Al_baitu jamilatun

Al_baitu jamilatun
Al Baitu jamilatun

Wednesday, March 18, 2009

Abdullah Ibnu Umar RadhiaLlahu anhu

Seramai seribu orang tentera kaum Muslimin yang terdiri daripada pahlawan-pahlawan gagah berani dan diketuai oleh Rasulullah SAW telah berhenti di Syaikhan, di tengah perjalanan di antara Madinah dan Uhud. Pada ketika itu matahari telah mula tenggelam di ufuk barat. Nabi SAW turun dari kudanya, Sakb. Baginda siap berpakaian untuk berperang. Serbannya diikat di sekeliling topi besinya. Baginda memakai penutup besi di dadanya di bawah baju besinya. Sebuah perisai tergantung di belakangnya dan pedangnya pula diletakkan di tepi badannya.

Bila matahari tenggelam, Bilal mengumandangkan azan lalu mereka pun menunaikan solat. Kemudian, Nabi SAW memeriksa barisan tenteranya sekali lagi. Baginda mendapati bahawa di antara para tenteranya itu, ada lapan orang budak lelaki yang turut ingin menyertai peperangan tersebut meskipun mereka masih di bawah umur. Di kalangan mereka adalah Zaid bin Usamah dan Abdullah ibn Umar, kedua-duanya hanya berusia tiga belas tahun. Nabi SAW memerintahkan agar mereka semua kembali ke rumah dengan segera. Namun, dua orang daripada budak-budak lelaki itu menunjukkan kekuatan masing-masing untuk membuktikan bahawa mereka layak berperang. Nabi SAW pun membenarkan mereka berdua turut menyertai tentera menuju peperangan Uhud manakala yang lain dihantar kembali kepada keluarga masing-masing. Dan sejak usia yang masih terlalu muda, Abdullah ibn Umar turut menunjukkan keinginan yang mendalam untuk menyertai Nabi SAW dalam kesemua urusan baginda. Beliau telah menerima Islam sebelum berusia sepuluh tahun dan telah melakukan hijrah bersama ayah dan kakaknya, Hafsah, yang kemudian menjadi isteri Nabi SAW. Sebelum peperangan Uhud, beliau juga diketepikan dari peperangan Badar dan hanya dalam peperangan Khandaq saja beliau bersama Usamah, kedua-duanya telah berusia lima belas tahun dan yang lain-lain yang sebaya dengan mereka dibenarkan menyertai barisan orang-orang Islam yang bukan saja menggali parit bahkan menyertai pertempuran yang berlangsung semasa peperangan tersebut. Dari masa berlakunya hijrah beliau hinggalah saat kematiannya lebih dari tujuh puluh tahun kemudian, Abdullah ibn Umar mengkhususkan dirinya untuk berkhidmat kepada Islam. Menurut Abu Musa al-Asha’ari, beliau digelar di kalangan kaum Muslimin sebagai “Yang baik, anak orang yang baik.” Beliau terkenal kerana ilmunya, tawadhu’nya, pemurahnya, solehnya dan kebenaran yang sentiasa ada pada dirinya, kelurusan dan istiqamah di dalam amal ibadah.

Dan ayahnya yang terkenal masyhur dan mulia, Umar, beliau mempelajari perkara yang besar dan kedua-duanya mendapat faedah dengan belajar daripada guru yang paling agung, Muhammad Rasulullah. Abdullah sentiasa memerhati dan meneliti segala perkataan dan perbuatan Nabi SAW dalam pelbagai situasi dan beliau melaksanakan apa yang dilihatnya dan didengar dari lisan Nabi itu dengan bersungguh-sungguh. Misalnya, jika Abdullah melihat Nabi SAW mengambil wudhu’ untuk mengerjakan solat di suatu tempat, maka beliau juga akan solat di tempat yang sama setelah itu. Jika dia melihat Nabi SAW berdoa ketika berdiri, beliau juga akan berdoa ketika sedang berdiri. Jika beliau melihat Nabi SAW berdoa ketika duduk, maka beliau juga akan berbuat demikian. Dalam satu perjalanan, jika beliau melihat Nabi SAW turun dari untanya di suatu tempat lalu solat dua rakaat, maka beliau juga akan melalui jalan yang sama, berhenti di tempat yang sama dan melakukan solat dua rakaat. Beliau pernah memerhatikan unta Nabi SAW melakukan pusingan dua kali sebelum baginda turun dan solat dua rakaat. Boleh jadi unta itu melakukannya tanpa sukarela, tetapi sekiranya Abdullah ibn Umar kebetulan berada di tempat yang sama pada waktu lain, beliau akan membuat untanya berpusing dua kali sebelum mendudukkannya dan beliau turun darinya. Kemudian, beliau solat dua rakaat sebagaimana yang pernah beliau lihat baginda melakukannya.

Aisyah r.a melihat kebaktian Abdullah ini terhadap Rasulullah SAW lalu berkata:

“Tiada seorang pun yang mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW di tempat-tempat yang pernah disinggahi baginda sebagaimana yang dilakukan oleh Ibn Umar.”

Meskipun beliau akrab dalam memerhatikan perbuatan Nabi, namun Abdullah merasa teragak-agak, bahkan takut meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah SAW. Beliau hanya meriwayatkan sebuah hadith sekiranya beliau telah benar-benar yakin bahawa beliau mengingati setiap patah perkataan daripadanya. Salah seorang sahabatnya berkata:

“Di antara para sahabat Nabi, tiada seorang yang lebih khuatir hendak menambah atau mengurangkan sesuatu hadith selain dan Abdullah ibn Umar.”

Begitu juga, beliau sangat berhati-hati dan keberatan untuk membuat fatwa. Suatu ketika seorang telah datang kepadanya dan meminta fatwa mengenai suatu persoalan. Abdullah ibn Umar berkata: “Aku tidak tahu apa yang kamu tanyakan itu.” Orang itu pun pergi lalu Abdullah menepuk tangannya dengan gembira lalu berkata pada dirinya sendiri: “Anak Umar telah dimintai sesuatu yang tidak diketahuinya, lalu ia katakan: Aku tidak tahu.”

Kerana sikapnya itu beliau rasa keberatan menjadi seorang qadhi meskipun beliau amat layak menduduki jawatan tersebut. Kedudukan qadhi merupakan satu kedudukan yang sangat penting dan dihormati dalam masyarakat dan negara Islam. Jawatan tersebut membawa penghormatan, kemuliaan dan bahkan kekayaan, namun beliau menolak kedudukan tersebut yang ditawarkan oleh Khalifah Uthman di masa pemerintahannya. Alasannya berbuat demikian ialah beliau bukannya memandang rendah terhadap kedudukan qadhi yang penting itu tetapi kerana beliau takut kalau-kalau melakukan kesilapan di dalam menjatuhkan hukum dalam persoalan yang berhubung dengan Islam. Uthman berjaya memujuknya supaya tidak menceritakan putusannya itu kerana hal itu mungkin akan mempengaruhi ramai para sahabat Rasulullah SAW yang lain, yang layak melaksanakan tugas-tugas sebagai qadhi dan penasihat.

Abdullah ibn Umar pernah digelar sebagai “saudara malam.” Beliau selalu berjaga malam untuk solat, menangis dan bertaubat kepada Allah serta membaca al-Qur’an. Pada suatu malam, ia menanyakan kepada pelayannya, Nafi’, apakah sudah tiba waktu fajar atau belum. Kalau Nafi’ menjawab fajar belum tiba, maka Abdullah meneruskan solat malamnya. Kalau Nafi’ mengatakan bahawa waktu fajar sudah tiba, maka beliau segera menunaikan solat subuh. Nabi SAW pernah berkata kepada kakaknya, Hafsah:

“Abdullah adalah seorang yang diberkahi. Kalau dia beribadah di malam hari, dia akan lebih berkahi lagi.”

Dan saat itu, Abdullah tidak meninggalkan qiyamullail sama ada di rumah atau dalam perjalanan. Dalam ketenangan malam, beliau akan sentiasa mengingati Allah, mengerjakan solat dan membaca al-Qur’an serta menangis. Airmatanya sentiasa berada di pelupuk matanya setiap kali beliau mendengar ayat-ayat peringatan dari al-Qur’an yang dibacakan, tidak ubah seperti bapanya. Apabila beliau membaca ayat yang ertinya: “Apakah belum tiba masanya bagi orang-orang mu’min untuk khusyu’ hatinya kerana mengingati Allah...” lantas Abdullah menangis tersedu-sedu. Ubaid ibn Umair menceritakan bahawa suatu hari beliau telah membacakan ayat-ayat berikut ini kepada Abdullah ibn Umar:

“Maka bagaimanakah (halnya orang-orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu). Di hari itu orang-orang kafir dan orang-orang yang menderhakai rasul, ingin supaya mereka disamaratakan dengan tanah dan mereka tidak dapat menyembunyikan (dari Allah) sesuatu kejadian pun.” (‘an-Nisa’: 41-42)

Abdullah menangis ketika mendengarkan ayat-ayat itu dibacakan padanya sehingga janggutnya dibasahi airmatanya. Suatu hari, beliau duduk bersama-sama beberapa orang sahabat karibnya, lalu beliau membaca:

“Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang, (iaitu) orang-orang yang apabila menimbang untuk orang lain mereka minta dipenuhi, dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi. Tidakkah orang-orang itu menyangka, bahawa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan, pada suatu hari yang besar, (iaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam ?“ (al-Muthaffifin:1 -6)

Pada saat itu, beliau terus mengulangi bacaan “Pada suatu hari yang besar, (iaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam” berkali-kali sambil menangis sehingga beliau pengsan.

Sifat soleh, sederhana dan pemurah bergabung dalam jiwa Abdullah menjadikan beliau seorang yang berkedudukan tinggi di samping para sahabat dan para tabi’in. Beliau gemar bersedekah dan memberi tanpa batas, dan tidak peduli berpisah dengan harta meskipun akibatnya beliau sendiri mengalami kekurangan keperluan hidup. Contoh teladan tentang kemurahan hatinya ialah, beliau pernah memberi wang berjumlah sepuluh ribu dirham kepada Nafi’, hambanya lalu berkata: “Sekarang engkau bebas dan merdeka.” Beliau adalah seorang peniaga yang berjaya dan amanah di sepanjang hidupnya. Sebagai tambahan, beliau mendapat wang dari Baitul Mal yang kerap dibelanjakannya untuk fakir miskin dan orang-orang yang memerlukan bantuan. Ayyub ibn Wail ar-Razi menceritakan satu peristiwa mengenai kemurahan hatinya itu:

“Suatu hari Ibn Umar menerima empat ribu dirham dan sehelai selimut baldu. Pada hari berikutnya, Ayyub melihat beliau makan makanan kering untuk untanya dengan berhutang.

Kemudian Ayyub pergi menemui keluarga Abdullah lalu bertanya:

“Tidakkah Abu Abdur Rahman (bermaksud Abdullah ibn Umar) mendapat empat ribu dirham dan sehelai selimut baldu semalam?”

“Ya, memang.” jawab mereka.

“Tetapi tadi aku lihat dia membeli makanan kering untuk untanya dan dia tiada wang untuk membayar harganya.”

“Sebelum malam datang, beliau telah pun berpisah dan semua yang diperolehinya itu. Kemudian, beliau ambil selimut tersebut dan mencampakkannya ke atas bahunya lalu keluar. Bila dia kembali, selimut itu tiada lagi bersamanya. Kami bertanya padanya kemana selimut itu, lalu beliau mengatakan bahawa beliau telah pun memberikannya kepada seorang fakir miskin,” terang mereka.

Abdullah ibn Umar suka menggalakkan orang ramai supaya memberi makan dan membantu kaum fakir miskin dan mereka yang memerlukan bantuan. Bila beliau makan, beliau kerap mengajak anak-anak yatim dan orang-orang miskin untuk makan bersama-samanya. Beliau sangat suka menolong dalam hal ini dengan cara hidupnya yang sederhana dan serba kekurangan. Suatu ketika, salah seorang sahabatnya yang datang dari Khurasan memberinya sehelai kain yang lembut dan mahal:

“Aku bawakan kamu thawb ini dari Khurasan,” kata kawannya, “tentu ia dapat menyejukkan biji matamu. Aku cadangkan supaya kamu tanggalkan pakaian kasar itu dan memakai thawb yang cantik ini .”

“Hulurkanlah ia padaku,” kata Abdullah lalu memegang kain tersebut lalu bertanya: “Adakah ini kain sutera?”

Kawannya menjawab: “Bukan, itu kain kapas”.

Selama beberapa ketika, Abdullah merasa gembira atas pemberian tersebut. Tetapi kemudian, beliau mencampakkan thawb tersebut dengan tangan kanannya lalu berkata:

“Tidak! Aku takut kain ini akan menjadikan aku sombong dan takbur. Dan Allah tidak menyukai orang yang sombong dan takbur.”

Maymun ibn Mahran menceritakan peristiwa berikut:

“Aku masuk ke dalam rumah Ibn Umar. Aku dapati barang-barang dalam rumahnya itu tidak sampai seratus dirham harganya.”

Hal itu kerana Abdullah ibn Umar seorang yang miskin. Sememangnya beliau kaya kerana beliau tidak bersikap kedekut, sebaliknya amat pemurah dan bersifat liberal.

Abdullah ibn Umar juga seorang yang amat sabar dalam menghadapi pelbagai kesakitan dan kesukaran, dan beliau segera memaafkan orang yang menyakitinya.

Diriwayatkan bahawa, seorang lelaki telah memakinya, tetapi beliau tidak melayannya. Setibanya di rumah, Abdullah ibn Umar berpaling ke belakang dan berkata:

“Saya dan saudara saya, Asim adalah termasuk keluarga yang terhormat.”

Dengan perkataan tersebut beliau bermaksud bahawa sebagai keluarga yang terhormat tidak layak apabila ia melayani orang yang memaki-maki.

Suatu ketika, di waktu al-Hajjaj bin Yusuf, seorang gabenor Muawiyah yang memerintah Hijaz, yang terkenal kejam dan fasik sedang berpidato di masjid, ketika itu Abdullah ibn Umar berdiri lalu berkata: “Engkau musuh Allah. engkau menghalalkan barang yang diharamkan Allah. Engkau meruntuhkan rumah Allah, dan engkau membunuh ramai wali-wali Allah.”

Al-Hajjaj bertanya: “Siapakah orang yang berkata demikian itu?”

Seseorang menjawab bahawa yang berkata itu ialah Abdullah ibn Umar. Mendengar itu, al-Hajjaj segera berkata: “Diamlah wahai orang yang sudah nyanyuk!”

Setelah al-Hajjaj kembali ke pejabatnya, dia memerintahkan pembantunya supaya menikam Abdullah ibn Umar dengan sebilah pisau yang telah diracun. Akibatnya, Abdullah ibn Umar menderita kesakitan. Pada suatu hari, al-Hajjaj datang ke tempat Abdullah yang sedang sakit itu. Al-Hajjaj mengucapkan salam, tetapi Abdullah tidak menjawabnya. Al-Hajjaj menanyakan sesuatu dan mengajaknya berbicara, namun Abdullah tetap mendiamkan dirinya. Beliau meninggal dunia pada tahun 72 Hijrah dalam usia 84 tahun akibat luka tikaman tersebut.

_________________

Sahabat Rasulullah SallAllahu alaihi waSalam_Abdullah ibnu Abbas

Abdullah ialah anak Abbas, bapa saudara Nabi SallAllahu alaihi waSalam. Beliau dilahirkan tiga tahun sebelum berlakunya peristiwa hijrah. Apabila Nabi SAW wafat, Abdullah baru berusia tiga belas tahun. lbunya bernama Lubahah binti Harith yang terkenal dengan panggilan Ummu Fadhal. Ahdullah lahir beberapa tahun sebelum hijrah.

Ketika beliau dilahirkan, ibunya membawanya pergi berjumpa Nabi SAW yang mana baginda meletakkan sedikit air liurnya ke atas lidah bayi itu sebelum Abdullah mula menghisap susu. Ini adalah permulaan ikatan yang erat di antara Abbas dan Nabi SAW yang menjadi bahagian daripada kebaktian dan kecintaannya sepanjang hayatnya.

Apabila Abdullah mencapai usia baligh, beliau menyerahkan dirinya untuk berkhidmat kepada Nabi SAW. Beliau selalu rnengambilkan air ketika baginda ingin berwudhu. Sewaktu solat, beliau akan berdiri di belakang Nabi SAW untuk berjamaah bersama baginda, apabila Nabi SAW pergi mengadakan perjalanan atau bermusafir, beliau turut sama bepergian bersama baginda. Dengan demikian, Abdullah menjadi seperti bayang-bayang Nabi, sentiasa berada di samping baginda.

Dalam semua situasi ini, beliau sentiasa mengambil perhatian dan mengingati apa saja yang dilakukan serta diucapkan oleh baginda SallAllahu alaihi waSalam Hatinya penuh bersemangat dan pemikiran mudanya masih bersih serta tidak bercelaru, mengingati setiap perkataan yang diucapkan oleh Rasulullah SAW dengan kebolehan dan ketelitian. Dengan cara ini dan melalui pengkajiannya yang berterusan setelah itu, sebagaimana kita akan lihat nanti, Abdullah menjadi salah seorang dan sahabat Nabi SAW yang paling berilmu dan meriwayatkan hadith-hadith Nabi SAW yang sentiasa berada di dalam ingatan generasi Muslim selepas itu.

Diriwayatkan bahawa beliau meriwayatkan kira-kira seribu enam ratus enam puluh hadith-hadith Rasulullah SAW yang dicatit dan disahihkan di dalam Sahih Bukhari dan Muslim.

Nabi SAW kerap mendekatkan Abdullah yang masih kanak-kanak itu pada diri baginda. Pada suatu hari Rasullah memanggil Abdullah yang sedang merangkak-rangkak di atas tanah, menepuk-nepuk bahunya dan mendoakannya:

“Ya Allah, jadikanlah Ia seorang yang mendapat pemahaman mendalam mengenai agama Islam dan berilah kefahaman kepadanya di dalam ilmu tafsir.”

Sesudah itu, banyak kali Rasulullah SAW mengulangi doa tersebut untuk anak saudaranya itu dan kemudian Abdullah ibnu Abbas menyedari bahawa seluruh hidupnya haruslah dihabiskan untuk mengejar ilmu pengetahuan. Nabi SAW juga mendoakan beliau agar bukan saja mendapat ilmu pengetahuan dan pemahaman bahkan juga hikmah dan kebijaksanaan. Abdullah menceritakan peristiwa berikut mengenai dirinya:

“Suatu ketika Nabi SAW hendak mengambil wudhu’, maka aku bersegera mendapatkan air untuknya. Baginda gembira dengan apa yang telah aku lakukan itu. Sewaktu baginda hendak memulakan solat, baginda menunjukkan isyarat supaya aku bendiri di sebelahnva. Namun, aku berdiri di belakang baginda. Setelah selesai solat, baginda menoleh ke arahku lalu berkata:

“Hai Abdullah, apa yang menghalang engkau dari berada di sebelahku?”Aku berkata: “Ya Rasulullah, engkau terlalu mulia dan terlalu agung pada pandangan mataku ini untuk aku berdiri bersebelahan denganmu.”

Rasulullah SAW mengangkat tangannya ke langit lalu berdoa:

“Ya Allah, kurniakanlah ia hikmah dan kebijaksanaan dan berikanlah perkembangan ilmu daripadanya.”

Tidak syak lagi doa Rasulullah SAW itu dikabulkan untuk Abdullah yang masih muda belia, dan hal ini dibuktikan dengan berlalunya masa di mana Abdullah memiliki kebijaksanaan yang melebihi usianya. Tetapi hikmah itu hanya datang dengan kebaktian dan kesungguhan mengejar ilmu pengetahuan di masa Nabi SAW masih hidup dan selepas kewafatan baginda.

Di zaman Rasulullah SAW, Abdullah tidak pernah meninggalkan majlis-majlis yang diadakan oleh baginda, dan beliau sentiasa mengingati apa saja yang diucapkan oleh baginda SAW. Setelah Rasulullah SAW wafat, beliau sentiasa berusaha pergi menemui seberapa ramai sahabat yang mungkin terutamanya para sahabat yang mengenali Nabi lebih lama dan beliau mempelajari apa yang telah diajarkan oleh Nabi SAW kepada mereka semua. Setiap kali beliau mendengar bahawa seseorang mengetahui mengenai sesuatu hadith Nabi SAW yang tidak diketahuinya, beliau segera pergi menemui orang itu dan mencatit hadith tersebut. Beliau selalu meneliti dan menyelidiki hadith-hadith yang diterimanya dan akan membandingkannya dengan lain-lain laporan yang diterimanya. Beliau selalu pergi mendapatkan para sahabat lain sehingga tiga puluh orang untuk mengesahkan satu-satu persoalan yang didapatinya itu.

Abdullah menerangkan apa yang telah dilakukannya setelah beliau mendengar bahawa salah seorang sahabat Rasulullah SAW mengetahui suatu hadith yang tidak diketahui olehnya:

“Aku pergi menemuinya sewaktu dia tidur siang dan membentangkan jubahku di pintu rumahnya. Angin meniupkan debu ke atas mukaku sewaktu aku menunggunya bangun dari tidurnya. Sekiranya aku ingin, aku boleh mendapatkan keizinannya untuk masuk dan tentu dia akan mengizinkannya. Tetapi aku lebih suka menunggunya supaya dia bangun dalam keadaan segar kembali. Setelah ia keluar dan mendapati diriku dalam keadaan itu, dia pun berkata: “Hai sepupu Rasulullah! Apa jadi dengan engkau ini? Kalau engkau mengirimkan seseorang kemari, tentulah aku akan datang mendapatkanmu” Aku berkata: “Akulah yang sepatutnya datang rnendapatkan engkau, kerana ilmu itu dicari, bukan datang sendiri.” Aku pun bertanya kepadanya mengenai hadith yang diketahuinya itu dan mendapatkannya daripadanya”

Dengan cara ini, Abdullah yang berdedikasi itu sentiasa bertanya, bertanya dan terus bertanya. Dan dia sentiasa menapis, menyaring dan menyelidiki dengan mendalam maklumat yang diterimanya dengan hatinya yang penuh minat dan berhati-hati.

Abdullah bukan saja pakar dalam meriwayatkan hadith-hadith, bahkan beliau juga turut mengabdikan dirinya mendapatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang ilmu yang luas. Beliau memiliki rasa ta’jub yang khusus terhadap sahabat-sahabat seperti Zaid bin Thabit, pencatit wahyu, qadhi dan penasihat yang terkemuka di Madinah, pakar dalam hukum warisan dan dalam membaca al-Qur’an.

Bila Zaid berniat untuk pergi bermusafir, Abdullah yang masih muda itu akan berdiri dengan hormat di sebelahnya dan mengambil tali kekang kenderaannya dan berlagak seperti hamba yang hina di depan tuannya. Zaid berkata kepadanya: “Hai sepupu Rasulullah, janganlah begitu.”

Abdullah berkata: “Begitulah cara yang disuruh supaya kita menghormati sahabat yang lebih alim di kalangan kita.”

Zaid menjawab: “Tunjukkanlah tanganmu.”

Abdullah menghulurkan tangannya. Zaid mencapainya lalu menciumnya dan berkata: “Begitulah cara yang disuruh kita agar melayani ahli bait Rasulullah SAW.”

Semakin bertambah ilmu Abdullah, maka semakin bertambahlah beliau dalam perawakan dan ketinggiannya. Beliau berkulit cerah campur kuning, berbadan tinggi, tidak kurus, sikapnya tenang dan wajahnya berseri-seri. Ia selalu mencelup janggutnya dengan inai. Masruq ibn aI-Ajda berkata mengenainya:

“Apabila engkau melihat Abdullah ibn Abbas maka engkau akan mengatakan, bahawa ia seorang manusia yang tampan. Apabila engkau berkata dengannya, nescaya engkau akan mengatakan, bahawa ia adalah seorang yang paling fasih lidahnya. Jikalau engkau membicarakan ilmu dengan Abdullah ibn Abbas, maka engkau akan mengatakan bahawa Ia adalah lautan ilmu.”

Di samping tubuhnya yang bagus, Abdullah ibn Abbas mempunyai akhlak yang terpuji, budi pekerti mulia dan hati yang tawadu’, tetapi tegas dan tidak suka melakukan perbuatan sia-sia.

Khalifah Umar ibn al-Khattab selalu mendapatkan nasihatnya ke atas permasalahan-permasalahan negara yang penting dan menerangkan beliau sebagai “pemuda yang matang.”

Selanjutnya, Umar pernah berkata: “Sebaik-baik tafsir al-Qur’an ialah dari Ibnu Abbas. Apabila umurku masih Ianjut, nescaya aku akan selalu bergaul dengan Abdullah ibn Abbas.”

Saad ibn Abi Waqqas nenerangkan beliau dengan kata-katanya ini:
“Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih cepat dalam memahami sesuatu, yang lebih berilmu dan lebih bijaksana daripada Ibn Abbas. Aku telah melihat Umar memanggilnya untuk membicarakan masalah-masalah yang sukar di depan kehadiran ahli Badar di kalangan Muhajirin dan Ansar. Ibn Abbas berbicara dan Umar tidak memandang remeh akan kata-katanya itu.”

Sifat-sifat inilah yang menjadikan Abdullah ibn Abbas terkenal sebagai “muslim yang paling alim di kalangan ummah ini.” Abdullah ibn Abbas tidak berpuas hati dengan setakat mengumpulkan ilmu pengetahuan. Beliau merasakan bahawa beliau mempunyai tugas ummah untuk mengajar mereka yang mencari ilmu pengetahuan dan seluruh umat Islam pada umumnya. Lalu beliau mengajar dari rumahnya dan rumnahnya menjadi sebuah universiti.

Kelas-kelas pengajian yang diadakan oleh Abdullah Ibnu Abbas sentiasa mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Salah seorang sahabatnya menceritakan permandangan biasa selalu terjadi di depan rumahnya:
“Aku melihat muslim muslimat ramai berkumpul di atas jalan-jalan yang menuju ke rumahnya sehingga hampir-hampir tiada jalan kosong di situ. Aku masuk ke dalam dan memberitahu beliau mengenai orang ramai yang berkumpul di pintunya, lalu dia berkata: “Tolong ambilkan air untuk aku berwudhu’.” Beliau mengambil wudhu’ lalu duduk dan berkata: “Keluarlah dan katakan kepada mereka: “Barangsiapa yang ingin bertanya mengenai Qur’an dan surah-surahnya, maka benarkan ia masuk.”

“Aku lakukan perintahnya itu dan orang ramai berpusu-pusu masuk sehingga rumahnya penuh sesak. Apa saja yang ditanyakan mereka kepadanya, maka Abdullah dapat menjelaskan dan bahkan dapat menambahkan keterangan mengenai pertanyaan bagi persoalan yang dikemukakan. Kemudian, beliau berkata (kepada murid-muridnya): “Berilah jalan pada saudara-saudara kamu.” Kemudian beliau berkata kepadaku: “Keluarlah dan katakanlah: Barangsiapa yang ingin bertanya mengenai al-Qur’an dan tafsirannya, maka benarkanlah ia masuk” Sekali lagi, rumahnya itu dipenuhi dengan muslim muslimat ramai yang ingin bertanyakan soalan yang dimaksudkan dan Abdullah berjaya menerangkan serta menambahkan lagi keterangan mengenai persoalan yang dikemukakan sehingga mereka berpuas hati.”

Dan demikianlah berterusan muslim muslimat ramai berduyun-duyun keluar masuk untuk membincangkan ilmu fiqh, halal dan haram dalam Islam, hukum warisan, ilmu bahasa, syair dan etimologi.

Untuk mengelakkan kesesakan muslim muslimat ramai yang berduyun-duyun masuk untuk membincangkan pelbagai masalah dalam satu hari, Abdullah bercadang untuk mengadakan satu hari yang khusus bagi sesuatu pelajaran. Hanya satu permasalahan berkaitan Al-Qur’an yang diajarkan kepada mereka dalam satu hari manakala pada hari yang lain beliau mengajar masalah fiqh pula. Sunnah Nabi, syair, sejarah bangsa Arab sebelum Islam, masing-masing dikhususkan pada hari-hari tertentu. Abdullah ibn Abbas memasukkan daya ingatan yang kuat dan pemikiran yang sukar dalam pengajaran-pengajarannya. Keterangan-keterangan yang disampaikannya begitu jelas, logik dan tepat. Hujah-hujahnya sangat meyakinkan, disokong oleh nas-nas yang tepat dan fakta-fakta sejarah yang berlaku.

Suatu ketika beliau pernah menggunakan kekuatan keyakinannya yang sukar itu sewaktu kekhalifahan Ali. Sejumlah besar para penyokong Ali yang menentang Muawiyah baru saja meninggalkannya. Abdullah ibn Abbas pergi menemui Ali dan meminta ia untuk berucap kepada mereka. Ali keberatan kerana khuatir kalau-kalau Abdullah berada dalam bahaya di tangan mereka, namun beliau rnemberi jalan juga kepadanya kerana Abdullah optimis bahawa tiada apa yang akan berlaku kepadanya.

Abdullah mendapatkan orang-orang itu ketika mereka sedang leka beribadah. Sebahagian dari mereka enggan membenarkan beliau berucap, namun yang lain-lainnya bersedia mendengar kata-katanya.

Abdullah bertanya: “Katakanlah padaku, apa yang menyebabkan kamu rasa terkilan terhadap sepupu Rasulullah, suami puterinya dan orang yang pertama beriman kepada baginda?”

Orang-orang itu pun mengadukan tiga perkara utama terhadap Ali. Pertama, beliau telah melantik orang supaya bertahkim dalam persoalan yang berhubung dengan agama Allah — bermaksud bahawa Ali telah bersetuju untuk menerima keputusan tahkim Abu Musa al-Asy’ari dan Amru ibnu al-As dalam menentang Muawiyah. Kedua, Ali berperang tetapi tidak mengambil harta rampasan ataupun para tawanan. Ketiga, beliau enggan menerima jawatan Amir al-Mu’minin ketika proses perdamaian meskipun kaum Muslimin telah mengambil bai’ah kepadanya dan beliau menjadi amir yang sah bagi mereka. Bagi mereka Hal itu jelas menunjukkan tanda-tanda kelemahan dan menandakan bahawa Ali telah bersedia mengaibkan kedudukan sahnya sebagai Amir al-Mu’minin,

Dalam jawapannya, Abdullah bertanya mereka apakah beliau boleh membacakan ayat-ayat al-Qur’an dan hadith-hadith Rasulullah SAW yang ada hubungan dengan kritikan mereka, yang tidak dapat mereka nafikan dan supaya mereka bersedia mengubah kedudukan mereka. Mereka menjawab bahawa mereka sanggup mendengarnya, lalu Abdullah pun berkata:

“Mengenai kenyataan kamu yang mengatakan bahawa Ali telah melantik orang untuk mengadakan tahkim dalam persoalan yang berhubung dengan agama Allah, Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi telah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh haiwan buruan ketika di kawasan Tanah Haram atau ketika sedang menunaikan haji. Sekiranya salah seorang kamu melakukannya dengan niat sengaja, maka gantinya hendaklah kamu mensedekahkan seekor haiwan ternakan yang sama nilainya dengan haiwan yang dibunuhnya dan diputuskan oleh dua orang di kalangan kamu’

‘Demi Allah, aku memohon pada kamu! Apakah putusan yang dilakukan oleh manusia dalam persoalan yang berhubung dengan pemeliharaan darah dan nyawa mereka dan mengadakan perdamaian di antara mereka lebih patut diperhatikan daripada putusan ke atas seekor arnab yang nilainya hanya seperempat daripada sedirham”

Jawapan mereka ialah sudah tentulah putusan perdamaian itu lebih utama dan penting dalam memelihara darah kaum Muslimin daripada membunuh haiwan buruan di kawasan tanah suci yang diharamkan Allah ke atas manusia.

“Adakah kita sudah selesaikan perkara ini?’ tanya Abdullah dan kemudian mereka menjawab:

“Allahumma, naam - ya, wahai Allah. Abdullah meneruskan kata-katanva “Manakala perkataan kamu bahawa Ali berperang tetapi tidak mengambil orang tawanan perang sebagaimana dilakukan Rasulullah SAW, apakah kamu benar-benar ingin mengambil “ibu”mu, Aisyah sebagai tawanan dan melayannya seperti haiwan buruan sebagaimana biasa layanan terhadap para tawanan? Jika jawapan kamu ialah ya , jadi kamu telah jatuh ke dalam kekufuran terhadap Allah, Yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi, Dia telah berfirman:

“Kamu itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mu’min dari diri mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka.”
(al—Ahzab:6 ).

“Kamu pilihlah sendiri apa yang kamu suka” kata Abdullah lalu kemudian beliau bertanya: “Maka apakah kita telah selesaikan perkara ini?”

Mereka menjawah: “Allahumma, naam — Ya Allah, ya!” Abdullah meneruskan kata-katanya: “Sedang bagi kata-kata kamu bahawa Ali telah menolak gelaran Amir al-Mu’minin, (ingatlah) bahawa Nabi SAW sendiri di waktu perjanjian Hudaibiyah, menuntut agar kaum musyrikin menulis dalam perjanjian perdamaian itu yang diakhirinva dengan kata-kata: “ini adalah apa yang telah dipersetujui oleh Rasulullah, lalu mereka membantah: “Jika kamu beriman bahawa kamu ini utusan Allah, kami pasti tidak menghalang kamu dari rnemasuki Kaabah dan kami juga tidak memerangi kamu. Hendaklah kamu tulis Muhammad bin Abdullah.”

Rasulullah SAW bersetuju dengan tuntutan mereka, namun baginda berkata: “Demi Allah, aku adalah Rasul Allah meskipun mereka menolakku.”

Pada ketika ini, Abdullah ibn Abbas bertanya para pembangkang tersebut: “Apakah kita telah menyelesaikan perkara ini?”

Dan sekali lagi jawapan mereka ialah: “Allahumma, naam — Ya Allah, ya!”

Salah satu dari hasil keahlian lisan yang ditunjukkan oleh Abdullah melalui pengetahuannva yang mendalam dalam ilmu al-Qur’an dan sirah Rasulullah SAW dan juga kekuatan hujah dan pandai memberi keyakinan telah menyebabkan orang-orang yang rnengeluarkan diri mereka dari kumpulan Ali itu, berjumlah kira-kira dua puluh ribu orang, kembali ke dalam barisan Ali. Namun demikian, kira-kira empat ribu orang tetap berdegil. Mereka ini kemudian dikenali dengan nama Khawarij.

Dalam situasi ini dan juga lain-lain situasi, Abdullah lebih suka memilih perdamaian daripada perang, dan logik daripada paksaan dan keganasan. Walaubagaimanapun, beliau tidak hanya dikenal kerana keberaniannya, pemikiran tajamnya dan ilmunya yang luas, beliau juga terkenal kerana kemurahan hati dan kedermawanannya, Sebahagian daripada teman-temannya berkata:

Kami tidak pernah melihat sebuah rumah yang ada makanan dan minuman atau ilmu melebihi rumah lbn Abbas.”

Beliau amat mengambil berat dan bersimpati terhadap keadaan masyarakat. Beliau pernah berkata:

“Bila aku mengetahui pentingnya satu ayat daripada Kitab Allah, aku berharap agar semua orang turut rnengetahui apa yang telah kuketahui itu.”

“Bila aku mendengar seorang pemerintah muslim yang memerintah dengan adil dan saksama, aku merasa gembira dan mendoakannya. “Bila aku mendengar hujan turun di kawasan kaum Muslimn, aku merasa amat gembira.”

Abdullah ibn Abbas beristiqamah di dalam kebaktiannva. Beliau selalu berpuasa dan kerap berjaga malam untuk berihadah. Beliau selalu menangis ketika sedang solat dan membaca al-Qur’an. Dan apabila beliau membaca ayat-ayat yang menyentuh mengenai kematian, kiamat dan hari akhirat, suaranya menjadi berat kerana tangisan yang keras.

Beliau meninggal dunia ketika berusia tujuh puluh satu di kota taif pada tahun 68 Hijrah, Jenazahnya disembahyangkan oleh Muhammad bin Hanafiah bin Ali bin Abi Talib.

_________________
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.com.my/Forum/]http://Al-Ahkam.com.my/Forum/

Sahabat yang bernama abbad bin Bisyr

Sahabat Rasulullah

Pada waktu itu adalah tahun keempat selepas hijrah. Kota Nabi, Madinah masih lagi berada di dalam bahaya serangan musuh dari luar dan dalam. Dan dalam, suku Yahudi yang amat berpengaruh, iaitu Bani an-Nadir memungkiri perjanjian mereka dengan Rasulullah SAW dan mengadakan rancangan untuk membunuh baginda. Kerana itulah mereka diusir dari kota tersebut. Hal itu berlaku di dalam bulan Safar.

Dua bulan yang sukar itu berlalu perlahan-lahan. Kemudian Nabi SallAllahu alaihi waSalam menerima berita bahawa suku-suku dari Najd sedang merancangkan suatu serangan. Untuk mendahului mereka, Nabi SAW mengumpulkan sepasukan tentera mengandungi empat ratus lebih orang, keluar dari Madinah menuju ke arab timur dengan meninggalkan Uthman bin Affan untuk menjaga kota Madinah. Di kalangan orang-orang yang mengikuti pasukan tentera itu adalah seorang pemuda bernama Abbad ibn Bisyr.

Apabila sampai di Najd, Rasulullah SAW mendapati bahawa tiada seorang pun orang lelaki berada di antara penduduk suku-suku yang bermusuh dengan kaum Muslimin itu. Hanya kaum wanita yang mereka temui. Orang-orang lelaki telah lari ke bukit-bukit untuk bersembunyi. Sebahagian daripada mereka berkumpul dan bersedia untuk berperang. Tidak lama kemudian, waktu solat Asar pun datang. Nabi SAW khuatir kalau-kalau puak musuh itu akan menyerang mereka di waktu sedang solat. Baginda pun mengatur saf-saf tentera Muslim dan membahagikan mereka ke dalam dua kumpulan lalu mengarahkan mereka supaya mengerjakan solat al-Khauf. Dengan satu kumpulan mengerjakan satu rakaat manakala kumpulan kedua berdiri dalam keadaan benjaga-jaga. Pada rakaat kedua, kedua-dua kumpulan itu bertukar tempat. Setiap kumpulan itu menyelesaikan solat mereka dengan satu rakaat selepas Nabi selesai.

Apabila melihat barisan tentera Muslimin yang bendisiplin, maka puak yang bermusuhan itu merasa tidak senang dan takut. Pada mulanya, Nabi SAW telah menjadikan kehadirannya dan missinya tidak diketahui di tengah-tengah tanah tinggi Arab sehingga baginda dapat kembali dengan aman.

Dalam perjalanan pulang, Nabi SAW mendirikan khemah di sebuah lembah untuk bermalam. Sebaik saja kaum Muslimin mengikat unta-unta mereka, Nabi SAW bertanya: “Siapa yang akan berjaga pada malam ini?” Abbad ibn Bisyr dan Ammar ibn Yasir, kedua-duanya yang dipersaudarakan oleh Nabi SAW ketika sampai di Madinah selepas peristiwa hijrah berkata: “Kami, ya Rasulullah.”

Abbad dan Ammar pergi ke tepi lembah untuk melaksanakan tugas mereka. Abbas nampak saudaranya itu kelihatan penat lalu bertanya kepadanya: “Bahagian malam yang mana yang engkau hendak tidur, yang pertama atau kedua?” “Aku akan tidur pada bahagian malam yang pertama,” kata Ammar. Tidak lama kemudian beliau tertidur di samping Abbad.

Malam itu begitu sunyi dan tenang. Bintang-bintang, pohon-pohon dan batu-batu semuanya seolah-olah seperti merayakan kesunyian tersebut dengan memuji-muji Tuhan mereka. Abbad merasa tenang. Tiada pergerakan atau tanda-tanda ancaman yang dilihatnya di sekitar kawasan itu. Mengapa tidak menghabiskan masa dengan beribadah dan membaca al-Qur’an? Alangkah menyeronokkan jika menggabungkan solat dengan membaca al-Qur’ an, dua perkara yang amat disukainya.

Pada hakikatnya, Abbas sangat terpikat dengan alQur’an sejak saat pertama kali beliau mendengar ianya dibaca oleh Mus’ab ibn Umair yang memiliki suara yang bagus dan merdu. Hal itu berlaku sebelum hijrah ketika Abbad baru saja berusia kira-kira lima belas tahun. AlQur’an telah tertancap di hatinya dan setelah itu siang malam beliau akan mendengarkan bacaan kalimah-kalimah Allah itu sebanyak mungkin sehingga beliau terkenal di kalangan para sahabat Rasulullah SAW sebagai teman alQur’ an.

Pada suatu malam yang telah lewat, Rasulullah SAW berdiri untuk mengerjakan solat tahajjud di rumah Aisyah yang bersambung dengan masjid. Baginda mendengar suatu suara membaca al-Qur’an, begitu merndu dan bagus sebagaimana Jibril menurunkan kalimah-kalimah itu kepadanya. Baginda bertanya: “Hai Aisyah, adakah itu suara Abbad ibn Bisyr?” Aisyah menjawab: “Ya, ya Rasulullah. Nabi SAW pun berdoa: “Ya Allah, ampunilah dia.”

Dan dengan demikian, dalam keheningan malam itu, di tengah-tengah lembah Najd, Abbad berdiri sambil mengadap kiblat. Sambil mengangkat tangannya menyerahkan diri kepada Allah, beliau memulakan solat. Selepas tamat membaca surah Fatihah, beliau pun membaca surah al-Kahfi dengan suaranya yang merdu dan menawan. Surah al-Kahfi adalah surah yang panjang mengandungi seratus sepuluh ayat yang menyentuh tentang iman, kebenaran dan dengan relativiti masa. Ketika beliau sedang asyik membaca dan menenungkan kalimat-kalimat Tuhan, kalimat-kalimat abadi yang tinggi dan penuh hikmah itu, seorang pengintip berjalan mendekati pinggir lembah tersebut untuk mencari berita mengenai Muhammad dan para pengikutnya. Dia adalah salah seorang yang merencanakan untuk menyerang Nabi tetapi telah lari ke kawasan pergunungan apabila kaum Muslimin sampai di Najd. Isterinya yang telah ditinggalkan di kampung telah diambil sebagai salah seorang dari para tawanan oleh kaum Muslimin. Apabila dia mendapati bahawa isterinya telah tiada, dia bersumpah dengan nama Latta dan Uzza bahawa dia akan memburu Muhammad dan para sahabat baginda dan dia tidak akan kembali selagi tidak menumpahkan darah.

Dan kejauhan, orang itu nampak bayang-bayang tubuh Abbad di tepi lembah itu dan dia tahu bahawa Nabi dan para pengikutnya pasti berada di dalam lembah. Diam-diam dia menarik anak panahnya dan memanahkannya ke arab Abbad. Ia tepat kena pada tubuh Abbad.

Dengan tenang, Abbad menarik keluar anak panah itu dari tubuhnya dan meneruskan bacaan al-Qur’annya, beliau tetap leka di dalam beribadah. Pengintip itu memanahnya buat kali kedua dan ketiga yang mengena sasarannya.

Abbad menarik keluan kedua-dua anak panah itu satu persatu. Beliau menghabiskan bacaannya, ruku’ kemudian sujud. Dalam keadaan lemah dan kesakitan, beliau menghulurkan tangan kanannya ketika masih sujud dan menggoyang-goyangkan temannya yang sedang tidur. Ammar terbangun. Dengan diam-diam, Abbad meneruskan solat sehingga habis, lalu beliau berkata: “Bangunlah dan berjagalah. Aku tercedera.”

Ammar melompat lalu menjerit. Melihat kedua-duanya, pengintip itu segera lari dalam kegelapan malam. Ammar berpaling ke arah Abbad ketika ia terbaring di atas tanah dengan darah mengalir keluar dari luka-lukanya.

“Ya Subhanallah! Kenapa engkau tidak mengejutkan aku ketika anak panah pertama menusukmu?”

“Aku sedang membaca ayat-ayat al-Qur’an yang memenuhi jiwaku dengan kerendahan diri dan aku tidak mahu menghentikan bacaanku itu. Nabi SAW telah memerintahkan aku supaya menghafal surah ini. Aku lebih suka mati daripada menghentikan bacaannya.”

Kebaktian Abbad terhadap al-Qur’an merupakan suatu tanda kesetiaan dan kecintaannya yang mendalam terhadap Allah, Rasul dan agamaNya. Beliau terkenal amat rajin beribadat, sangat berani dan amat pemurah di jalan Allah. Pada waktu-waktu jihad dan berhadapan dengan maut, beliau selalu berada di barisan depan. Bila sampai masa mendapatkan ganjanan (ghanimah) kerana kemenangan, beliau hanya akan ditemui selepas kaum Muslimin berusaha mencarinya dengan susah payah. Beliau selalu bersikap amanah di dalam segala urusannya yang berkaitan dengan harta benda kaum Muslimin. Aisyah, isteri Rasulullah SAW pernah berkata:

“Ada tiga orang di kalangan Ansar yang tiada seorang pun dapat mengatasi mereka dalam kebajikan, iaitu: Saad ibn Mu’az, Usaid ibn Khudair dan Abbad ibn Bisyr.”

Abbad mati sebagai syahid dalam peperangan Yamamah. Sebelum berlakunya pertempuran itu, beliau merasakan bahawa beliau akan mati dan menjadi syahid. Beliau mendapati bahawa adanya kekurangan rasa yakin di kalangan kaum Muhajirin dan Ansar. Beliau merasa kecewa dan sedih. Beliau menyedari bahawa pasti kaum Muslimin tidak akan berjaya dalam pertempuran yang dahsyat itu melainkan kaum Muhajirin dan Ansar dikumpulkan dalam pasukan yang berasingan supaya dapat dilihat dengan jelas siapakah yang benar-benar bertanggungjawab dan dapat bertahan dalam pertempuran itu.

Ketika pertempuran bermula, Abbad berdiri di suatu tempat yang tinggi lalu berucap:

“Hai kaum Ansar, camkan diri kamu di kalangan manusia. Hancurkan senjatamu dan janganlah kamu meninggalkan Islam.”

Abbad berucap panjang mengingatkan orang-onang Ansar hingga kira-kira empat ratus orang berkumpul di sekelilingnya diketuai oleh Thabit ibn Qais, al-Bana’ ibn Malik dan Abu Dujanah, penyimpan pedang Nabi. Dengan barisan kekuatan ini, Abbad mara ke barisan musuh dengan serangan berani mati sehingga berjaya melumpuhkan kekuatan mereka dan mengusir mereka ke ‘taman kematian.’ Di dinding taman in, Abbad ibn Bisyr jatuh syahid. Luka-lukanya begitu banyak sehingga sukar hendak mengenalinya lagi. Sesungguhnya beliau telah hidup, berperang dan mati sebagai seorang yang beriman.

Imam Abu Hasan Asya'ari

Ahlus Sunnah Wal Jamaah Golongan Ahlus Sunnah terdiri dari dua kelompok, iaitu para pengikut Abul Hasan al-Asya'ari dan al-Maturidiyah, iaitu para pengikut Abu Mansur al-Maturidi. Golongan ini muncul ketika khalifah al-Mutawakil mengangkat/tidak melakukan ujian terhadap ahli fikah dan orang-orang Islam serta menjauhkan diri dari Muktazilah. Dan aliran pemikiran Muktazilah telah kehilangan kendali akibat hilang kepercayaan umum terhadap mereka. Keraguan-keraguan (penyelewengan) yang telah ditulis oleh golongan Muktazilah dalam jangka waktu yang begitu panjang telah terbongkar. Allah Taala telah melimpahkan kepada dua orang imam agung untuk mempertahankan Islam, mereka ialah Abul Hasan al-Asy'ari di Irak dan Abu Mansur al-Maturidi di negeri di balik sungai. Kedua imam ini telah memimpin gerakan pemikiran dengan kepimpinan yang seimbang dan bijaksana, tanpa sikap melampau dan ekstrem terhadap akal sebagaimana Muktazilah, dan tidak terlalu bersikap beku terhadap nas (al-Quran dan Hadis) sebagaimana ahli fikah dan ahli hadis. Jalan yang dilalui oleh Ahlus Sunnah di dalam memahami akidah ialah sebagaimana yang telah dilalui oleh salafus soleh. Mereka menjadikan al-Quran sebagai sumber untuk mengetahui masalah akidah. Mereka memahami akidah mereka dari ayat-ayat al-Quran, dan ayat-ayat yang mengandungi kesamaran (mutasyabihah) akan cuba difahami menggunakan pendekatan bahasa serta tidak diingkari oleh akal fikiran. Jika mereka tidak dapat memahaminya, mereka akan menghentikan dari membuat penafsiran (tawaqquf). Secara umumnya, Ahlus Sunnah telah melalui jalan tengah yang menghimpunkan antara akal dan naqal (nas). Tidak terdapat perbezaan antara asas mazhab mereka dengan asas ajaran yang dibawa oleh salafus soleh, para ahli fikah dan ahli hadis. Golongan Ahlus Sunnah ini muncul pada akhir kurun ketiga Hijrah dan awal kurun keempat Hijrah sebagai mendokong ahli fikah dan ahli hadis. Mereka telah mendokong nya secara khusus dan secara umum, dan bangkit menentang golongan Muktazilah, kemudian mengambil alih tempat mereka untuk mempertahankan Islam. Pemimpin golongan al-Maturidiah ialah Abu Mansur al-Maturidi yang dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand. Beliau begitu ikhlas mengembangkan ilmu-ilmu agama, sehingga lahirlah satu mazhab di dalam ilmu Kalam yang diikuti oleh penduduk Khurasan. Beliau meninggal dunia pada tahun 332 Hijrah. Pemimpin Asya'ariah pula ialah Abul Hasan al-As'ari yang dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah. Pada asalnya beliau adalah penganut fahaman Muktazilah, kemudian mengasingkan diri dari orang ramai untuk mencari kebenaran. Sehingga pada suatu hari beliau muncul di hadapan masyarakat dengan hasil karangannya yang membantu Ahlus Sunnah serta menolak Muktazilah. Ajarannya ini telah diikuti oleh para ahli fikah dan ahli hadis. Beliau telah diangkat sebagai imam mereka. Beliau meninggal dunia di sekitar tahun 330 Hijrah. Tidak terdapat perbezaan antara ajaran Asya’ariah dan Maturidiah kecuali di dalam beberapa perkara kecil. Seperti masalah: - Makrifat, apakah dengan akal atau dengan syarak. - Pemahaman antara iman dan Islam. - Makna qadha' dan qadar. - Makna kasb (usaha). - Wajib siksa secara syarak. - Dan lain-lain lagi perselisihan yang biasa berlaku di kalangan ahli di dalam satu-satu mazhab, namun ia tidak membawa kepada jurang yang ketara.
Asas-asas mazhab Ahlus Sunnah Berikut ini adalah antara asas-asas mazhab ini:
1. Mengenal(ma’rifatul )Allah adalah secara syarak melalui al Quran dan Hadis.
2. Alam ini adalah baru.
3. Iman ialah pembenaran (tasdiq), dan amalan adalah penyempurna iman.
4. Menetapkan (tidak menafikan) sifat-sifat ma'ani Allah.
5. Al-Quran adalah qadim (bersifat qidam/tidak berpermulaan/bukan makhluk).
6. Tidak kewajiban ke atas Allah.
7. Harus bagi hak Allah Taala memberi pahala dan menyiksa (dosa), dan mengutus para rasul. Harus juga melihat Allah Taala.
8. Allah mengkehendaki kebaikan dan kejahatan.
9. Qadha' dan Qadar pada perbuatan-perbuatan hamba yang berbentuk ikhtiar.
10. Allah yang menciptakan perbuatan hamba yang berbentuk ikhtiar.
11. Tiada siapa yang maksum kecuali para Nabi.
12. Menetapkan adanya soal kubur, nikmat dan siksaannya.
13. Kebangkitan adalah dengan jasad dan ruh.
14. Ada syafaat untuk pembuat dosa besar.
15. Syurga dan neraka itu wujud. Keduanya kekal.
16. Keimaman agung bukanlah dari rukun agama.


Aqidah Imam Abul Hassan as-Sya'ari Ikuti sejarah beliau, bagaimana beliau terpengaruh dengan fahaman Muktazilah dan akhirnya bagaimana beliau bertaubat masuk ke dalam Aqidah ahlusSunnah wal Jamaah. Seperti apa yang ditulis di dalam kitab Siyar A'lamin Nubala' oleh al-Imam Adz-Dzahabi 15/85-90, dan Tarjemah Abul Hasan al-Asy'ari oleh Syaikh Hammad bin Muhammad al-An¬shari cetakan ketiga 1390 H: Beliau adalah al-Imam Abul Hasan Ali bin Ismail bin Abu Bisyr Ishaq bin Salim bin Ismail bin Abdullah bin Musa bin Bilal bin Abu Burdah bin Abu Musa al-Asy'ari Abdullah bin Qais bin Hadhar salah seorang sahabat Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam yang masyhur. Dilahirkan pada tahun 260 H di Basrah, Irak. Beliau mengambil ilmu kalam dari ayah tirinya, Abu Ali al-Jubai, seorang imam kelompok Mu'tazilah. Ketika beliau keluar dari pemikiran Mu'tazilah, beliau memasuki kota Baghdad dan mengambil hadis dari muhaddis Baghdad Zakariya bin Yahya as-Saji. Demikian juga, beliau belajar kepada Abul Khalifah al-Jumahi, Sahl bin Nuh, Muhammad bin Ya'qub al-Muqri, Abdurrahman bin Khalaf al-Bashri, dan para ula¬ma thabaqah mereka. Al-Hafizh Ibnu Asakir berkata di dalam kitabnya Tabyin Kadzibil Muftari fima Nusiba ila Abil Hasan al-Asy'ari, ''Abu Bakr Ismail bin Abu Muhammad al-Qairawani berkata, 'Sesungguhnya Abul Hasan al-Asy'ari awalnya mengikuti pemikiran Mu'taziIah selama 40 tahun dan jadilah beliau seorang imam mereka. Suatu saat beliau menyepi dari manusia selama 15 hari, sesudah itu beliau kembali ke Bashrah dan solat di masjid Jami' Bashrah. Selesai solat Jum'at beliau naik ke mimbar seraya mengatakan: Wahai manusia, sesungguhnya aku menghilang dari kalian pada hari-hari yang lalu kerana aku melihat suatu permasalahan yang dalil-dalilnya sama-sama kuat sehingga tidak mampu aku tentukan mana yang haq dan mana yang batil, maka aku memohon petunjuk kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sehingga Allah memberikan petunjuk kepadaku yang aku tuliskan dalam kitab- kitabku ini, aku telah melepaskan diriku dari semua yang sebelum¬nya aku yakini, sebagaimana aku lepaskan bajuku ini. Maka beliau melepas baju beliau dan beliau serahkan kitab-kitab tersebut kepada manusia. Ketika ahlul hadis dan fiqh membaca kitab-kitab tersebut mereka mengambil apa yang ada di dalamnya dan mereka mengakui kedudukan yang agung dari Abul Hasan al-Asy'ari dan menjadikannya sebagai imam.'" Para pakar hadis (Ashhabul hadis) sepakat bahwa Abul Hasan al-Asy'ari adalah salah seorang imam dari ashhabul hadis. Beliau berbicara pada pokok-pokok agama dan membantah orang-orang menyeleweng dari ahli bid'ah dan ahwa' dengan menggunakan al-Qur'an dan Hadis dengan pemahaman para sahabat. Beliau adalah pedang yang terhunus atas Mu'taziah, Rafidhah, dan para ahli bid'ah. Abu Bakr bin Faurak berkata, ''Abul Hasan al-Asy'ari keluar dari pemikiran Mu'tazilah dan mengikuti madzhab yang sesuai dengan para sahabat pada tahun 300 H." Abul Abbas Ahmad bin Mu¬hammad bin Khalikan berkata dalam kitabnya, Wafayatul A'yan (2/446), ''Abul Hasan al-Asy'ari awalnya mengikuti pemikiran Mu'tazilah kemudian bertaubat." Al-Hafizh Ibnu Katsir berka¬ta dalam kitabnya, al-Bidayah wan Nihayah (11/187), "Sesungguhnya Abul Hasan al-Asy'ari awalnya adalah seorang Mu'tazilah kemu¬dian bertaubat dari pemikiran Mu'tazilah di Bashrah di atas mimbar, kemudian beliau tampakkan aib-aib dan kelemahan pemikiran Mu'tazilah." Tajuddin as-Subki berkata dalam kitabnya, Thabaqah Syafi'iyyah al-Kubra (2/246), ''Abul Hasan al-Asy'ari mengikuti pemikiran Mu'tazilah selama 40 tahun hingga menjadi imam kelompok Mu'tazilah. Ketika Allah menghendaki membela agamaNya dan melapangkan dada beliau untuk ittiba' kepada al-Haq maka beliau menghilang dari manusia di rumahnya." (Kemudian Tajuddin as-Subki menyebutkan apa yang dikatakan oleh al-Hafizh Ibnu Asakir di atas). Ibnu Farhun al-Maliki berkata dalam kitabnya Dibajul Madz¬hab fi Ma'rifati A'yani Ulama'il Madzhab (hal. 193), ''Abul Hasan al-Asy'ari awalnya adalah seorang Mu'tazilah, kemudian keluar dari pemikiran Mu'tazilah kepada mazhab yang haq madzhabnya para sahabat. Banyak yang hairan dengan hal itu dan bertanya se¬babnya kepada beliau, Maka beliau menjawab bahwa beliau pada bulan Ramadhan bermimpi bertemu Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam yang memerintahkan kepada beliau agar kembali kepada kebenaran dan membelanya, dan demikianlah kenyataannya -walhamdulillahi Taala-." Murtadha az-Zabidi berkata dalam kitabnya Ittihafu Sadatil Muttaqin bi Syarhi Asrari lhya' Ulumiddin (2/3), ''Abul Hasan al-Asy'ari mengambil ilmu kalam dari Abu Ali al-Jubba'i (tokoh Mu'tazilah), kemudian beliau tinggalkan pemikiran Mu'tazilah dengan sebab mimpi yang beliau lihat, beliau keluar dari Mu'tazilah secara terang-terangan, beliau naik mimbar Bashrah pada hari Jum'at dan menyeru dengan lantang, 'Barangsiapa yang telah mengenaliku maka sungguh telah tahu siapa diriku dan barangsiapa yang belum kenal aku maka aku adalah Ali bin Ismail yang dulu aku mengatakan bahwa al-Qur'an adalah makhluk, bahwasanya Allah tidak boleh dilihat di akhirat dengan mata, dan bahwasanya para hamba menciptakan perbuatan-perbuatan mereka. Dan sekarang lihatlah aku telah bertaubat dari pemikiran Mu'tazilah dan meyakini bantahan atas mereka,' kemudian mulailah beliau membantah mereka dan menulis yang menyelisih pemikiran mereka." Kemudian az-Zabidi berkata, "Ibnu Katsir berkata, 'Para ulama menyebutkan bahwa Syaikh Abul Hasan al-Asy'ari memiliki tiga fasa pemikiran: Pertama mengikuti pemikiran Mu'tazilah yang kemu¬dian beliau keluar darinya, Kedua menetapkan tujuh sifat aqliyyah, yaitu; Hayat, Ilmu, Qudrah, Iradah, Sama', Bashar, dan Kalam, dan beliau menakwil sifat-sifat khabariyyah seperti wajah, dua tangan, telapak kaki, betis, dan yang semisalnya. Ketiga adalah menetapkan semua sifat Allah tanpa takyif dan tasybih sesuai manhaj para sahabat yang merupakan metode beliau dalam kitabnya al-Ibanah yang beliau tulis belakangan.'" Di antara tulisan-tulisan beliau adalah; al-Ibanah an Ushuli Diyanah, Maqalatul Islamiyyin, Risalah Ila Ahli Tsaghr, al-Luma' fi Raddi ala Ahlil Bida', al-Mujaz, al-Umad fi Ru'yah, Fushul fi Raddi alal Mulhidin, Khalqul A'mal, Kitabush Shifat, Kitabur Ruyah bil Ab¬shar, al-Khash wal 'Am, Raddu Alal Mujassimah, Idhahul Burhan, asy-Syarh wa Tafshil, an-Naqdhu alal Jubai, an-naqdhu alal Balkhi, Jumlatu Maqalatil Mulhidin, Raddu ala lbni Ruwandi, al-Qami' fi Raddi alal Khalidi, Adabul Jadal, Jawabul Khurasaniyyah, Jawabus Sirafiyyin, Jawabul Jurjaniyyin, Masail Mantsurah Baghdadiyyah, al- Funun fi Raddi alal Mulhidin, Nawadir fi Daqaiqil Kalam, Kasyful Asrar wa Hatkul Atsar, Tafsirul Qur'an al-Mukhtazin, dan yang lainnya. al-Imam Ibnu Hazm Rohimahullah berkata, "al-Imam Abul Hasan al-Asy'ari memiliki 55 tulisan. al-Imam Abul Hasan al-Asy'ari Rohimahullah berkata dalam kitabnya al-Ibanah an Ushuli Diyanah hal. 17: Apabila seseorang bertanya, "Kamu mengingkari perkataan Mu'tazilah, Qadariyyah, Jahmiyyah, Haruriyyah, Rafidhah, dan Murji'ah. Maka terangkan kepada kami pendapatmu dan keyakinanmu yang engkau beribadah kepada Allah dengannya!" Jawablah, "Pendapat dan keyakinan yang kami pegangi adalah berpegang teguh dengan kitab Rabb kita, sunnah Nabi kita Shalallahu 'alaihi wasallam dan apa yang diriwayatkan dari para sahabat, tabi'in, dan para ahli hadits. Kami berpegang teguh dengannya. Dan berpendapat dengan apa yang dikatakan oleh Abu Abdillah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal." Ringkas perkataan kami bahwasanya kami beriman kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, dan apa yang dibawa oleh mereka dari sisi Allah dan apa yang diriwayatkan oleh para ulama yang terpercaya dari Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam, kami tidak akan menolak sedikitpun. Sesungguhnya Allah adalah Ilah yang Esa, tiada sesembahan yang berhak diibadahi kecuali Dia, Dia Esa dan tempat bergantung seluruh makhluk, tidak membutuhkan anak dan isteri. Dan bahwasanya Muhammad Shalallahu 'alaihi wasallam adalah hamba dan urusanNya. Allah mengurusnya dengan membawa petunjuk dan dien yang benar. Surga dan neraka benar adanya. Hari kiamat pasti datang, tidak ada kesamaran sedikitpun. Dan Allah akan membangkitkan yang ada di kubur. Allah bersemayam di atas Arsy seperti dalam firmanNya: "Allah bersemayam di atas 'Arsy". (QS. Thaha: 5) Allah. memiliki dua tangan, tapi tidak boleh ditakyif, seperti dalam firmanNya: "Telah Kuciptakan dengan kedua tangan-Ku". (QS. Shad: 75) dan firmanNya "Tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka." (QS. al-Maidah: 64) Allah memiliki dua mata tanpa ditakyif, seperti dalam firmanNya: "Yang berlayar dengan pengawasan mata Kami." (QS. al-Qamar: 14) Siapa yang menyangka bahwa nama-nama Allah bukanlah Al¬lah maka sungguh dia sesat, Allah berilmu seperti dalam firmanNya "Dan tidak ada seorang perempuanpun mengandung dan tidak (pula) melahirkan melainkan dengan ilmu-Nya." (QS. Fathir: 11) Kita menetapkan bahwa Allah mendengar dan melihat, kita tidak menafikannya seperti dilakukan oleh orang-orang Mu'tazilah, Jahmiyyah, dan Khawarij." Beliau berkata dalam kitabnya Maqalatul lslamiyyin wa lkhtilafil Mushallin hal. 290: Kesimpulan apa yang diyakini oleh ahli hadis dan Sunnah bahwasanya mereka mengakui keimanan kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, dan apa yang dibawa oleh mereka dari sisi Allah dan apa yang diriwayatkan oleh para ulama yang terpercaya dari Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam, mereka tidak akan menolak sedikitpun. Dan bahwasanya Allah adalah Ilah yang Esa, tiada sesembahan yang berhak diibadahi kecuali Dia, Dia Esa dan tempat bergantung seluruh makhluk, tidak memerlukan anak dan isteri. Dan bahawasanya Muhammad Shalallahu 'alaihi wasallam adalah hamba dan utusanNya. Mereka memandang wajibnya menjauhi setiap penyeru kepada kebid'ahan dan hendaknya menyibukkan diri dengan membaca al-Qur'an, menulis atsar-atsar, dan menelaah fiqih, dengan selalu tawadhu', tenang, berakhlak yang baik, menebar kebaikan, menahan diri dari mengganggu orang lain, meninggalkan ghibah dan namimah, dan berusaha memperhatikan keadaan orang yang kekurangan. Inilah kesimpulan dari apa, yang mereka perintahkan, amalkan, dan mereka pandang, dan kami mengatakan sebagaimana yang kami sebutkan dari mereka dan kepada ini semua kami bermazhab, dan tidaklah kami mendapatkan taufiq kecuali dari Allah."


