Al_baitu jamilatun

Al_baitu jamilatun
Al Baitu jamilatun

Monday, June 2, 2008

Pejuang Islam

Assalamulaikum w.b.t
Dalam kita mengharungi..dan menghabiskan sisa-sisa hidup dizaman moden atau alaf baru ini,sering berlaku huru-hara,demo-demo tak puas hati,
dan sebagainya.Yang menunjukkan kita diambang akhir zaman,menurut Dr.Mohd Hawa (anak kepada Sheikh Said Hawa) yang sedang menjadi pensyarah di Univ Mu'tah, katanya didalam Kuliah Akidah:

"(sesungguhnya tanda kiamat ada tiga,iaitu tanda besar,pertengahan dan kecil dan sebahagian ulamak membahagikannya kepada dua,iaitu kecil dan besar.Dan lebih daripada 50 tanda kiamat kecil telah disenaraikan dan
kesemua tanda-tanda kiamat kecil itu TELAH BERLAKU!!,dan tanda kiamat pertengahan atau (wustho)sebahagiannya telah berlaku dan sebahagiannya belum berlaku.Dan bila sampai masanya kiamat Besar yang dijanjikan oleh Allah berlaku ia akan berlaku.)" tambah beliau lagi.."(di dalam hadith yang disampaikan oleh rasullullah saw, tidak berlaku kiamat besar selagi ada orang menyebut kalimah "LA ILAHA ILLALLAH",dan ia sertakan sekali beberapa kiraan-kiraan yang menunjukkan berlakunya kiamat,
walau bagaimana pun katanya kita umat islam harus mempersiapkan diri dengan pahala yang secukupnya untuk persediaan kiamat Kubra.Kiamat kubra boleh berlaku pada bila-bila masa jika Allah menghendakinya berlaku. Jika kita tidak ada ilmu kita tidak tau mengenainya)"
(teks ini telah diringkaskan)

Kita sebagai umat ISLAM wajib bagi kita mempersiapkan diri dengan segala ILMU pengetahuan sebagai persediaan kita mengharungi alaf baru ini.Dengan adanya ilmu,segala gerak-geri kita terancang,terutamanya Ilmu AGAMA.Bila kita kata 'ILMU' ia adalah lafaz am,pandai-pandailah kita mencari yang 'khas'nya, yang bersesuaian dengan diri serta mengharapkan keberkatan dan keradhaan ALLAH .

Bila ILMU sudah didada title kita sudah naik sedikit sebagai orang yang berilmu,orang yang berilmu mesti mengajarkan ilmu yang dipelajari kepada orang lain,disitu pula title kita secara automatic adalah seorang pendakwah,dan ciri-ciri seorang pendakwah adalah memperjuangkan Ilmu yang dipelajari, kita semua adalah PEJUANG....

Seorang pejuang...
tidak kira Ilmu pelajaran, ilmu persilatan dan sebagainya ,kita sebagai umat Islam penjurusan ilmu itu akan menjurus kepada satu noktah iaitu
mengesakan ALLAH Taa'la. Akhir kata,seorang pejuang juga harus mempunyai semangat para pejuang Islam yang teguh dalam apa juga keadaan sekalipun..berjuanglah kerana ISLAM.
"Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH,dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu RasuluLLAH".

No comments: