Al_baitu jamilatun

Al_baitu jamilatun
Al Baitu jamilatun

Thursday, August 19, 2010

AhlusSunnah walJamaah

Ahlus Sunnah Wal Jamaah Golongan Ahlus Sunnah terdiri dari dua kelompok, iaitu para pengikut Abul Hasan al-Asya'ari dan al-Maturidiyah, iaitu para pengikut Abu Mansur al-Maturidi. Golongan ini muncul ketika khalifah al-Mutawakil mengangkat/tidak melakukan ujian terhadap ahli fikah dan orang-orang Islam serta menjauhkan diri dari Muktazilah. Dan aliran pemikiran Muktazilah telah kehilangan kendali akibat hilang kepercayaan umum terhadap mereka. Keraguan-keraguan (penyelewengan) yang telah ditulis oleh golongan Muktazilah dalam jangka waktu yang begitu panjang telah terbongkar. Allah Taala telah melimpahkan kepada dua orang imam agung untuk mempertahankan Islam, mereka ialah Abul Hasan al-Asy'ari di Irak dan Abu Mansur al-Maturidi di negeri di balik sungai. Kedua imam ini telah memimpin gerakan pemikiran dengan kepimpinan yang seimbang dan bijaksana, tanpa sikap melampau dan ekstrem terhadap akal sebagaimana Muktazilah, dan tidak terlalu bersikap beku terhadap nas (al-Quran dan Hadis) sebagaimana ahli fikah dan ahli hadis. Jalan yang dilalui oleh Ahlus Sunnah di dalam memahami akidah ialah sebagaimana yang telah dilalui oleh salafus soleh. Mereka menjadikan al-Quran sebagai sumber untuk mengetahui masalah akidah. Mereka memahami akidah mereka dari ayat-ayat al-Quran, dan ayat-ayat yang mengandungi kesamaran (mutasyabihah) akan cuba difahami menggunakan pendekatan bahasa serta tidak diingkari oleh akal fikiran. Jika mereka tidak dapat memahaminya, mereka akan menghentikan dari membuat penafsiran (tawaqquf). Secara umumnya, Ahlus Sunnah telah melalui jalan tengah yang menghimpunkan antara akal dan naqal (nas). Tidak terdapat perbezaan antara asas mazhab mereka dengan asas ajaran yang dibawa oleh salafus soleh, para ahli fikah dan ahli hadis. Golongan Ahlus Sunnah ini muncul pada akhir kurun ketiga Hijrah dan awal kurun keempat Hijrah sebagai mendokong ahli fikah dan ahli hadis. Mereka telah mendokong nya secara khusus dan secara umum, dan bangkit menentang golongan Muktazilah, kemudian mengambil alih tempat mereka untuk mempertahankan Islam. Pemimpin golongan al-Maturidiah ialah Abu Mansur al-Maturidi yang dilahirkan di kampung Maturid di Samarqand. Beliau begitu ikhlas mengembangkan ilmu-ilmu agama, sehingga lahirlah satu mazhab di dalam ilmu Kalam yang diikuti oleh penduduk Khurasan. Beliau meninggal dunia pada tahun 332 Hijrah. Pemimpin Asya'ariah pula ialah Abul Hasan al-As'ari yang dilahirkan di Basrah pada tahun 260 Hijrah. Pada asalnya beliau adalah penganut fahaman Muktazilah, kemudian mengasingkan diri dari orang ramai untuk mencari kebenaran. Sehingga pada suatu hari beliau muncul di hadapan masyarakat dengan hasil karangannya yang membantu Ahlus Sunnah serta menolak Muktazilah. Ajarannya ini telah diikuti oleh para ahli fikah dan ahli hadis. Beliau telah diangkat sebagai imam mereka. Beliau meninggal dunia di sekitar tahun 330 Hijrah. Tidak terdapat perbezaan antara ajaran Asya’ariah dan Maturidiah kecuali di dalam beberapa perkara kecil. Seperti masalah: - Makrifat, apakah dengan akal atau dengan syarak. - Pemahaman antara iman dan Islam. - Makna qadha' dan qadar. - Makna kasb (usaha). - Wajib siksa secara syarak. - Dan lain-lain lagi perselisihan yang biasa berlaku di kalangan ahli di dalam satu-satu mazhab, namun ia tidak membawa kepada jurang yang ketara.
Asas-asas mazhab Ahlus Sunnah Berikut ini adalah antara asas-asas mazhab ini:
1. Mengenal(ma’rifatul )Allah adalah secara syarak melalui al Quran dan Hadis.
2. Alam ini adalah baru.
3. Iman ialah pembenaran (tasdiq), dan amalan adalah penyempurna iman.
4. Menetapkan (tidak menafikan) sifat-sifat ma'ani Allah.
5. Al-Quran adalah qadim (bersifat qidam/tidak berpermulaan/bukan makhluk).
6. Tidak kewajiban ke atas Allah.
7. Harus bagi hak Allah Taala memberi pahala dan menyiksa (dosa), dan mengutus para rasul. Harus juga melihat Allah Taala.
8. Allah mengkehendaki kebaikan dan kejahatan.
9. Qadha' dan Qadar pada perbuatan-perbuatan hamba yang berbentuk ikhtiar.
10. Allah yang menciptakan perbuatan hamba yang berbentuk ikhtiar.
11. Tiada siapa yang maksum kecuali para Nabi.
12. Menetapkan adanya soal kubur, nikmat dan siksaannya.
13. Kebangkitan adalah dengan jasad dan ruh.
14. Ada syafaat untuk pembuat dosa besar.
15. Syurga dan neraka itu wujud. Keduanya kekal.
16. Keimaman agung bukanlah dari rukun agama.


BERIMAN DENGAN QODAR…TAQDIRWajib meyakini bahawa setiap yang baik dan buruk itu adalah dengan taqdir, kehendak dan ilmu Allah subhanahu wataala. Maka setiap perbuatan baik manusia adalah dengan takdir Allah dan Allah meredhai sedemikian, manakala perbuatan manusia yang buruk juga dengan Takdir Allah tetapi Dia tidak meredhainya. Ini bertentangan dengan ajaran songsang kumpulan HIZBU TAHRIR yang mengatakan bahawa perbuatan manusia itu tiada kaitan dengan takdir Allah kerana manusia itu sendiri yang mencipta perbuatannya. Ini adalah satu kekufuran yang mana ianya berasal dari akidah songsang golongan muktazilah.Moga-moga dengan akidah yang sebenar ini kita akan digolongkan di kalangan mereka yang diredhai oleh Allah dan dijauhi dari ajaran-ajaran songsang yang bercanggah dengan Islam seperti yang dinyatakan di atas tadi.
Qadariyyah sesat sebab menyebut bahawa perbuatan jahat tidak menjejaskan IMAN
Sedangkan AhlusSunnah wal Jamaah menyatakan bahawa amal kebajikan akan meningkatkan IMAN
Perbuatan jahat akan menurunkan IMANWallahamdulillahirobbil alamin

ASWJ beriktikad bahwa iman bertambah dan berkurang. Ia bertambah dengan ta'at dan berkurang dengan maksiat.Jadi, seorang Muslim perlu belajar perkara-perkara yang boleh menambah keimanan mereka sebagaimana dia juga perlu belajar untuk mengetahui perkara-perkara yang boleh mengurangkan imannya.Semakin banyak ilmunya , maka seharusnya dia akan menjadi lebih bertaqwa.إنما يخشى الله من عباده العلماءHanyasanya yang takut kepada Allah daripada hambanya ialah ulama.Wallahu 'alam

No comments: