Tak apalah, sila ikuti sejarah beliau, bagaimana beliau terpengaruh dengan fahaman Muktazilah dan akhirnya bagaimana beliau bertaubat. Seperti apa yang ditulis di dalam kitab Siyar A'lamin Nubala' oleh al-Imam Adz-Dzahabi 15/85-90, dan Tarjemah Abul Hasan al-Asy'ari oleh Syaikh Hammad bin Muhammad al-An¬shari cetakan ketiga 1390 H: Beliau adalah al-Imam Abul Hasan Ali bin Ismail bin Abu Bisyr Ishaq bin Salim bin Ismail bin Abdullah bin Musa bin Bilal bin Abu Burdah bin Abu Musa al-Asy'ari Abdullah bin Qais bin Hadhar salah seorang sahabat Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam yang masyhur. Dilahirkan pada tahun 260 H di Basrah, Irak. Beliau mengambil ilmu kalam dari ayah tirinya, Abu Ali al-Jubai, seorang imam kelompok Mu'tazilah. Ketika beliau keluar dari pemikiran Mu'tazilah, beliau memasuki kota Baghdad dan mengambil hadis dari muhaddis Baghdad Zakariya bin Yahya as-Saji. Demikian juga, beliau belajar kepada Abul Khalifah al-Jumahi, Sahl bin Nuh, Muhammad bin Ya'qub al-Muqri, Abdurrahman bin Khalaf al-Bashri, dan para ula¬ma thabaqah mereka. Al-Hafizh Ibnu Asakir berkata di dalam kitabnya Tabyin Kadzibil Muftari fima Nusiba ila Abil Hasan al-Asy'ari, ''Abu Bakr Ismail bin Abu Muhammad al-Qairawani berkata, 'Sesungguhnya Abul Hasan al-Asy'ari awalnya mengikuti pemikiran Mu'taziIah selama 40 tahun dan jadilah beliau seorang imam mereka. Suatu saat beliau menyepi dari manusia selama 15 hari, sesudah itu beliau kembali ke Bashrah dan solat di masjid Jami' Bashrah. Selesai solat Jum'at beliau naik ke mimbar seraya mengatakan: Wahai manusia, sesungguhnya aku menghilang dari kalian pada hari-hari yang lalu kerana aku melihat suatu permasalahan yang dalil-dalilnya sama-sama kuat sehingga tidak mampu aku tentukan mana yang haq dan mana yang batil, maka aku memohon petunjuk kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sehingga Allah memberikan petunjuk kepadaku yang aku tuliskan dalam kitab- kitabku ini, aku telah melepaskan diriku dari semua yang sebelum¬nya aku yakini, sebagaimana aku lepaskan bajuku ini. Maka beliau melepas baju beliau dan beliau serahkan kitab-kitab tersebut kepada manusia. Ketika ahlul hadis dan fiqh membaca kitab-kitab tersebut mereka mengambil apa yang ada di dalamnya dan mereka mengakui kedudukan yang agung dari Abul Hasan al-Asy'ari dan menjadikannya sebagai imam.'" Para pakar hadis (Ashhabul hadis) sepakat bahwa Abul Hasan al-Asy'ari adalah salah seorang imam dari ashhabul hadis. Beliau berbicara pada pokok-pokok agama dan membantah orang-orang menyeleweng dari ahli bid'ah dan ahwa' dengan menggunakan al-Qur'an dan Hadis dengan pemahaman para sahabat. Beliau adalah pedang yang terhunus atas Mu'taziah, Rafidhah, dan para ahli bid'ah. Abu Bakr bin Faurak berkata, ''Abul Hasan al-Asy'ari keluar dari pemikiran Mu'tazilah dan mengikuti madzhab yang sesuai dengan para sahabat pada tahun 300 H." Abul Abbas Ahmad bin Mu¬hammad bin Khalikan berkata dalam kitabnya, Wafayatul A'yan (2/446), ''Abul Hasan al-Asy'ari awalnya mengikuti pemikiran Mu'tazilah kemudian bertaubat." Al-Hafizh Ibnu Katsir berka¬ta dalam kitabnya, al-Bidayah wan Nihayah (11/187), "Sesungguhnya Abul Hasan al-Asy'ari awalnya adalah seorang Mu'tazilah kemu¬dian bertaubat dari pemikiran Mu'tazilah di Bashrah di atas mimbar, kemudian beliau tampakkan aib-aib dan kelemahan pemikiran Mu'tazilah." Tajuddin as-Subki berkata dalam kitabnya, Thabaqah Syafi'iyyah al-Kubra (2/246), ''Abul Hasan al-Asy'ari mengikuti pemikiran Mu'tazilah selama 40 tahun hingga menjadi imam kelompok Mu'tazilah. Ketika Allah menghendaki membela agamaNya dan melapangkan dada beliau untuk ittiba' kepada al-Haq maka beliau menghilang dari manusia di rumahnya." (Kemudian Tajuddin as-Subki menyebutkan apa yang dikatakan oleh al-Hafizh Ibnu Asakir di atas). Ibnu Farhun al-Maliki berkata dalam kitabnya Dibajul Madz¬hab fi Ma'rifati A'yani Ulama'il Madzhab (hal. 193), ''Abul Hasan al-Asy'ari awalnya adalah seorang Mu'tazilah, kemudian keluar dari pemikiran Mu'tazilah kepada mazhab yang haq madzhabnya para sahabat. Banyak yang hairan dengan hal itu dan bertanya se¬babnya kepada beliau, Maka beliau menjawab bahwa beliau pada bulan Ramadhan bermimpi bertemu Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam yang memerintahkan kepada beliau agar kembali kepada kebenaran dan membelanya, dan demikianlah kenyataannya -walhamdulillahi Taala-." Murtadha az-Zabidi berkata dalam kitabnya Ittihafu Sadatil Muttaqin bi Syarhi Asrari lhya' Ulumiddin (2/3), ''Abul Hasan al-Asy'ari mengambil ilmu kalam dari Abu Ali al-Jubba'i (tokoh Mu'tazilah), kemudian beliau tinggalkan pemikiran Mu'tazilah dengan sebab mimpi yang beliau lihat, beliau keluar dari Mu'tazilah secara terang-terangan, beliau naik mimbar Bashrah pada hari Jum'at dan menyeru dengan lantang, 'Barangsiapa yang telah mengenaliku maka sungguh telah tahu siapa diriku dan barangsiapa yang belum kenal aku maka aku adalah Ali bin Ismail yang dulu aku mengatakan bahwa al-Qur'an adalah makhluk, bahwasanya Allah tidak boleh dilihat di akhirat dengan mata, dan bahwasanya para hamba menciptakan perbuatan-perbuatan mereka. Dan sekarang lihatlah aku telah bertaubat dari pemikiran Mu'tazilah dan meyakini bantahan atas mereka,' kemudian mulailah beliau membantah mereka dan menulis yang menyelisih pemikiran mereka." Kemudian az-Zabidi berkata, "Ibnu Katsir berkata, 'Para ulama menyebutkan bahwa Syaikh Abul Hasan al-Asy'ari memiliki tiga fasa pemikiran: Pertama mengikuti pemikiran Mu'tazilah yang kemu¬dian beliau keluar darinya, Kedua menetapkan tujuh sifat aqliyyah, yaitu; Hayat, Ilmu, Qudrah, Iradah, Sama', Bashar, dan Kalam, dan beliau menakwil sifat-sifat khabariyyah seperti wajah, dua tangan, telapak kaki, betis, dan yang semisalnya. Ketiga adalah menetapkan semua sifat Allah tanpa takyif dan tasybih sesuai manhaj para sahabat yang merupakan metode beliau dalam kitabnya al-Ibanah yang beliau tulis belakangan.'" Di antara tulisan-tulisan beliau adalah; al-Ibanah an Ushuli Diyanah, Maqalatul Islamiyyin, Risalah Ila Ahli Tsaghr, al-Luma' fi Raddi ala Ahlil Bida', al-Mujaz, al-Umad fi Ru'yah, Fushul fi Raddi alal Mulhidin, Khalqul A'mal, Kitabush Shifat, Kitabur Ruyah bil Ab¬shar, al-Khash wal 'Am, Raddu Alal Mujassimah, Idhahul Burhan, asy-Syarh wa Tafshil, an-Naqdhu alal Jubai, an-naqdhu alal Balkhi, Jumlatu Maqalatil Mulhidin, Raddu ala lbni Ruwandi, al-Qami' fi Raddi alal Khalidi, Adabul Jadal, Jawabul Khurasaniyyah, Jawabus Sirafiyyin, Jawabul Jurjaniyyin, Masail Mantsurah Baghdadiyyah, al- Funun fi Raddi alal Mulhidin, Nawadir fi Daqaiqil Kalam, Kasyful Asrar wa Hatkul Atsar, Tafsirul Qur'an al-Mukhtazin, dan yang lainnya. al-Imam Ibnu Hazm Rohimahullah berkata, "al-Imam Abul Hasan al-Asy'ari memiliki 55 tulisan. al-Imam Abul Hasan al-Asy'ari Rohimahullah berkata dalam kitabnya al-Ibanah an Ushuli Diyanah hal. 17: Apabila seseorang bertanya, "Kamu mengingkari perkataan Mu'tazilah, Qadariyyah, Jahmiyyah, Haruriyyah, Rafidhah, dan Murji'ah. Maka terangkan kepada kami pendapatmu dan keyakinanmu yang engkau beribadah kepada Allah dengannya!" Jawablah, "Pendapat dan keyakinan yang kami pegangi adalah berpegang teguh dengan kitab Rabb kita, sunnah Nabi kita Shalallahu 'alaihi wasallam dan apa yang diriwayatkan dari para sahabat, tabi'in, dan para ahli hadits. Kami berpegang teguh dengannya. Dan berpendapat dengan apa yang dikatakan oleh Abu Abdillah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal." Ringkas perkataan kami bahwasanya kami beriman kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, dan apa yang dibawa oleh mereka dari sisi Allah dan apa yang diriwayatkan oleh para ulama yang terpercaya dari Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam, kami tidak akan menolak sedikitpun. Sesungguhnya Allah adalah Ilah yang Esa, tiada sesembahan yang berhak diibadahi kecuali Dia, Dia Esa dan tempat bergantung seluruh makhluk, tidak membutuhkan anak dan isteri. Dan bahwasanya Muhammad Shalallahu 'alaihi wasallam adalah hamba dan urusanNya. Allah mengurusnya dengan membawa petunjuk dan dien yang benar. Surga dan neraka benar adanya. Hari kiamat pasti datang, tidak ada kesamaran sedikitpun. Dan Allah akan membangkitkan yang ada di kubur. Allah bersemayam di atas Arsy seperti dalam firmanNya: "Allah bersemayam di atas 'Arsy". (QS. Thaha: 5) Allah. memiliki dua tangan, tapi tidak boleh ditakyif, seperti dalam firmanNya: "Telah Kuciptakan dengan kedua tangan-Ku". (QS. Shad: 75) dan firmanNya "Tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka." (QS. al-Maidah: 64) Allah memiliki dua mata tanpa ditakyif, seperti dalam firmanNya: "Yang berlayar dengan pengawasan mata Kami." (QS. al-Qamar: 14) Siapa yang menyangka bahwa nama-nama Allah bukanlah Al¬lah maka sungguh dia sesat, Allah berilmu seperti dalam firmanNya "Dan tidak ada seorang perempuanpun mengandung dan tidak (pula) melahirkan melainkan dengan ilmu-Nya." (QS. Fathir: 11) Kita menetapkan bahwa Allah mendengar dan melihat, kita tidak menafikannya seperti dilakukan oleh orang-orang Mu'tazilah, Jahmiyyah, dan Khawarij." Beliau berkata dalam kitabnya Maqalatul lslamiyyin wa lkhtilafil Mushallin hal. 290: Kesimpulan apa yang diyakini oleh ahli hadis dan Sunnah bahwasanya mereka mengakui keimanan kepada Allah, para malaikatNya, kitab-kitabNya, para rasulNya, dan apa yang dibawa oleh mereka dari sisi Allah dan apa yang diriwayatkan oleh para ulama yang terpercaya dari Rasulullah Shalallahu 'alaihi wasallam, mereka tidak akan menolak sedikitpun. Dan bahwasanya Allah adalah Ilah yang Esa, tiada sesembahan yang berhak diibadahi kecuali Dia, Dia Esa dan tempat bergantung seluruh makhluk, tidak memerlukan anak dan isteri. Dan bahawasanya Muhammad Shalallahu 'alaihi wasallam adalah hamba dan utusanNya. Mereka memandang wajibnya menjauhi setiap penyeru kepada kebid'ahan dan hendaknya menyibukkan diri dengan membaca al-Qur'an, menulis atsar-atsar, dan menelaah fiqih, dengan selalu tawadhu', tenang, berakhlak yang baik, menebar kebaikan, menahan diri dari mengganggu orang lain, meninggalkan ghibah dan namimah, dan berusaha memperhatikan keadaan orang yang kekurangan. Inilah kesimpulan dari apa, yang mereka perintahkan, amalkan, dan mereka pandang, dan kami mengatakan sebagaimana yang kami sebutkan dari mereka dan kepada ini semua kami bermazhab, dan tidaklah kami mendapatkan taufiq kecuali dari Allah."
