Al_baitu jamilatun

Al_baitu jamilatun
Al Baitu jamilatun

Sunday, August 22, 2010

Hudud dan Qazaf

KONSEP1- Dalam Islam, tidak boleh menuduh perempuan baik berzina.2- Begitu juga suami tidak boleh menuduh isteri berzina.3- Sesiapa yang menuduh seorang wanita berzina, maka secara automatik, dia akan dikenakan hukuman qazaf iaitu dia akan disebat 80 kali.4- Hukuman itu akan terbatal jika dia dapat membawa 4 orang saksi mata. (Kamera, DNA tidak laku!)5- Jika tidak dapat membawa 4 orang saksi mata, sebatan akan dilaksanakan (walaupun sungguh orang itu berzina!).6- KONSEP yang ingin diajar ialah segala berita tentang zina hendaklah dirahsiakan/ dipendamkan/ tidak disebarkan.


KONSEP1- Ia bukan isu doktor bersaksi atau pemeriksaan doktor.2- Doktor tidak masuk langsung dalam pembuktian kes zina dalam Islam.3- Sebaliknya dalam Islam, pembuktian kes zina hanya dan hanya dengan saksi mata. Dan saksi itu mesti 4 orang lelaki. Dan lelaki itu mesti nampak kepala zakar memasuki faraj. Dan setiap seorang daripada lelaki itu mesti melihat hal ini. Jika hanya lihat 'goyang' atau punggung atau lain-lain, tidak dikira.4- Ambil kes: suami balik kerja nampak isteri berbogel dengan seorang lelaki lain, ketika itu lelaki di atas wanita, dan ada air mani di atas perut wanita.4b) Suami masih tidak boleh menuduh mereka berdua telah melakukan zina.4c) Jika suami sebut apa-apa walau satu ayat yang menyebut bahawa isterinya telah berzina, maka suami itu akan dikenakan 80 kali sebatan.4d) Hukuman qazaf (80 kali sebatan) itu tidak akan gugur, kerana suami tidak mempunyai 4 saksi mata.4e) Justeru, suami harus senyap sahaja, dan menceraikan isterinya tanpa menyebut apa-apa alasan.

TAMBAHAN DAN INGATAN1- Wartawan yang menulis berita bahawa "Wanita itu telah berzina ..." juga disebat 80 kali.2- Pembaca berita yang membaca berita dan menyebut "Wanita yang telah berzina itu..." juga disebat 80 kali.3- Kecuali jika mereka membawa 4 orang saksi mata.WaLlahu a`lam.

Rogol sudah dipindah ke jinayah hirabah (merompak kesucian/maruah)Banyak fuqaha' moden setuju rogol dipindahkan dari jinayah zina ke jinayah Hirabah.Jika jinayat rompakan, maka bolehlah nak guna DNA pun...


haji kalai kisah begini bagaimana...se ore pemimpin telah pergi ke USdi sana dia nak dipamerkan kereta canggih...untuk matlamat membangunkan teknologi automotif...sampai di tempat pamiran tertutup...apabila dibuka aje pintu bilik pamiran dia lihat ada sebuah kereta canggihsebab yang uruskan hal pemiran kereta nak perangkap pemimpin A...tiba tiba muncul perempuan separuh bogel hampir dgn kereta canggih...ini kisah seperti masa Sultan Muhammad Al Fatih bersama 1000 prajurit terbilang sepanjang zaman yang di pamirkan wanita bogel rom sepanjang laluan nak ke istana kaisar rom di canstantiniah...kaisar rom beritahu...kita letak wanita bogel di laluan menuju ke istanajika mujahidin islam terpengaruh dgn wanita kita maka kita akan lawan habis habisan mempertahankan istana rom dan kerajaan rom di constantiniahapabila tentera islam yang hebat melalaui jalan menuju ke istana kaisar memang sepanjang jalan ada wanita seksi yang berbogel atau separuh bogeltentera islam yang hebat kuat Imanlangsung TIDAK menjeling wanita tersebut semua menuju ke istana kaisar...apabila tiba kaisar terus tak melawan dan mneyerahkan tahta kerajaan kepada tentera islamsebenarnya pertempuran dah berlaku awal bermula masa nak masuk ke pelabuhan ditahan dengan rantai di poantai sehingga tentera islam memikul kapal naik bukit...yang menjadi sejarah kapal menaiki bukit dipikul oleh tentera islamkaisar rom telah letakkan rantai di pelabuhan supaya kapal tentera islam tak buleh masuk pelabuhan....sambung kisa pemimpin yang pergi lihat pemiran kereta yang ada wanita bogil...maka terfikirkan pemimpin A ini bagaimana aku nak hindari akan maksiat dgn wanita bogilsedangkan masa tersebutCIA,FBI dan US telah pasang perangkaplalu pemimpin A buat trick" saya adalah gay...tak minat wanitaCIA lalu suruh buktikan yang dia gaykebetulan dia ada pembantu peribadi lelaki yang cun tak de misai tak de janggut yang disebut jambu...maka sebab nak trick ...pemimpin A buat trick dgn memeluk dan mencium pembantu peribadinya yang dia amat kenal...CIA dan FBI puas hati dgn aksi dan percaya pemimpin A adalah gay...maka hari tersebut pemimpin A dapat keselamatan sedang pembantu nya pening sebab diperlakukan dgn dicium dan dipeluk tetapi TIDAK kepala zakar masuk dubur...jadi kalaulah Doktor haji jadi hakimadakah doktor haji akan berkata pemimpin telah meliwat pembantu peribadinya masa di pamiran kereta canggih di US...sedang kepala zakar tidak mesauki dubur pembantu peribadi...tiada saksi 4 ore solih sebab yang ada masa kejadian adalah CIA dan FBI USZaman Umar ...beluai ada lepaskan se ore gadis yang di rogol di rumah mak angkatnya ada disebut dalam book bibligrafi Umar yang ditulis Ustaz Syakir...Umar bertaya bapa gadis tersebutdan Umar bertanya gadis tersebut apa kejadian sebenar yang berlaku di rumah mak angkatnya yang mana khadam mak angkatnya lelaki menyamar jadi wanita denga memakai jubah dan masa gadis membuka aurat kerana dia sangka khadam mak angkatnya adalah wanita sedang masa tersebut mak angkatnya keluar ke daerah lain...dengan keterangan dari bapa dan gadis tersebut Umar melepaskan gadis tersebut bahkan Umar mendoakan mudah mudahan gadis tersebut dilindungi dan dirahmati Allah...Umar bertanya bapa gadis tersebut (seperti ditulis dlm book tersebut oleh ustaz Syakir...Umar bertanya " bagaimana keadaan nak pak cik semasa di bawah tarbiyyah dan pengawasan pakcik...lantas bapa gadis berkata " anak saya amat baik akhlaknya...dalam hal ini Umar yang disebut Al Faruq (yakni dapat membezakan yang haq dan yang batil...telah melpaskan gadis tersebut dari hukuman hudud...Wallahu 'Alam

Salam,1- Apabila anda berbicara tentang "kekeliruan tentang qazaf", maka dijelaskanlah apa itu qazaf (setelah membaca rangkai yang anda syorkan itu!)2- Dan dijelaskan bahawa qazaf hanya berkaitan dengan menuduh seorang wanita berzina.3- Jika bukan seperti yang dinyatakan, maka ia bukanlah kes qazaf.WaLlahu a`lam. _________________

Abu Najih, Al ‘Irbad bin Sariyah ra. ia berkata : “Rasulullah telah memberi nasehat kepada kami dengan satu nasehat yang menggetarkan hati dan membuat airmata bercucuran”. kami bertanya ,"Wahai Rasulullah, nasihat itu seakan-akan nasihat dari orang yang akan berpisah selamanya (meninggal), maka berilah kami wasiat" Rasulullah bersabda, "Aku memberi wasiat kepadamu agar tetap bertaqwa kepada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia, tetap mendengar dan ta'at walaupun yang memerintahmu seorang hamba sahaya (budak). Sesungguhnya barangsiapa diantara kalian masih hidup nescaya bakal menyaksikan banyak perselisihan. kerana itu berpegang teguhlah kepada sunnahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang lurus (mendapat petunjuk) dan gigitlah dengan gigi geraham kalian. Dan jauhilah olehmu hal-hal baru kerana sesungguhnya semua bid'ah itu sesat."
Hadis abu Daud dan Tirmizi

No comments: