yang dia bercelak dengannya ketika tidur tiga kali pada setiap mata. Berkata Abu `Isa: Hadis ini hasan gharib, dan ia ialah cerita `Abbad bin Mansur.
[ابن ماجه/ 3497] حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ آدَمَ، عَنْ سُفْيَانَ، عَنِ ابْنِ خُثَيْمٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ r: "خَيْرُ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ، يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعَرَ".
[Ibnu Majah/ 3497] Telah bercerita kepada kami Abu Bakr bin Abi Syaybah: Telah bercerita kepada kami Yahya bin Adam, daripada Sufyan, daripada Ibni Khusaym, daripada Sa`id bin Jubayr, daripada Ibni `Abbas, dia berkata: Telah berkata Rasulu Llah: «Sebaik-baik celak-celak antum adalah antimoni, ia menerangkan penglihatan dan menumbuhkan bulu».
[النسائي/ 5113] أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ، قَالَ: حَدَّثَنَا دَاوُدُ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْعَطَّارُ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُثْمَانَ بْنِ خُثَيْمٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ r قَالَ: "إِنَّ مِنْ خَيْرِ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدَ، إِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ، وَيُنْبِتُ الشَّعَرَ". أَبُو عَبْد الرَّحْمَنِ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُثْمَانَ بْنِ خُثَيْمٍ لَيِّنُ الْحَدِيثِ.
[An-Nasa’iy/ 5113] Telah memberitahu kami Qutaybah, dia berkata: Telah bercerita kepada kami Dawud dan dia ialah Ibnu `Abdi r-Rahman Al-`Attar, daripada `Abdi Llah bin `Usman bin Khusaym, daripada Sa`id bin Jubayr, daripada Ibni `Abbas, bahawa Rasula Llah telah berkata: «Sesungguhnya daripada sebaik-baik celak-celak antum adalah antimoni. Sesungguhnya ia menerangkan penglihatan dan menumbuhkan bulu».
[أحمد/ 2048] حَدَّثَنَا يَعْلَى بْنُ عُبَيْدٍ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُثْمَانَ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ r: "خَيْرُ أَكْحَالِكُمُ الْإِثْمِدُ، يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعَرَ".
[Ahmad/ 2048] Telah bercerita kepada kami Ya`la bin `Ubayd: Telah bercerita kepada kami Sufyan, daripada `Abdi Llah bin `Usman, daripada Sa`id bin Jubayr, daripada Ibni `Abbas, dia berkata: Telah berkata Rasulu Llah: «Sebaik-baik celak-celak antum adalah antimoni, ia menerangkan penglihatan dan menumbuhkan bulu».


http://ad-diyari.com/fail_htm/hadis/topikal/48.htm

Hukuman dari Allah adalah terbaik

Sesudah itu apakah patut mereka berkehendakkan lagi kepada hukum jahiliyah ? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan tiada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik daripada Allah (Al Maidah ayat 50)

Hudud dan Qazaf

KONSEP1- Dalam Islam, tidak boleh menuduh perempuan baik berzina.2- Begitu juga suami tidak boleh menuduh isteri berzina.3- Sesiapa yang menuduh seorang wanita berzina, maka secara automatik, dia akan dikenakan hukuman qazaf iaitu dia akan disebat 80 kali.4- Hukuman itu akan terbatal jika dia dapat membawa 4 orang saksi mata. (Kamera, DNA tidak laku!)5- Jika tidak dapat membawa 4 orang saksi mata, sebatan akan dilaksanakan (walaupun sungguh orang itu berzina!).6- KONSEP yang ingin diajar ialah segala berita tentang zina hendaklah dirahsiakan/ dipendamkan/ tidak disebarkan.


KONSEP1- Ia bukan isu doktor bersaksi atau pemeriksaan doktor.2- Doktor tidak masuk langsung dalam pembuktian kes zina dalam Islam.3- Sebaliknya dalam Islam, pembuktian kes zina hanya dan hanya dengan saksi mata. Dan saksi itu mesti 4 orang lelaki. Dan lelaki itu mesti nampak kepala zakar memasuki faraj. Dan setiap seorang daripada lelaki itu mesti melihat hal ini. Jika hanya lihat 'goyang' atau punggung atau lain-lain, tidak dikira.4- Ambil kes: suami balik kerja nampak isteri berbogel dengan seorang lelaki lain, ketika itu lelaki di atas wanita, dan ada air mani di atas perut wanita.4b) Suami masih tidak boleh menuduh mereka berdua telah melakukan zina.4c) Jika suami sebut apa-apa walau satu ayat yang menyebut bahawa isterinya telah berzina, maka suami itu akan dikenakan 80 kali sebatan.4d) Hukuman qazaf (80 kali sebatan) itu tidak akan gugur, kerana suami tidak mempunyai 4 saksi mata.4e) Justeru, suami harus senyap sahaja, dan menceraikan isterinya tanpa menyebut apa-apa alasan.

TAMBAHAN DAN INGATAN1- Wartawan yang menulis berita bahawa "Wanita itu telah berzina ..." juga disebat 80 kali.2- Pembaca berita yang membaca berita dan menyebut "Wanita yang telah berzina itu..." juga disebat 80 kali.3- Kecuali jika mereka membawa 4 orang saksi mata.WaLlahu a`lam.

Rogol sudah dipindah ke jinayah hirabah (merompak kesucian/maruah)Banyak fuqaha' moden setuju rogol dipindahkan dari jinayah zina ke jinayah Hirabah.Jika jinayat rompakan, maka bolehlah nak guna DNA pun...


haji kalai kisah begini bagaimana...se ore pemimpin telah pergi ke USdi sana dia nak dipamerkan kereta canggih...untuk matlamat membangunkan teknologi automotif...sampai di tempat pamiran tertutup...apabila dibuka aje pintu bilik pamiran dia lihat ada sebuah kereta canggihsebab yang uruskan hal pemiran kereta nak perangkap pemimpin A...tiba tiba muncul perempuan separuh bogel hampir dgn kereta canggih...ini kisah seperti masa Sultan Muhammad Al Fatih bersama 1000 prajurit terbilang sepanjang zaman yang di pamirkan wanita bogel rom sepanjang laluan nak ke istana kaisar rom di canstantiniah...kaisar rom beritahu...kita letak wanita bogel di laluan menuju ke istanajika mujahidin islam terpengaruh dgn wanita kita maka kita akan lawan habis habisan mempertahankan istana rom dan kerajaan rom di constantiniahapabila tentera islam yang hebat melalaui jalan menuju ke istana kaisar memang sepanjang jalan ada wanita seksi yang berbogel atau separuh bogeltentera islam yang hebat kuat Imanlangsung TIDAK menjeling wanita tersebut semua menuju ke istana kaisar...apabila tiba kaisar terus tak melawan dan mneyerahkan tahta kerajaan kepada tentera islamsebenarnya pertempuran dah berlaku awal bermula masa nak masuk ke pelabuhan ditahan dengan rantai di poantai sehingga tentera islam memikul kapal naik bukit...yang menjadi sejarah kapal menaiki bukit dipikul oleh tentera islamkaisar rom telah letakkan rantai di pelabuhan supaya kapal tentera islam tak buleh masuk pelabuhan....sambung kisa pemimpin yang pergi lihat pemiran kereta yang ada wanita bogil...maka terfikirkan pemimpin A ini bagaimana aku nak hindari akan maksiat dgn wanita bogilsedangkan masa tersebutCIA,FBI dan US telah pasang perangkaplalu pemimpin A buat trick" saya adalah gay...tak minat wanitaCIA lalu suruh buktikan yang dia gaykebetulan dia ada pembantu peribadi lelaki yang cun tak de misai tak de janggut yang disebut jambu...maka sebab nak trick ...pemimpin A buat trick dgn memeluk dan mencium pembantu peribadinya yang dia amat kenal...CIA dan FBI puas hati dgn aksi dan percaya pemimpin A adalah gay...maka hari tersebut pemimpin A dapat keselamatan sedang pembantu nya pening sebab diperlakukan dgn dicium dan dipeluk tetapi TIDAK kepala zakar masuk dubur...jadi kalaulah Doktor haji jadi hakimadakah doktor haji akan berkata pemimpin telah meliwat pembantu peribadinya masa di pamiran kereta canggih di US...sedang kepala zakar tidak mesauki dubur pembantu peribadi...tiada saksi 4 ore solih sebab yang ada masa kejadian adalah CIA dan FBI USZaman Umar ...beluai ada lepaskan se ore gadis yang di rogol di rumah mak angkatnya ada disebut dalam book bibligrafi Umar yang ditulis Ustaz Syakir...Umar bertaya bapa gadis tersebutdan Umar bertanya gadis tersebut apa kejadian sebenar yang berlaku di rumah mak angkatnya yang mana khadam mak angkatnya lelaki menyamar jadi wanita denga memakai jubah dan masa gadis membuka aurat kerana dia sangka khadam mak angkatnya adalah wanita sedang masa tersebut mak angkatnya keluar ke daerah lain...dengan keterangan dari bapa dan gadis tersebut Umar melepaskan gadis tersebut bahkan Umar mendoakan mudah mudahan gadis tersebut dilindungi dan dirahmati Allah...Umar bertanya bapa gadis tersebut (seperti ditulis dlm book tersebut oleh ustaz Syakir...Umar bertanya " bagaimana keadaan nak pak cik semasa di bawah tarbiyyah dan pengawasan pakcik...lantas bapa gadis berkata " anak saya amat baik akhlaknya...dalam hal ini Umar yang disebut Al Faruq (yakni dapat membezakan yang haq dan yang batil...telah melpaskan gadis tersebut dari hukuman hudud...Wallahu 'Alam

Salam,1- Apabila anda berbicara tentang "kekeliruan tentang qazaf", maka dijelaskanlah apa itu qazaf (setelah membaca rangkai yang anda syorkan itu!)2- Dan dijelaskan bahawa qazaf hanya berkaitan dengan menuduh seorang wanita berzina.3- Jika bukan seperti yang dinyatakan, maka ia bukanlah kes qazaf.WaLlahu a`lam. _________________

Abu Najih, Al ‘Irbad bin Sariyah ra. ia berkata : “Rasulullah telah memberi nasehat kepada kami dengan satu nasehat yang menggetarkan hati dan membuat airmata bercucuran”. kami bertanya ,"Wahai Rasulullah, nasihat itu seakan-akan nasihat dari orang yang akan berpisah selamanya (meninggal), maka berilah kami wasiat" Rasulullah bersabda, "Aku memberi wasiat kepadamu agar tetap bertaqwa kepada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia, tetap mendengar dan ta'at walaupun yang memerintahmu seorang hamba sahaya (budak). Sesungguhnya barangsiapa diantara kalian masih hidup nescaya bakal menyaksikan banyak perselisihan. kerana itu berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang lurus (mendapat petunjuk) dan gigitlah dengan gigi geraham kalian. Dan jauhilah olehmu hal-hal baru kerana sesungguhnya semua bid'ah itu sesat."
Hadis abu Daud dan Tirmizi

sirah Nabi Muhammad Sallallahu alaihi WaSalam

Di dalam Buku sirah nabi Muhammad saw oleh Dr Mustafa as-syibaie, punca utama peristiwa ini ialah kerana mereka cuba membunuh Rasulullah saw ketika baginda bersandar di rumah salah seorang penduduk kampong bani Nadir (sekutu Khazraj)

Perbuatan dan sikap khianat dan jahat yahudi terhadap perjanjian yang telah dimeterai. Ketika Rasul saw dan beberapa orang sahabat baginda berada diperkampungan bani nadhir, baginda telah bersandar pada dinding rumah kaum itu. Tiba-tiba mereka melakukan komplot jahat untuk membunuh baginda dengan cara melontarkan batu dari atas rumah kearah baginda. Bagaimanapun Baginda mengetahuinya dan bingkas bangun dengan segera seolah-olah mempunyai sesuatu keperluan. Baginda menuju ke Madinah diikuti oleh para sahabatnya. Kemudian Baginda mengutuskan Muhammad bin Maslamah kepada Bani Nadir memberitahu, “Kamu hendaklah keluar dari negaraku. Jangan kamu tinggal bersama-samaku disini. Kamu telah belot”. Kemudian Baginda memberi tempoh 10 hari kepada mereka untuk keluar dari kampong itu.

Surah Al-Hasyr Ayat 2,
Dia-lah yang mengeluarkan orang-orang kafir di antara ahli Kitab dari kampung-kampung mereka pada saat pengusiran kali yang pertama. Kamu tiada menyangka, bahwa mereka akan keluar dan mereka pun yakin, bahwa benteng-benteng mereka akan dapat mempertahankan mereka dari (siksaan) Allah; maka Allah mendatangkan kepada mereka (hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka-sangka. Dan Allah mencampakkan ketakutan ke dalam hati mereka; mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang yang beriman. Maka ambillah (kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, hai orang-orang yang mempunyai pandangan.

Kaum Nadir telah bersetuju untuk keluar dari kampong tersebut namun telah muncul seorang munafik Abdullah bin Ubai (Munafiq) telah mengadu domba dengan mengatakan akan menolong bani nadir utk menentang Nabi dengan 2000 orang askar. Kemudian di ketuai oleh Ali bin Abi Tolib.

Surah Al-Hasyr Ayat 11,
Apakah kamu tiada memperhatikan orang-orang munafik yang berkata kepada saudara-saudara mereka yang kafir di antara ahli Kitab: "Sesungguhnya jika kamu diusir niscaya kami pun akan keluar bersama kamu; dan kami selama-lamanya tidak akan patuh kepada siapa pun untuk (menyusahkan) kamu, dan jika kamu diperangi pasti kami akan membantu kamu". Dan Allah menyaksikan, bahwa sesungguhnya mereka benar-benar pendusta.

Surah Al-Hasyr Ayat 12,
Sesungguhnya jika mereka diusir, orang-orang munafik itu tiada akan keluar bersama mereka, dan sesungguhnya jika mereka diperangi; niscaya mereka tiada akan menolongnya; sesungguhnya jika mereka menolongnya niscaya mereka akan berpaling lari ke belakang, kemudian mereka tiada akan mendapat pertolongan.
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Tanda-tanda orang munafiq itu tiga; bila berkata ia bohong, bila berjanji ia mengingkari, dan bila dipercaya ia mengkhianati." Muttafaq Alaihi.
- Ramai ulama sejarah mengatakan peristiwa keluar api di Hijaz tersebut telah berlaku di Madinah Nabawiyyah, pada bulan Jumada Akhirah tahun 654H. - Di dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, Ibn Kathir membawakan peristiwa tersebut secara detail. Iaitu ia berlaku pada Hari Jumaat 5 Jumada Akhirah 654H. Ia berterusan selama sebulan. Madinah dikatakan bergoncang ketika itu, dan penduduknya berlindung di Masjid Nabawi. Api yang menyala dikatakan sangat tinggi sehingga dapat dilihat dari Makkah Mukarramah. (Al-Bidayah wa al-Nihayah 6/284). - Api yang menyala itu juga memancarkan cahaya yang terang benderang, sehingga dapat dirasai oleh penduduk Busra (satu tempat di Syam). Sehingga pada waktu malam, penduduk pedalaman di Busra dapat melihat cahaya tersebut pada unta-unta mereka. Imam Nawawi mengtakan: Seluruh penduduk Syam secara mutawatir mengetahui tentang peristiwa keluar api tersebut. (Fathul Bari 13/79) - Di Madinah terdapat satu tempat lawatan yang masyhur yg dinamakan Burkan Madinah, iaitu kawasan yang dikatakan keluarnya api dalam peristiwa tersebut. Boleh dilihat gambarnya di sini: http://www.flickr.com/photos/layal7/400613884/sizes/l/ Wallahu A'lam.

bumi akhirat

Hadis 2390 sahih muslim jilid 4Dari Aisyah Radhiallahu anha berkata…Aku bertanya Rasulullah sallallahu alihi wasalamHal firman Allah AzzawaJalla ” Pada hari ketika BUMI diganti dengan BUMI yang lain (tubaddalu ardhu ghairalARDHI...Dan langit ....hingga akhir ayat (surah Ibrahim ayat 48...Maka di manakah umat manusia ketika hal tersebut terjadi ya Rasulullah?Baginda menjawab Di Shirot (Titian....Masa di Peringat saya ada dengar Haji Syamsudiin Haji Thoiyib ceramah akan hal bumi dunia akan dihancurkan digantikan dengan bumi akhirat yang mana tanahnya berbau Raihanul miski…Manusia beriman dapat mendiami BUMI akhirat ini…InsyaAllah

berubat dan tawakkal kepada Allah

Apakah Berubat dan Tawakal?
October 21, 2009
Oleh: Al Ustadz Abdul Mu’thi Al Maidani
Tema ini masih berkaitan dengan perbahasan hadis Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma yang lalu mengenai orang-orang yang masuk syurga tanpa hisab dan tanpa azab. Salah satu sifat mereka adalah bertawakal kepada Allah subhanahu wa ta’ala semata. Barangkali sebahagian muslimin beranggapan bahawa berubat akan mengikis kesempurnaan tauhid. Alasannya adalah kerana berubat merupakan penggunaan sesuatu sebab yang berlawanan dengan tawakal kepada Allah. Sehingga seorang yang bertawakal tidak perlu untuk berubat bila sakit. Jika Allah mahu menyembuhkanny, maka dia akan sembuh tanpa perlu berubat. Akan tetapi, benarkah mengambil sesuatu sebagai sebab berlawanan dengan tawakal kepada Allah? Marilah kita semak tulisan berikut ini.
Sesungguhnya Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam pernah mengutarakan masalah berubat, sebagaimana di dalam beberapa hadis. Di antaranya,
1. Dari Jabir Bin Abdullah radhiallahu’anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sesuatu ubat bertepatan dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan seizin Allah ‘azza wa jalla.” (HR. Muslim)
2. Dari Abu Hurairah radhiallahu’anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Tidaklah Allah menurunkan sesuatu penyakit melainkan menurunkan pula ubatnya.” (HR. Al Bukhari dan Muslim)
3. Dari Usamah bin Syarik radhiallahu’anhu, bahawa beliau berkata,
“Aku pernah di sisi Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam lalu datanglah sekumpulan arab dusun. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, bolehkah kami berubat? .” Baginda menjawab, “Iya, wahai para hamba Allah berubatlah. Ini kerana Allah ‘azza wa jalla tidaklah meletakkan sesuatu penyakit melainkan meletakkan pula ubatnya, kecuali satu penyakit.” Mereka bertanya, “ Penyakit apakah itu? .” Baginda menjawab, “Penyakit ketuaan.” (HR. Ahmad, Al Bukhari dalam Al-Adabul Mufrod, Abu Dawud, Ibnu Majah dan At-Tirmidzi, beliau berkata bahawa hadis ini hasan sahih. Syaikhuna Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i mensahihkan hadis ini di dalam kitabnya Al-Jami’us Sahih mimma Laisa fish Sahihain 4/486)
4. Dari Ibnu Mas’ud radhiallahu’anhu, bahawa Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam bersabda,
“Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla tidaklah menurunkan sesuatu penyakit melainkan menurunkan pula ubatnya. Ubat itu diketahui oleh orang yang boleh mengetahuinya dan tidak diketahui oleh orang yang tidak boleh mengetahuinya.” (HR. Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim, beliau mensahihkannya dan disepakati oleh Adz-Dzahabi. Juga Al-Bushiri mensahihkannya dalam kitab Zawaidnya. Lihat Takhrij Al-Arnauth atas Zadul Ma’ad 4/12-13)
Al Imam Ibnu al-Qayyim rahimahullah berkata, “Di dalam hadis-hadis yang sahih ini terdapat perintah untuk berubat dan ia tidak bertentangan dengan tawakal. Sebagaimana menolak penyakit yang berbentuk rasa lapar, haus, panas dan dingin dengan lawan-lawannya, ia tidak menghilangkan tawakal. Bahkan tidak sempurna hakikat tauhid kecuali dengan mengambil sebab yang Allah letakkan sebagai faktor yang akan melahirkan akibat, baik secara ketentuan takdir mahupun hukum syariat. Menolak sebab dapat merosakkan tawakal itu sendiri. Demikian pula dapat merosakkan dan melemahkan nilai perintah Allah dan hikmah-Nya. Sementara orang-orang yang menolak kerana mereka beranggapan bahawa yang demikian itu akan lebih menguatkan tawakal. Sedangkan menolak sebab merupakan sebuah kelemahan yang boleh menghilangkan tawakal. Ini kerana hakikat tawakal adalah seseorang itu menyandarkan hatinya kepada Allah di dalam mengambil manfaat dan menolak bahaya, baik pada agama mahupun dunianya. Penyandaraan hati ini mesti disertai dengan mengambil sebab. Jika tidak, maka dia akan menggugurkan hikmah Allah dan syari’at-Nya. Oleh kerana itu, janganlah seorang hamba menjadikan kelemahannya sebagai sikap bertawakal dan jangan pula dia menjadikan tawakalnya sebagai sebuah kelemahan.” (Lihat Zadul Ma’ad, cet. Maktabah Ar-Risalah 4/14)
Berubat merupakan perkara yang diperselisihkan hukumnya di kalangan para ulama. Tentunya perselisihan mereka berpunca daripada perbezaan di dalam memahami dalil-dalil yang datang pada bab ini. Terdapat tiga pendapat di kalangan para ulama dalam menentukan hukum berubat.
Pertama, menurut sebahagian ulama bahawa berubat diperbolehkan tetapi yang lebih utama tidak berubat. Ini merupakan mazhab yang masyhur daripada Al-Imam Ahmad rahimahullah.
Kedua, menurut sebahagian ulama bahawa berubat adalah perkara yang disunnahkan. Ini merupakan pendapat para ulama pengikut mazhab Syafi’i rahimahumullah. Bahkan Imam An-Nawawi rahimahullah dalam kitabnya Syarh Sahih Muslim menisbahkan pendapat ini kepada mazhab majoriti salaf dan khalaf. Pendapat ini pula yang dipilih oleh Abul Muzhaffar. Beliau berkata, “Menurut mazhab Abu Hanifah bahawa berubat adalah perkara yang sangat ditekankan. Hukumnya hampir mendekati wajib.”
Ketiga, menurut sebahagian ulama bahawa berubat dan meninggalkannya sama saja, tidak ada yang lebih utama. Ini merupakan Mazhab Al-Imam Malik rahimahullah. Beliau berkata, “Berubat adalah perkara yang tidak mengapa demikian pula meninggalkannya.” (lihat Fathul Majid halaman 88-89)
As-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullah memiliki method yang cukup baik di dalam mempertemukan beberapa pendapat di atas. Beliau memperincikan hukum berubat kepada beberapa keadaan:
1. Bila diketahui atau diduga kuat bahawa berubat sangat bermanfaat dan meninggalkannya akan mengakibatkan kemudharatan, maka hukumnya wajib.
2. Bila diduga kuat bahawa berubat sangat bermanfaat namun meninggalkannya tidak mengakibatkan kemudharatan yang pasti, maka berubat lebih utama.
3. Bila dengan berubat, peluang sembuh dan mudharat memiliki kadar kemungkinan yang sama, maka meninggalkannya lebih utama, agar dia tidak melemparkan dirinya dalam kehancuran tanpa sedar.
(lihat Asy-Syarhul Mumti’ 2/437)
Salah satu sifat orang-orang yang masuk syurga tanpa hisab dan tanpa azab adalah bertawakal kepada Allah semata. Sifat ini bukan bererti mereka tidak menjalani sebab sama sekali. Ini kerana secara global menjalani sebab merupakan perkara fitrah dan tertanam secara spontan. Tidak seorang pun boleh terlepas daripada menjalani sebab. Bahkan bertawakal itu sendiri merupakan sebab yang paling terbesar, sebagaimana firman Allah ta’ala,
“Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (Ath-Thalaq: 3)
Dengan demikian mereka hanya meninggalkan perkara yang makruh walaupun mereka memerlukannya, dengan tetap bertawakal kepada Allah, seperti meminta diruqyah atau dikay. Mereka meninggalkan perbuatan ini kerana keadaannya sebagai sebab yang makruh. Terlebih lagi orang yang sakit, dia akan bergantung dengan apa sahaja yang dianggapnya sebagai sebab untuk sembuh meskipun dengan sarang labah-labah (yang sangat lemah).
Adapun mengambil sebab dan berubat dalam bentuk yang tidak mengandungi hukum makruh, maka ia tidak merosakkan tawakal. Oleh kerana itu meninggalkannya tidak disyariatkan, sebagaimana yang difahami daripada hadis-hadis yang telah kita senaraikan di atas. (Lihat Fathul Majid 87-88).
Mengambil sebab boleh menjadi perbuatan syirik dan boleh pula merupakan ibadah dan tauhid kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Menjadi syirik apabila orang yang menngambilnya menyandarkan hati kepadanya, merasa tenang dengannya, dan meyakini bahawa sebab itu sendiri yang dapat melahirkan akibat tanpa Allah subhanahu wa ta’ala. Dia berpaling daripada Zat Yang Menciptakan Sebab dan menjadikan perhatiannya hanya terbatas kepada sebab itu.
Sedangkan ia boleh menjadi tauhid dan ibadah bila dia menganggapnya hanya sebagai bentuk penunaian, pelaksanaan dan penegakan hak ibadah yang terdapat padanya. Lalu menempatkannya pada tempat yang sesuai. Maka mengambil sebab dengan cara yang seperti ini merupakan satu bentuk ibadah dan tauhid kepada Allah subhanahu wa ta’ala. Ini kerana hal itu tidak memalingkannya daripada menghadapkan hati kepada Zat Pencipta sebab tersebut.
Seorang yang bertauhid dan bertawakal kepada Allah tetap mengambil sebab tetapi tidak menyandarkan hati, tenang, berharap, takut dan condong kepadanya. Hatinya hanya tertuju dan tergantung kepada Zat Pencipta Sebab subhanahu wa ta’ala. Namun bukan bererti dia menolak, menggugurkan dan mengabaikan untuk mengambil sebab.
Tawakal adalah salah, baik secara hukum syariat mahupun logik kecuali apabila ia digantungkan hanya kepada Allah subhanahu wa ta’ala semata. Tidak ada di alam nyata ini sebab yang sempurna dan dapat melahirkan akibat dengan sendirinya kecuali kehendak Allah subhanahu wa ta’ala.
Kehendak Allah merupakan sebab bagi segala sebab. Allah telah menjadikan padanya kekuatan yang akan memberi kesan. Tidak ada satu sebab pun yang boleh melahirkan akibat dengan sendirinya melainkan mesti disertai oleh sebab yang lain. Allah menjadikan bagi setiap sebab lawan-lawan dan perkara-perkara yang dapat menghalangnya. Hal ini tentunya berbeza dengan kehendak Allah subhanahu wa ta’ala. Kehendak-Nya tidak memerlukan sebab apapun selainnya. Tidak ada sebab apapun yang dapat melawan dan membatalkannya. Namun kadang-kala Allah subhanahu wa ta’ala membatalkan hukum kehendak-Nya dengan kehendak-Nya. Dia menghendaki sesuatu perkara lalu menghendaki lawannya dan perkara yang menghalang terjadinya. Seluruhnya dengan kehendak dan pilihan Allah. Oleh kerana itu tawakal tidak dibenarkan kecuali hanya kepada-Nya. Demikian pula penyandaran diri, rasa takut, harapan, keinginan tidak ditujukan kecuali kepada-Nya. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Aku berlindung dengan redha-Mu daripada murka-Mu, dengan pemeliharaanmu daripada seksa-Mu. Dan dengan-Mu daripada-Mu.” (HR. Muslim dan Abu Daud)
“Tidak ada tempat selamat dan berlindung dari Zat-Mu kecuali kepada Zat-Mu.” (HR. Muslim)
Apabila kita mengumpulkan antara bertauhid dan mengambil sebab, maka hati kita akan lurus dalam menuju Allah subhanahu wa ta’ala. Dengan demikian, jelaslah jalan besar yang dilalui oleh seluruh rasul, nabi dan pengikut mereka. Itulah jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang yang Allah beri nikmat atas mereka. Semoga Allah selalu membimbing kita. (Lihat Madarijus Salikin, cet Dar Ihyaut Turots Al-Arabi, 3/368-369)
Wallahu a’lam bishshawab.
(Sumber: Buletin Jum’at Al Muslim, diterbitkan oleh Panitia Kajian Islam Yogyakarta; http://ahlussunnah-bangka.com/2009/05/01/berubat-tidak-mengikis-kesempurnaan-tauhid/)
http://akhwat.web.id/muslimah-salafiyah/aqidah-manhaj/berubat-tidak-mengikis-kesempurnaan-tauhid/
di edit bahasa oleh Abu Usamah Mohd Masri Bin Mohd Ramli
Categories
Artikel
Comments rss
Trackback

peristiwa hampir Miamat rujuk hadis sahih

Peristiwa hamper Kiamat

Apabila Nabi Isa AlaihisSalam Turun

Hari Kiamat hanya Allah yang lebih mengetahuinya

Petikan dari majalah 1 bulan 6.2009 halaman 20…
Malaikat Jibril alaihisSalam pernah betanya kepada nabi Muhammad sallallahu alaihiwaSalam
Khabarkanlah kepadaku bila terjadi hari Kiamat…
Rasulullah sallallahu alaihi waSalam menjawab…Ore yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya
HR Muslim no.1



Indicator hampir Kiamat yang sughra…
Rasulullah salllahu alaihi waSalam menyebut di dalam hadis Jibril

Jibril alaihisalam berkata… Khabarkan kepadaku hal tanda tandanya. Rasulullah sallallahu alaihiwasalam menjawab
Budak perempuanmelahirkan tuannya dan kamu lihat orang yang bertelanjang badan, penggembala kambing berlumba lumba meninggikan bangunan H HR Muslim no.1


Tanda Kiamat Kubra disebut dalam hadis Hudzaifah bin Usaid AlGhifari radhiaLlahu anhu…
Rasulullah sallalahu alaihiwaslam melihat kami ketika kami sedang berbincang.Banginda bertanya bersabda …Apa yang kalian perbincangkan
Kami menjawab…Kami sedang berbincang hal hari Kiamat
Baginda bersabda Tidak akan terjadi Kiamat sehingga kalian melihat sebelumnya sepuluh tanda. Baginda menyebut… Dukhan (smoke…
Dajjal, dabbah, terbit matahari dari barat, turunnya Nabi Isa AlMasih alaihisSalam, ya’juj ma;juj, tiga khusf (dibenamkan ke dalam bumi,
Di timur, di wastern, dan di Tanah Jazirah ARAB, yang terakhir adalah api yang keluar dari Yaman mengusir (mengiringi… mereka ke tempat berkumpulnya mereka HR Muslim no. 2901
Cermaha Ustaz zawawi di radyu IKIM 7.30 pagi pada 4.8.2009…
Semasa nabi Isa alaihisalam dilantik menjadi rasul pada usia 33 tahun…apabila Nabi isa mentadbir mengamankan Adimul Ardhi selama 7 tahun…maka genap menjadi 40 tahun…
Wajah Nabi isa alaihissalam seperti wajah Urwah ibnu Mas”ud
Masih dari kalimah dasar masaha yang bermakna …menggosok yakni semasa Maryam melahirkan Nabi Isa alaihisSalam dia menggosokkan dgn munyak…
Nabi Isa alaihisalam apabila menggosok pesakit…maka sembuh BiIzniLlah…
Allah menggosok dajjal maka buta mata sebelah…dalam hadis sebut dajjal buta mata sebelah kanan…

NABI ISA ALAIHISALAM AKAN hapuskan babi

Ada dalam youtube kajian
Apabila babi di curahkan coca cola maka akan keluar parasite…

Nabi isa alaihisalam akan turun di menara abyadu di masjid Umawi Damsyik Syria lalau menghapuskan dajjal
Semasa nabi Isa turun di waktu Umat Islam sedang solat subuh di masjid Umawi yang mana Imam AlMahdi al Muntazar sedang mengIMAMkan solat subuh yang mana jemaah lelaki adalah 800 muslim serta 400muslimah

Ibnu hajar dalam Kitab Fathu bari mengisahkan Nabi isa turun ada hikmahnya

untuk membantah kebihongan yahudi yang mengatakan mereka bunuh nabi Isa sedang hakikat sebenarnya adalah nabi Isala diangkat oleh Allah naik ke langit
2. untuk membantah kesesatan orang kristian yang mengatakan Nabi Isa sebagai anak Tuhan sedang Hakikatnya Nabi Isa alaihisSalam adalah Rasul di kalangan manusia…Nabi isa alaihisalam adalah Manusia…Nabi Isa alkaihisalam adalah sama dengan Nabi Muhammad sallallahu alaihiwasalam selaku manusia yang diangkat menjadi Rasulullah.


AlImamul Qurtubi menyebut dalam kitab AtTazkirah …ada 10 makna…
Dajjal bermakna
kazzab (pendusta.
Mumawwih (menipu manusia.
AsSyaikh Salih ibnu ‘Utsaimain mengatakan…
Dikatakan demikian kerana dajjal adalah penipu yang sangat teruk penipuannya…
AsSyaikh Ibnu ‘Utsaimin menyebut dalam syarah Lum’atul I’tiqad…

Kafir dajjal mengaku tuhan…pendustaan yang sangat teruk



Halaman 22 majalah I bulan 6.2009
Dari Ummu Syarik radhiallahu anhu beliau telah mendengar Rasulullah sallahu alaihiwaSalam bersabda
Sungguh manusia akan menyelamatkan diri dari fitnah dajjal dgn naik ke gunung gunung ummu syarik berkata …Ya rasulullah …dimana ore ARAB ketika tersebut…Baginda menjawab …Pre ARAB sedikit .HR Muslim no.2945



Rasulullah bersabda…
Dajjal membuat fitnah selama 40 hari kemudian Allah mengutruskan Nabi isa alaihisalam yang wajahnya seperti Urwah ibnu Mas’ud. Nabi isa alaihisalam menncari membunuh nya…HR Muslim no.2940
Hadis jua m,eriwayatkan…
Dajjal dicari oleh Nabui isa lalu membunuh nya di Bad Ludd (satu negeri dekat Baitul Maqdis_FalastinHR Muslim no 2937

Hadis jua meriwayatkan…
Ketika musuh Allah iaitu dajjal melihat Nabi Isa alaihiSalam maka meleleh tubuhnya sebagaimana garam meleleh di air. Seandainya dibiarkan nescaya akan meleleh hingga binasa. Akan tetapi Allah membunuh nya melalui tangan Nabi Isa alaihisSalam…memperlihatkan darah nya kepada mereka pada tombak Nabi Isa alaihissalam… HR Muslim no 2897

Artikel di halaman 24 majalah I bulan 6.2009 Ustaz Zahazan
Kemunculan Imam Almahdi alMuntazor memimpin adimul ardhi yang mana ketika sebelumnya dunia dalam kekacauan …umat islam memerlukan kepimpianan Imam AlMahdi
Beliau diangkat selaku pemimpin setelah manusia ketika zaman tersebut melihat se ore manusia yang wara’, ‘ILMAN_berIlmu…akhlaqulkarimah_berakhlak mulyo… dan memiliki hikmah kelebihan…Karomah
Manusia mengharapkan Imam Almahdi dapat mengembalikan kebaikan dan keAMANan di adumil ardhi
Pada mulanya Imam AlMahdi kurang setuju utk jadi pemimpin selepas didesak …akhirnya beliau bersetuju. Beliau sendiri tidak menyangka bahawa dirinya adalah Imam alMahdi alMuntazar yang dari nasab Nabi Muhammad Sallahu alaihiWaSalam…Ahlul Baiti
Pengikut yang mengangkat Iman AlMahdi jua tidak tahu status dirinya yang sebenar…
alMahdi bermakna buaian… bayi yang berada di buai ummuhu…
AlMahdi jua bermakna pemimpin…
Ummu muslimah yang mengayun buaian mampu mempegaruhi alam dunia di adimul ardhi selaku Insan yang melahirkan Almahdi almuntazar
Almuntazar bermakna yang dinantikan…Umat manusia menantikan Imam alMahdi.
Rasulullah pernah bersabda…
Sekiranya kamu nak lihat dajjal…lihatlah ibnu sayyad. Seorang berketurunan yahudi…di dahi dajjal ada tulis kafara…bermakna kufur kpd Allah
Dikatakan ibnu sayyad dikandung selama tiga tahun dalam perut ibu nya
Ustaz zahazan bekas pensyarah bahasa AlQur’an Universiti Islam Antara bangsa
Iman Almahdi melawan raja Syria (raja zalim) dan beliau mencapai kemenangan. Imam al mahdimmemerintah dengan ADIL selama 40 tahun mengajak manusia membuat ma’ruf menghindari mungkar
Nabi Isa memerintah adimul ardhi selama 40 tahun yang disebut zaman ma’mur yang mana rezeki melimpah ruah…tiada ore miskin…

Allahumma nas_aluka fi’lan khairat, wa tarki mungkarat wa hubban masakin…
Ya Allah anugerahkan kami amalan kebaikan…menjauhi mungkar…kasihkan ore miskin …AMIN



Negeri yang tidak diganggu fitnah dajjal adalah Baitul Maqdis serta Tursina
Rasuylullah sallahu alaihiwasalam bersabda …
.dia akan tinggal di selama 40 hari mendatangi semua tempat kecuali empat masjid…masjid Haram, masjid nabawi madinah, bukit Tursina (Falastin dan masjidil AQSA(Falastin
HR Ahmad dan sahabatnya. Syaikh Albani RahimahuLlahu alaihi berkata sanadnya sahih. Lihat Qishahatu almsih dajjal wa NUZUL Isa AlMASIH



Dalam surah alAnbiya’ ayat 96 bermaksud…
Demikianlah keadaan mereka sehingga apabila terbuka tembok yang menyekat yakjuj dan makjuj serta mereka meluru turun dari tiap tiap tempat yang tinggi
Surah Alkahfi ayat94
Wahai Zulqarnain …Sesungguhnya kaum yakjuj makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi…maka setujkah kiranyakami menenutukan jumlah bayaran upah kepadamu (dari hasil pendapatan kami…dengan syarat kamu membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka…
Ibnu asyur dalam tafsirnya menyebut yakjuj makjuj bersaiz gemuk …selepas turun dari tempat yangbtinggi puak itu akan ke tasik Thiber dan minum air tasik itusehingga kering air tasik tersebut.
Makhluk itu akan melakukan kebinasaa dan kerosakan… Nabi isa memohon allah menghabcurkan yakjuj makjuj maka Allah membinasakan puak kafir itu… bangkainya menimbulkan bau busuk maka allah menurunkan hujan membersih BUMI dari bangkai itu
Kemudian Allah memerintahkan BUMI supaya menumbuhkan tumbuh tumbuhan utk dinikmati manusia dan faina
Lalu Allah kirimkan angina lembut .maka tercabut nyawa manusia yang beriman…naik menemui Allah


Kemudia baru terjadi kiamat….
Nabi Muhammad Sallahu alaihi wasalam mengajar umat Islam supaya membaca dan mengamalkan 10 ayat permulaan Surah AlKahfi atau 10 ayat terakhir Surah AlKahfi






Petikan hadis dari kitab hadis…
Hadis sahih Muslim jilid 1 No. 127.

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya telah dekat masanya Isa Ibnu Maryam akan turun di tengah-tengah kamu. Dia akan menjadi Hakim yang ADIL, akan dihancurnya salib, dibunuhnya babi/khinzir, dihapuskannya pajak, dan kekayaan akan melimpah ruah (ma’mur) sehingga tidak seorang pun lagi bersedia menerima pemberian”

Hadis 128

Jabir bin Abdullah r.a mendengar Nabi saw. Bersabda”Akan senantiasa ada hingga hari Kiamat segolongan umatku yang berjuang menegakkan kebenaran dan mereka pasti menang” sementara itu nabi ‘Isa a.s akan turun ke tengah-tengah umat. Lalu pemimpin-pemimpin mereka berkata kepadanya: “Sudilah Anda solat dan menjadi Imam (pemimpin) kami.” Jawab Nabi ‘Isa a.s ,”Tidak, Masing-masing kamu boleh menjadi pemimpin bagi yang lain, selaku suatu kehormatan yang dilimpahkan Allah kepada ummat ini”.



Dari Ibnu Umar r.a katanya Rasulullah saw. Berbicara mengenai dajjal di hadapan orang banyak. Sabda beliau “Sesungguhnya Allah Taala tidak picek (buta matanya sebelah). Ketahilah sesungguhnya Al masih Dajjal yang picek mata kanannya seperti buah anggur mengembung”

Dari Anas bin malik r.a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Tidak ada seorang Nabi melainkan dia mengingatkan ummatnya supya waspada terhadap sipicek pembohong besar. Ketahuilah dia picek, sedang Tuhanmu tidak picek. Antara kedua matanya tertulis k-f-r (kafir)

Dari Hudzaifah r.a katanya Rasulullah saw. Bersabda “ aku lebih tahu tentang dajjal daripada dajjal itu sendiri. Dia mempunyai dua sungai yang mengalir. Yang satu kelihatan oleh mata mengalirkan air putih bersih, sedang yang satu lagi kelihatan bagai api bergejolak yang sedang mengalir.Siapa yang menemukannya hendaklah didatangi sungai yang kelihatan seperti api menyala, lalu picingkan mata, tundukkan kepala dan minumlah airnya. Maka sesungguhnya itulah air. Sejuk. dajjal matanya tertutup oleh selapi daging tebal. Antara kedua matanya terdapat tulisan”kafir” yang dapat dibaca oleh setiap orang mukmin baik yang tahu tulis baca atau tidak”

Dari Hudzaifah r.a dari Nabi saw. Sabdanya”dajjal selalu membawa air dan api. Api itu sebenarnya adalah air sejuk, sedang air sebenarnya adalah api. Kerana itu waspadalah kamu agar tidak celaka”

Dari Nawas bin Sam’an r.a katanya “Pada suatu pagi Rasulullah saw. Berbicara mengenai dajjal. Tempo-tempo beliau merendahkan suara dan kadang-kadang meninggikannya, sehingga kami merasakan seolah-olah berada dalam kelompok lebah. Petang hari kami mendatangi beliau. Beliau sudah tahu persoalan kami. Tanya beliau “apakah kabar kalian?” jawab kami” Ya Rasulullah, tadi pagi anda berbicara mengenai dajjal. Kadang kadang anda merendahkan suara kadang-kadang meninggikan suara sehingga kami merasakan seolah-olah berada dalam kelompok lebah” Jawab Rasululah saw. “Bukan dajjal yang mengkhuatirkanku terhadap kamu sekelian. Jika dia muncul, sedang aku sudah tidak berada disampingmu, maka ummat manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Taala penggantiku menjadi pembela atas setiap orang muslim. dajjal pemuda berambut kerinting, mata picek. Aku lebih condong mengatakannya serupa dengan abdul uzza bin qathan. Barang siapa di antara kamu bertemu dengannya bacakan kepadanya permulaan surat Kahfi. Dia muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq. Lalu dia merusak ke kanan dan ke kiri. “Wahai hamba Allah! Kerana itu teguhkan pendirianmu!. “Tanya kami”Ya rasulullah, berapa lama dia tinggal di bumi” jawab Rasululah saw.”empat puluh hari. Satu hari seperti setahun,satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sepekan(minggu)dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang.” Tanya kami” ya Rasulullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat kami sekarang?” Jawab beliau”tidak, tetapi hitunglah bagaimana pantasnya”Tanya kami berapa kecepatannya berjalan dibumi?” Jawab beliau “Seperti hujan ditiup angin. Dia mendatangi suatu kaum, maka diajaknya kaum itu supaya iman kepadanya, lalu meraka iman dan mematuhi segala perintahnya. Diperintahkannya langit supaya hujan maka turunlah hujan. Diperintahkannya bumi supaya subur maka tumbuhlah tumbuh-tumbuhan. Bila hari telah petang, ternak mereka pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu lebih besar cukupmakan. Kemudia didatanginya kaum yang lain dan diajaknya mereka supaya iman kepadanyaTetapi mereka menolak ajakannya. Maka ia berlalu dari mereka. Besok pagi negeri mereka menjadi kering kerontang dan kekayaanan mereka habis ludes. Kemudian dia lewat di suatu negeri yang telah rusak binasa. Katanya”keluarkan perbendaharaanmu. Maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya. Kemudian dipanggil seorang muda remaja lalu dipukulnya dengan pedang sehingga anak muda itu belah dua dan belahannya terlempar sejauh anak panah dipanahkan. Dajjal memanggil tubuh yang terbelah itu kembali. Dia datang seutuhnya dan dengan wajah berseri-seri sambil tertawa. Sementra dajjal asyik dengan perbuatan-perbuatannya yang merusakkan, Allah Taala membangkitkan Isa Al Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan dekat menara putih sebelah timur Damsyiq, memakai dua pakai bewarna, berpegang pada sayap dua malaikat. Apabila dia menundukkan kepala hujan turun,dan apabila dia mengangkat kepala berjatuhan daripadanya biji-biji perak bagaikan mutiara. Orang kafir tidak diperkenankan bau nafasnya. Siapa yang menciumnya dia langsung mati. Bau nafasnya tercium sejauh mata memandang. Maka dicari dajjal dan bertemu olehnya di pintu gerbang kota Lud. (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dibunuhnya dajjal. Kemudian didatanginya kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan dajjal. Maka diusapnya mereka dan dikabarkan kepada mereka kedudukannya di Syurga. Allah mewahyukan kepada Isa a.s ”Aku akan mengeluarkan hamba-hambaku yang tak terkalahkan oleh sesiapa pun Kerana itu selamatkanlah hamba-hambaKu yang Soleh ke bukit” lalu Allah Taala membangkitkan ya’juj dan Ma’juj Mereka turun melanda dari tempat yang tinggi. Gelombang pertama melewati telaga Thiber, lalu mereka minum habis air telaga tersebut Kemudian lewat pula kumpulan yang lain. Kata mereka”sesungguhnya dahulu di sini ada air. Nabi Isa dan para sahabatnya terkepung sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka dari seratus dinar bagi seorang kamu hari ini (kerana kekurangan makanan) Nabiyallah Isa dan para sahabatnya mendoakan semoga AllahTaala menghancurkan ya’juj ma’juj maka dikirimkan kepada mereka penyakit hidung seperti pada haiwan-haiwan sehingga mereka mati semuanya. Kemudian nabi Isa dan para sahabatnya turun ke Bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun didapati melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. Nabiyallah Isa dan para sahabatnya mendoakan semoga Allah sudi menyingkirkan bangkai-bangkai busuk itu. Maka dikirimkan Allah burung-burung sebesar unta lalu diangkatnya bangkai-bangkai tersebut. Dan dilemparkannya di tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian diturunkan Allah hujan, sehingga walaupun rumahnya tanah liat dan rumah-rumah bulu di bersihkannya. Sehingga bumi kelihatan seperti kaca Kemudian diperintahkan Allah kepada bumi “ Tumbuhkanlah tumbuh-tumbuhanmu dan kembalikanlah keberkatanmu. Ketika itu sekelompok keluarga kenyang makan sebuah delima. Dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya, Rezeki mereka sangat berkah sehingga susu seekor unta cukup untuk orang sekampung. Susu seekor sapi cukup untuk orang satu qabilah. Susu seekor biri-biri cukup untuk sekelompok keluarga dekat. Ketika mereka berada dalam keadaan keredhaan Tuhan yang demikian, tiba-tiba Allah mengirimkan angin baik melewati ketiak mereka, maka tercabut ruh setiap mukmin dan orang muslim. Maka tinggal orang jahat belaka, bercampur-baur seperti keldai. Maka ketika itu terjadilah Kiamat.

Dari Abu Said Al Kudri r.a katanya :”Rasulullah saw menceritakan yang panjang mengenai dajjal. Antara lain beliau menceritakan: dajjal itu datang. Dia terlarang masuk Madinah. Kerana itu dia berhenti di sebuah kebun di pinggir kota. Pada hari itu datang kepadanya seorang lelaki elok. Kata lelaki itu”Aku memastikan bahwa engkau adalah dajjal yang diceritakan Rasulullah saw kepada kami” kata dajjal kepada para pengikutnya “Bagaimana pendapat kalian, jika kubunuh orang ini, aku bisa menghidupkannya kembali. Ragukah kalian akan hal itu.? Jawab mereka”Tidak maka dibunuhnya orang itu, kemudian dihidupkannya kembali. Setelah hidup kembali lelaki itu berkata kepada dajjal,”Demi Allah ,sekarang aku tambah yakin engkau sesungguhnya Dajjal”.Dajjal hendak membunuhnya kembali, tetapi dia tidak sanggup lagi melakukannya. Kata Abu Ishaq ”Lelaki itu ialah Nabi Khidhir ‘alaihissalam”


Dari Anas bin Malik ra.a katanya Rasulullah saw bersabda:”Tidak sebuah jua negeri, melainkan semua diinjak oleh dajjal.Kecuali makkah dan madinah. Semua jalan yang menuju ke sana dijaga malaikat dengan berbaris. Maka berhenti dajjal disebuah kebun (dipinggir kota Madinah). Madinah bergoyang (gempa) tiga kali. Orang-orang kafir dan orang munafik keluar semuanya dari kota Madinah menemui dajjal”

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw bersabda:”Segeralah kamu beramal sebelum terjadi enam perkara (1) Sebelum matahari terbit dari barat (2)keluar dajjal (3) keluar dabbatul ard (binatang melata) (5) peristiwa yang menimpa dirimu sendiri(maut) (6) peristiwa yang menimpa orang banyak (kiamat)

Dari Ma’qil bin Yasar r.a katanya rasulullah saw bersabda:”Beribadat masa-masa sulit sama dengan hijrah kepadaku”

Dari Abdullah r.a dari Nabi saw sabdanya:”Tidak terjadi kiamat melainkan kerana kejahatan manusia

Perang besar antara dua kekuatan besar (Sahih Muslim jilid 4)
Hadis 2461 dari Abu Hurairah r.a katanya “Rasulullah saw. Bersabda “Belum akan terjadi kiamat sebelum dua golongan besar saling memerangi satu sama lain, sedangkan kurban di kedua pihak sangat besar pula.dan alas an kedua-duanya hanya satu”

Hadis sahih Muslim No 2463jilid 4.
Dari Tsauban r.a katanya rasulullah saw, bersabda”Sesungguhnya Allah Taala telah memperlihatkan kepada ku peta bumi secara keseluruhannya, sehingga aku dapat melihat bumi sebelah Timur dan barat dan sesungguhnya kekuasaan ummatku akan sampai ke seluruh tempat yang telah diperlihatkan Allah Taala kepadaku. Kepadaku diberikan dua jenis perbendaharaan, iaitu merah dan abyadu. Aku memohon kepada Tuhan untuk membantu ummatku agar mereka tidak binasa dengan musim susah yang panjang, dan agar mereka tidak dijajah oleh kuasa asing selain mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka menjadi hancur luluh. Tuhanku berfirman “Ya Muhammad, apabila Aku telah memutuskan suatu keputusan, maka keputusanKu tidak dapat diubah lagi Aku memakbulkan doamu untuk ummatmu, bahawa umatmu tidak akan binasa dengan musim susah yang panjang. Dan bahawa Aku tidak akan menjajahkan kepada mereka suatu kekuatan musuh selain diri mereka sehingga kekuatan mereka hancur luluh, sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, kecuali bila sebagian mereka membinasakan yang sebagian dan mereka saling tawan menawan.

Hadis no 2464 jilid sahih Muslim
Dari Amir bin saad dari bapanya ra. Katanya “Pada suatu hari Rasulullah saw. Datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid bani Muawiyah baginda masuk ke masjid lalu solat dua rakaat.kami pun solat pula bersama-sama dengan baginda. Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah mendoa baginda menoleh kepada kami lalu bersabda “Aku memohon kepada tuhanku tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhanku supaya jangan membinasakan ummatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya ummatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda ummat Nabi Nuh, atau seperti tentera dan Firaun yang tenggelam di lautan), permohonanku itu diperkenankanNya juga. Aku memohon supaya ummatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesame mereka. Permohonanku ini tidak diperkenankan”

Hadis no 2474 sahih Muslim jilid 4 dari Abu Hurairah r.a dari nabi saw, sabdanya “Belum terjadi kiamat sebelum dibangkitkan dajjal, pembohong besar yang jumlahnya hampir 30 orang. Semuanya mengatakan bahawa mereka adalah rasulullah.

Hadis no 2486 jilid 4 sahih Muslim ,kiamat sudah dekat:
Dari Anas r.a katanya rasulullah saw bersabda “(Jarak waktu) aku diutuskan dan hari kiamat seperti ini “Baginda memberikan isyarat dengan merapatkan telunjuk dengan jari tengah”

Hadis no 127 jilid 1 sahih Muslim
Dari Abu Hurairah r.a katanya rasulullah saw bersabda “Demi Allah yang jiwaku di TanganNya, sesungguhnya telah dekat masanya Isa ibnu Maryam akan turun di tengah-tengah kamu. Dia akan menjadi hakim yang Adil, akan dihancurkannya salib, dibunuhnya babi, dihapuskannya pajak dan kekayaan akan melimpah ruah sehingga tidak seorang pun lagi yang bersedia (layak ) menerima pemberian”

Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2294
Dari Anas bin Malik r.a. katanya rasulullah saw bersabda “sebagian di antara tanda-tanda hari kiamat ialah hapusnya ilmu agama , berjangkitnya kejahilan, merajalelanya perzinaan (pelacuran), melimpahnya minuman keras, habis (extince) kaum lelaki, dan yang tinggal hanya wanita, dengan nisbah seorang lelaki berdiri di tengah-tengah lima puluh wanita”

Hadis sahih Muslim jlid 4 no 2014
Dari Mughirah bin Syu’bah r.a katanya “Tidak ada sahabat yang bertanya kepada Rasulullah s.a.w. perihal dajjal yang lebih banyak dari pertanyaanku” Kerana itu Rasulullah saw. Bersabda kepadaku, “Hai anakku, Engkau tak usah terlalu risau memikirkannya. Dia tidak akan mencelakakanmu” Kataku, “Orang ramai mengatakan dajjal mempunyai sungai yang mengalir dan bukit roti.” Sabda baginda, “Itu amat mudah bagi Allah Ta’ala menciptakannya.”



Robohnya Kaabah
Hadis 1512 Bukhari
Aisyah r.anha berkata :”Nabi s.a.w. bersabda :”Kaabah itu akan diperangi oleh musuh , tetapi mereka mereka itu lalu ditenggelamkan dalam bumi yakni di Baida’, suatu tempat antara Makkah dan Madinah”

Hadis 1513 dari Ubaidillah bin Akhnas , katanya :”Aku diberitahu oleh Ibnu Abi Mulaikah dari Ibnu Abbas r.anhuma dari Nabi s.a.w. , sabdanya: ”Seolah-olah aku dapat melihat orang-orang yang merobohkan Kaabah itu berkulit hitam, merenggangkan kedua kakinya dan membongkar Kaabah itu batu-batunya satu demi satu”

Hadis 1514 dari Ibnu Syihab dari Sa’id bin Musayyab bahawasanya Abu Hurairah r.a. berkata:” Rasulullah s.a.w bersabda :” Kaabah itu akan diruntuhkan oleh yang mempunyai dua betis yang kecil, berasal dari negeri Habasyah (Abesenia)”

Keterangan:
Ya’juj dan ma’juj keluar, Kaabah dirobohkan dan tidak ada yang berhaji di baitullah adalah tanda-tanda dekat hari Kiamat tiba.

Hadis 94 jilid 1 Muslim
Dari Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah saw. Bersabda “Sesungguhnya Allah akan meniupkan angin dari Yaman lebih lembut dari Sutera. Namun tidak se ore yang ada (iman) di qalbunya ” Abu Al_Qamah mengatakan “Walaupun seberat biji bayam (zarah…” Kata Abdul Aziz “insane yang memiliki Iman yang seberat zarah akan tercabut nyawa olehnya” naik masuk kea lam akhirat dengan mendapat rezeki dari Allah


Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2293
Dari Anas bin malik r.a katanya Rasulullah saw. Bersabda “ Sebagian di antara tanda-tanda hari Kiamat ialah hapusnya Ilmu (Agama Islam), berjangkitnya kejahilan, melimpahnya minuman keras dan merajalelanya perzinaan (pelacuran)”


Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2294
Dari Anas bin malik r,a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Sebagian di antara tanda-tanda hari Kiamat ialah : hapusnya Ilmu (Agama Islam) , ber jangkitnya kejahilan, merajalelanya perzinaan (pelacuran), melimpahnya minuman keras, habis/extince kaum lelaki dan yang tinggal hanya wanita dengan perbandingan seorang lelaki berdiri ditangah-tengah lima puluh wanita.


Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2295
Dari Abdullah dan Abu Musa r.a. keduanya berkata bahawa Rasulullah saw. Bersabda :”Sebelum terjadi hari kiamat terlebih dahulu hapus ilmu (Addin) dan berjangkit kejahilan (maksiat, kejahatan dan sebagainya) dan banyak terjadi pembunuhan.



Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2296
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Tanda hari Kiamat semakin dekat, dihapus (dicabut) Ilmu (Addin), lalu timbul fitnah (bala bencana/kekacauan). Di mana-mana dijumpai kebakhilan serta banyak pembunuhan”



Hadis sahih Muslim jilid 4 no 2297
Dari Abdullah bin Amru bin Al‘Ash, katanya dia mendengar Rasulullah saw. Bersabda “ Allah tidak menghapuskan ilmu (Addin) dengan cara mencabutnya dari dada seluruh manusia tetapi dengan jalan mewafatkan para Ulama’. Apabila Ulama’ sudah habis, umat manusia mengangkat orang bodoh menjadi pemimpin mereka. Lalu mereka bertanya kepada para pemimpin yang bodoh. Si pemimpin seperti memberi fatwa tanpa pengetahuan, menyesatkan orang banyak maka sesatlah mereka semuanya”


Bila wanita lebih banyak daripada pria/pemuda
Hadis 965 sahih Muslim jilid 2
Dari Abu Musa r.a dari Nabi saw. Sabdanya “Kelak akan datang suatu masa di mana seorang lelaki berkeliling membawa emas/zahab untuk disedekahkannya, tetapi dia tidak mendapatkan orang yang bersedia menerima sedekahnya itu. Akan terjadi pula kelak, seorang laki-laki direbuti oleh empat puluh wanita yang kesemuanya menginginkan lelaki itu untuk menjadi suaminya. Hal itu terjadi kerana jumlah lelaki jauh lebih sedikit daripada perempuan”

Bila zaman makmur
Hadis 966 sahih muslim jilid 2
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw bersabda “Tidak akan terjadi Kiamat sebelum harta kekayaan telah bertumbuk tumpuk dan melimpah ruah; sehingga seorang lelaki pergi kemana-mana sambil membawa hartanya untuk dizakatkannya, tetapi dia tidak mendapatkan seorang jua pun yang bersedia / layak menerima zakatnya itu; dan sehingga tanah Arab menjadi subur makmur kembali dengan padang-padang rumput dan sungai-sungai”

Hadis 967 Sahih Muslim jilid 2

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. Sabdanya “Tidak akan terjadi kiamat, sebelum harta kekayaan telah bertumpuk-tumpuk dan melimpah ruah (kemakmuran telah merata); sehingga si pemilik harta merasa sedih kerana tidak ada orang yang bersedia menerima sedekahnya. Dan orang yang dimintanya untuk menerima sedekahnya menjawab; “Aku tidak memerlukan sedekah anda”

Hadis 968 sahih Muslim jilid 2

Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. Bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:” Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:”kerana inilah aku putuskan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:Kerana inilah tanganku dipotong. Sesudah itu mereka tinggalkan saja harta kekayaan itu, tiada mereka ambil sedikitpun.

balasan orang yang makan harta anak yatim

Tafsir al Qurtubi, Dari Abi Said al Khudri
قال رسول الله صل الله عليه وسلام



Di masa aku, diIsraqkan, ku lihat sekelompok kaum, bibirnya seperti bibir unta dan ada orang yang ditugaskan membukanya lalu memasukkan batu-batu panas dari neraka ke mulutnya hingga keluar dari duburnya. Aku bertanya “Ya Jibril, siapakah mereka itu? Jibril menjawab “Itulah orang yang memakan harta anak yatim dengan aniaya

Tafsir al Qurtubi, Dari Abi Said al Khudri

Thursday, August 19, 2010

Petua musafar waktu male...Travel in the night

Hadis 1354 jilid 3 sahih Bukhari
Daripada Ibnu Umar Radhiallahu anhu
Daripada Nabi Sallallahu alaihiwaSalam bersabda
Kalau sekiranya orang ramai mengerti apa yang mungkin terjadi dalam musafir sendirian seperti mana yang aku ketahui maka tentulah tiada se ore jua yang akan musafir di waktu male hari sendirian…maknanya bahaya musafir sendirian diwaktu male

Fadhilat memelihara anak angkat

Memelihara anak angkat
Hadis 2259 jilid 4 sahih muslim
Daripada Anas bin Malik Radhiallahu anhu katanya Rasulullah sallallahu alaihi waSalam bersabda…Sesiapa yang memelihara dua anak gadis kecil (membelanjainya dan mendidiknya seperti anak sendiri…
Sampai keduanya dewasa maka aku akan datang bersama sama dengan dia pada hari Kiamat kelak_seraya baginda menggenggam jari jarinya

Kitab Sirah Nabi Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi waSalam

Nabi Muhammad Sallallahu alaihi waSallam
Inilah 10 buah kitab rujukan sirah Nabawiyah [lama dan moden... yang penting kepada penuntut ilmu dan menjadi rujukan para ulama. Telah datang pujian-pujian dari para ulama berkenaan kitab-kitab ini.

1) Tabaqat al-Kubra li Ibnu Sa'ad [padanya ada jilid yang tersendiri berkenaan sirah Nabawiyyah]
2) Sirah Ibnu Hisyam
3) Dalailun Nubuwwah li Al-Baihaqi
4) As-Syifa bi Ta'rif Huquq al-Musthafa li Al-Qadhi Iyadh
5) Zad al-Ma'ad fi Hady Khair al-Ibad li Ibnu Qayyim al-Jauziyah
6) Sirah an-Nabawiyyah li Az-Dzahabi( jilid kedua dari Tarikh Islam li az-Dzahabi)
7) Sirah an-Nabawiyyah li Ibnu Kathir
8) Rahiq al-Makhtum li Al-Mubarakfuri
9) Sirah an-Nabawiyyah as-Sahihah li Dr Akram Dhiya al-Umuri
10) Fiqh as-Sirah li Prof Dr Zaid Abdul Karim az-Zaid

taktik dalam ghazwah

Al-harbu khid_’ah

Hadis 1367 jilid 3 sahih bukhari
Daripada Abu hurairah radhiallahu anhu berkata…
Nabi Sallallahu alaihi waSalam menamakan peperangan adalah suatu trick...khid_’ah ...perlu ada taktik

Angin Timur

Angin Timur
Hadis 854 sahih muslim jilid 2

Dari Ibnu Abbas Radhiallahu anhu dari Nabi Sallallahu alaihi wasalam bersabda...
Aku dibantu Allah dengan Angin Timur (As_Soba…
Sedangkan kaum ‘Ad dibinasakan oleh Allah dengan angin barat .
dlm Bahasa Arab disebut (ad-dubur)…

Syafaat Nabi muhammad Sallallahu alaihi waSallam

Bismillah, Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah sollaLlahu ‘alaihi wasallam, Syafa'at Nabi Muhammad sollaLlahu ‘alaihi wasallam termasuk dalam kategori khususiah/keistimewaan Baginda. Sabda Rasululloh sollaLlahu ‘alaihi wa sallam: أُعْطِيتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ قَبْلِي نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيرَةَ شَهْرٍ وَجُعِلَتْ لِي الْأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا فَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي أَدْرَكَتْهُ الصَّلَاةُ فَلْيُصَلِّ وَأُحِلَّتْ لِي الْمَغَانِمُ وَلَمْ تَحِلَّ لِأَحَدٍ قَبْلِي وَأُعْطِيتُ الشَّفَاعَةَ وَكَانَ النَّبِيُّ يُبْعَثُ إِلَى قَوْمِهِ خَاصَّةً وَبُعِثْتُ إِلَى النَّاسِ عَامَّةً “Aku telah diberi lima hal anugerah yang tidak pernah diberikan kepada seorang jua sebelum daku. Aku dianugerahkan pertolongan dengan rasa gentarkan (musuh) sejauh perjalanan sebulan. Dijadikan bumi bagiku sebagai masjid (tempat sujud) serta selaku pembersih, maka siapa saja dari umatku yang kedatangan waktu solat, hendaklah dia solat (di manapun dia berada). Dihalalkan bagiku ghanimah (harta rampasan perang), dan tidak halal bagi seorang jua sebelumku. Aku dianugerahkan (keizinan untuk memberi) Syafaat. Dan nabi (sebelumku) diutus kepada kaumnya secara khusus, sedangkan aku diutus kepada seluruh manusia secara umum.” [HR. Bukhari (323, 419), Muslim (810)] Wallahu ‘Alam

Larangan minum khamar

“Allah melaknat arak, peminumnya, penghidangnya, penjualnya, membelinya, pemerahnya, meminta agar ia diperah, pembawanya dan orang yang ia dibawa kepadanya” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

Ibrah dari kejadian ciptaan Allah Ta'ala

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran
al Baqarah : 164


Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut Taqdir (yang telah ditetapkan)
al Qamar : 49

AhlusSunnah walJamaah

Ahlus Sunnah Wal Jamaah Golongan Ahlus Sunnah terdiri dari dua kelompok, iaitu para pengikut Abul Hasan al-Asya'ari dan al-Maturidiyah, iaitu para pengikut Abu Mansur al-Maturidi. Golongan ini muncul ketika khalifah al-Mutawakil mengangkat/tidak melakukan ujian terhadap ahli fikah dan orang-orang Islam serta menjauhkan diri dari Muktazilah. Dan aliran pemikiran Muktazilah telah kehilangan kendali akibat hilang kepercayaan umum terhadap mereka. Keraguan-keraguan (penyelewengan) yang telah ditulis oleh golongan Muktazilah dalam jangka waktu yang begitu panjang telah terbongkar. Allah Taala telah melimpahkan kepada dua orang imam agung untuk mempertahankan Islam, mereka ialah Abul Hasan al-Asy'ari di Irak dan Abu Mansur al-Maturidi di negeri di balik sungai. Kedua imam ini telah memimpin gerakan pemikiran dengan kepimpinan yang seimbang dan bijaksana, tanpa sikap melampau dan ekstrem terhadap akal sebagaimana Muktazilah, dan tidak terlalu bersikap beku terhadap nas (al-Quran dan Hadis) sebagaimana ahli fikah dan ahli hadis. Jalan yang dilalui oleh Ahlus Sunnah di dalam memahami akidah ialah sebagaimana yang telah dilalui oleh salafus soleh. Mereka menjadikan al-Quran sebagai sumber untuk mengetahui masalah akidah. Mereka memahami akidah mereka dari ayat-ayat al-Quran, dan ayat-ayat yang mengandungi kesamaran (mutasyabihah) akan cuba difahami menggunakan pendekatan bahasa serta tidak diingkari oleh akal fikiran. Jika mereka tidak dapat memahaminya, mereka akan menghentikan dari membuat penafsiran (tawaqquf). Secara umumnya, Ahlus Sunnah telah melalui jalan tengah yang menghimpunkan antara akal dan naqal (nas). Tidak terdapat perbezaan antara asas mazhab mereka dengan asas ajaran yang dibawa oleh salafus soleh, para ahli fikah dan ahli hadis. Golongan Ahlus Sunnah ini muncul pada akhir kurun ketiga Hijrah dan awal kurun keempat Hijrah sebagai mendokong ahli fikah dan ahli hadis. Mereka telah mendokong nya secara khusus dan secara umum, dan bangkit menentang golongan Muktazilah, kemudian mengambil alih tempat mereka untuk mempertahankan Islam. Pemimpin golongan al-Maturidiah ialah Abu Mansur al-Maturidi yang dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand. Beliau begitu ikhlas mengembangkan ilmu-ilmu agama, sehingga lahirlah satu mazhab di dalam ilmu Kalam yang diikuti oleh penduduk Khurasan. Beliau meninggal dunia pada tahun 332 Hijrah. Pemimpin Asya'ariah pula ialah Abul Hasan al-As'ari yang dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah. Pada asalnya beliau adalah penganut fahaman Muktazilah, kemudian mengasingkan diri dari orang ramai untuk mencari kebenaran. Sehingga pada suatu hari beliau muncul di hadapan masyarakat dengan hasil karangannya yang membantu Ahlus Sunnah serta menolak Muktazilah. Ajarannya ini telah diikuti oleh para ahli fikah dan ahli hadis. Beliau telah diangkat sebagai imam mereka. Beliau meninggal dunia di sekitar tahun 330 Hijrah. Tidak terdapat perbezaan antara ajaran Asya’ariah dan Maturidiah kecuali di dalam beberapa perkara kecil. Seperti masalah: - Makrifat, apakah dengan akal atau dengan syarak. - Pemahaman antara iman dan Islam. - Makna qadha' dan qadar. - Makna kasb (usaha). - Wajib siksa secara syarak. - Dan lain-lain lagi perselisihan yang biasa berlaku di kalangan ahli di dalam satu-satu mazhab, namun ia tidak membawa kepada jurang yang ketara.
Asas-asas mazhab Ahlus Sunnah Berikut ini adalah antara asas-asas mazhab ini:
1. Mengenal(ma’rifatul )Allah adalah secara syarak melalui al Quran dan Hadis.
2. Alam ini adalah baru.
3. Iman ialah pembenaran (tasdiq), dan amalan adalah penyempurna iman.
4. Menetapkan (tidak menafikan) sifat-sifat ma'ani Allah.
5. Al-Quran adalah qadim (bersifat qidam/tidak berpermulaan/bukan makhluk).
6. Tidak kewajiban ke atas Allah.
7. Harus bagi hak Allah Taala memberi pahala dan menyiksa (dosa), dan mengutus para rasul. Harus juga melihat Allah Taala.
8. Allah mengkehendaki kebaikan dan kejahatan.
9. Qadha' dan Qadar pada perbuatan-perbuatan hamba yang berbentuk ikhtiar.
10. Allah yang menciptakan perbuatan hamba yang berbentuk ikhtiar.
11. Tiada siapa yang maksum kecuali para Nabi.
12. Menetapkan adanya soal kubur, nikmat dan siksaannya.
13. Kebangkitan adalah dengan jasad dan ruh.
14. Ada syafaat untuk pembuat dosa besar.
15. Syurga dan neraka itu wujud. Keduanya kekal.
16. Keimaman agung bukanlah dari rukun agama.


BERIMAN DENGAN QODAR…TAQDIRWajib meyakini bahawa setiap yang baik dan buruk itu adalah dengan taqdir, kehendak dan ilmu Allah subhanahu wataala. Maka setiap perbuatan baik manusia adalah dengan takdir Allah dan Allah meredhai sedemikian, manakala perbuatan manusia yang buruk juga dengan Takdir Allah tetapi Dia tidak meredhainya. Ini bertentangan dengan ajaran songsang kumpulan HIZBU TAHRIR yang mengatakan bahawa perbuatan manusia itu tiada kaitan dengan takdir Allah kerana manusia itu sendiri yang mencipta perbuatannya. Ini adalah satu kekufuran yang mana ianya berasal dari akidah songsang golongan muktazilah.Moga-moga dengan akidah yang sebenar ini kita akan digolongkan di kalangan mereka yang diredhai oleh Allah dan dijauhi dari ajaran-ajaran songsang yang bercanggah dengan Islam seperti yang dinyatakan di atas tadi.
Qadariyyah sesat sebab menyebut bahawa perbuatan jahat tidak menjejaskan IMAN
Sedangkan AhlusSunnah wal Jamaah menyatakan bahawa amal kebajikan akan meningkatkan IMAN
Perbuatan jahat akan menurunkan IMANWallahamdulillahirobbil alamin

ASWJ beriktikad bahwa iman bertambah dan berkurang. Ia bertambah dengan ta'at dan berkurang dengan maksiat.Jadi, seorang Muslim perlu belajar perkara-perkara yang boleh menambah keimanan mereka sebagaimana dia juga perlu belajar untuk mengetahui perkara-perkara yang boleh mengurangkan imannya.Semakin banyak ilmunya , maka seharusnya dia akan menjadi lebih bertaqwa.إنما يخشى الله من عباده العلماءHanyasanya yang takut kepada Allah daripada hambanya ialah ulama.Wallahu 'alam