ada sebilangan mendakwa, kitab al=ibanah adalah bukti taubat abu hasan dari ulasan beliau tentang tauhid sifat dua puloh.... hakikatnya, kitab al-ibanah adalah petanda taubat beliau dari aqidah mu'tazilah, bukan aqidah sifat dua puloh... tidak ada fakta yang menyatakan abu hasaan al-asyari menafikan aqidah sifat dua puloh beliau itu, ini adalah kerana, kandungan sifat dua puloh itu terkandung dalam kitab luma' fi raddi 'ala ahl bidaah, karangan beliau. kitab tersebut dikarang selepas dari beliau menulis kitab al-ibanah.... sekian

Prinsip AhlusSunnah wal Jamaah

Ahlus Sunnah Wal Jamaah Golongan Ahlus Sunnah terdiri dari dua kelompok, iaitu para pengikut Abul Hasan al-Asya'ari dan al-Maturidiyah, iaitu para pengikut Abu Mansur al-Maturidi. Golongan ini muncul ketika khalifah al-Mutawakil mengangkat/tidak melakukan ujian terhadap ahli fikah dan orang-orang Islam serta menjauhkan diri dari Muktazilah. Dan aliran pemikiran Muktazilah telah kehilangan kendali akibat hilang kepercayaan umum terhadap mereka. Keraguan-keraguan (penyelewengan) yang telah ditulis oleh golongan Muktazilah dalam jangka waktu yang begitu panjang telah terbongkar. Allah Taala telah melimpahkan kepada dua orang imam agung untuk mempertahankan Islam, mereka ialah Abul Hasan al-Asy'ari di Irak dan Abu Mansur al-Maturidi di negeri di balik sungai. Kedua imam ini telah memimpin gerakan pemikiran dengan kepimpinan yang seimbang dan bijaksana, tanpa sikap melampau dan ekstrem terhadap akal sebagaimana Muktazilah, dan tidak terlalu bersikap beku terhadap nas (al-Quran dan Hadis) sebagaimana ahli fikah dan ahli hadis. Jalan yang dilalui oleh Ahlus Sunnah di dalam memahami akidah ialah sebagaimana yang telah dilalui oleh salafus soleh. Mereka menjadikan al-Quran sebagai sumber untuk mengetahui masalah akidah. Mereka memahami akidah mereka dari ayat-ayat al-Quran, dan ayat-ayat yang mengandungi kesamaran (mutasyabihah) akan cuba difahami menggunakan pendekatan bahasa serta tidak diingkari oleh akal fikiran. Jika mereka tidak dapat memahaminya, mereka akan menghentikan dari membuat penafsiran (tawaqquf). Secara umumnya, Ahlus Sunnah telah melalui jalan tengah yang menghimpunkan antara akal dan naqal (nas). Tidak terdapat perbezaan antara asas mazhab mereka dengan asas ajaran yang dibawa oleh salafus soleh, para ahli fikah dan ahli hadis. Golongan Ahlus Sunnah ini muncul pada akhir kurun ketiga Hijrah dan awal kurun keempat Hijrah sebagai mendokong ahli fikah dan ahli hadis. Mereka telah mendokong nya secara khusus dan secara umum, dan bangkit menentang golongan Muktazilah, kemudian mengambil alih tempat mereka untuk mempertahankan Islam. Pemimpin golongan al-Maturidiah ialah Abu Mansur al-Maturidi yang dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand. Beliau begitu ikhlas mengembangkan ilmu-ilmu agama, sehingga lahirlah satu mazhab di dalam ilmu Kalam yang diikuti oleh penduduk Khurasan. Beliau meninggal dunia pada tahun 332 Hijrah. Pemimpin Asya'ariah pula ialah Abul Hasan al-As'ari yang dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah. Pada asalnya beliau adalah penganut fahaman Muktazilah, kemudian mengasingkan diri dari orang ramai untuk mencari kebenaran. Sehingga pada suatu hari beliau muncul di hadapan masyarakat dengan hasil karangannya yang membantu Ahlus Sunnah serta menolak Muktazilah. Ajarannya ini telah diikuti oleh para ahli fikah dan ahli hadis. Beliau telah diangkat sebagai imam mereka. Beliau meninggal dunia di sekitar tahun 330 Hijrah. Tidak terdapat perbezaan antara ajaran Asya’ariah dan Maturidiah kecuali di dalam beberapa perkara kecil. Seperti masalah: - Makrifat, apakah dengan akal atau dengan syarak. - Pemahaman antara iman dan Islam. - Makna qadha' dan qadar. - Makna kasb (usaha). - Wajib siksa secara syarak. - Dan lain-lain lagi perselisihan yang biasa berlaku di kalangan ahli di dalam satu-satu mazhab, namun ia tidak membawa kepada jurang yang ketara.
Asas-asas mazhab Ahlus Sunnah Berikut ini adalah antara asas-asas mazhab ini:
1. Mengenal(ma’rifatul )Allah adalah secara syarak melalui al Quran dan Hadis.
2. Alam ini adalah baru.
3. Iman ialah pembenaran (tasdiq), dan amalan adalah penyempurna iman.
4. Menetapkan (tidak menafikan) sifat-sifat ma'ani Allah.
5. Al-Quran adalah qadim (bersifat qidam/tidak berpermulaan/bukan makhluk).
6. Tidak kewajiban ke atas Allah.
7. Harus bagi hak Allah Taala memberi pahala dan menyiksa (dosa), dan mengutus para rasul. Harus juga melihat Allah Taala.
8. Allah mengkehendaki kebaikan dan kejahatan.
9. Qadha' dan Qadar pada perbuatan-perbuatan hamba yang berbentuk ikhtiar.
10. Allah yang menciptakan perbuatan hamba yang berbentuk ikhtiar.
11. Tiada siapa yang maksum kecuali para Nabi.
12. Menetapkan adanya soal kubur, nikmat dan siksaannya.
13. Kebangkitan adalah dengan jasad dan ruh.
14. Ada syafaat untuk pembuat dosa besar.
15. Syurga dan neraka itu wujud. Keduanya kekal.
16. Keimaman agung bukanlah dari rukun agama.