ada sebilangan mendakwa, kitab al-ibanah adalah bukti taubat abu hasan dari ulasan beliau tentang tauhid sifat dua puloh.... hakikatnya, kitab al-ibanah adalah petanda taubat beliau dari aqidah mu'tazilah, bukan aqidah sifat dua puloh... tidak ada fakta yang menyatakan abu hasaan al-asyari menafikan aqidah sifat dua puloh beliau itu, ini adalah kerana, kandungan sifat dua puloh itu terkandung dalam kitab luma' fi raddi 'ala ahl bidaah, karangan beliau. kitab tersebut dikarang selepas dari beliau menulis kitab al-ibanah.... sekian
Monday, June 2, 2008
Taqdir
Taqdir
Ahli Syurga dan Ahli Neraka
Dari ‘Abdullah r.a. katanya: “Rasulullah saw yang mutlak benar menceritakan kepada kami, sesungguhnya proses penciptaan seseorang kamu setelah berada dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dia menjadi ‘alaqah (segumpal darah) selama 40 hari. Kemudian menjadi mudhghah (segumpal daging) selama 40 hari. Kemudian diutus malaikat meniupkan ruh (jiwa) kepadanya. Kemudian diperintahkan kepada malaikat menulis empat ketetapan. Yaitu mengenai rezekinya, ajalnya, ‘amalnya dan celaka atau bahagia. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya seseorang yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jaraknya ke syurga hanya tinggal sehasta, tetapi suratan taqdirnya menetapkan dia menjadi ahli neraka, lalu dia beramal (pada usia umurnya) dengan amalan ahli neraka. Sebaliknya seseorang yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak nya ke neraka hanya hanya tinggal sehasta, tetapi suratan taqdirnya telah ditulis menjadi ahli surga, lalu (pada usia umurnya)dia beramal dengan amalan ahli surga.
Dari Hudzaifah bin Asid r.a katanya Rasulullah saw bersabda:” Setelah nutfah berada dalam rahim 40 atau 45 malam, maka datang malaikat kepadanya, seraya bertanya kepada Allah Ta’ala. “Ya Tuhan! Apakah dia ini celaka atau bahagia?” Maka ditulis salah satu di antara keduanya. Tanya, “ Apakah dia laki-laki atau perempuan?” Maka ditulis salah satu di antara keduanya. Kemudian ditulisnya pula amalan serta hasil amalannya, ajalnya dan rezekinya. Kemudian bukunya dilipat, tidak ditambah dan tidak dikurangi.”
Dari ‘Ali r.a. katanya: “Pada suatu hari kami menghantar jenazah ke perkuburan Baqi Al Gharqad. Rasulullah saw mendatangi kami, lalu beliau duduk. Maka kami pun duduk pula di keliling beliau. Baginda memegang sepotong ranting, menunduk, dan menggaris-garis pasir dengan ranting. Kemudian baginda bersabda” Tidak seorang jua pun di antara kamu melainkan tempatnya telah ditentukan Allah Ta’ala di surga atau neraka. Telah ditetap Allah apakah dia celaka atau bahagia. Maka bertanya seorang sahabat, “ Ya Rasulullah! Kalau begitu apakah tidak lebih baik kita diam saja menunggu suratan taqdir nasib kita tanpa beramal?” jawab baginda,” Orang yang telah ditetapkan Allah menjadi orang yang bahagia, adalah kerana dia beramal dengan amalan orang bahagia, dan orang yang telah ditetap Allah menjadi orang celaka adalah kerana dia beramal dengan amalan orang celaka. Kerana itu beramallah!. Semua sarana telah disiapkan, adapun orang-orang bahagia, mereka dimudah untuk mengamalkan amalan orang-orang bahagia. Dan orang-orang celaka, mereka dimudahkan untuk beramal dengan amalan orang-orang celaka.” Kemudian beliau membaca ayat:” Adapun orang-orang yang suka memberi dan bertaqwa maka Kami siapkan baginya jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang bakhil dan merasa dirinya cukup , serta mendustakan pahala yang terbaik. Maka akan Kami siapkan baginya jalan yang sukar”.
Bicara Nabi Adam a.s dan Nabi Musa a.s:
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah saw. Bercerita bahawa Adam dan Musa pernah berbantahan. Kata Musa a.s “ hai Adam! Engkau adalah bapak kami, tetapi engkau telah mengecewakan kami kerana menyebabkan kami keluar dari surga.” Jawab Adam a.s” Engkau hai Musa! Engkau telah dipilih dan diistimewakan Allah Ta’ala. Dengan kehendakNya engkau dapat bercakap-cakap dengan Nya.. Apakah engkau menyesaliku kerana urusan yang telah ditaqdirkan Allah atasku sejak 40 tahun sebelum aku diciptakan Nya?” Sabda Nabi saw, “Demikianlah Adam a.s dan Musa a.s saling berbantah.”
Segala-galanya terencana
Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ash r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda: Allah Ta’ala telah menetapkan segala ketetapan (Taqdir) bagi seluruh makhluq, lima puluh ribu tahun sebelum diciptakanNya langit dan bumi. Dan (ketika itu) ‘Arasy Allah Ta’ala berada di atas air.”
Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin ‘Ash r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda: ” Sesungguhnya hati anak Adam seluruhnya berada di antara dua jari (kekuasaan) Allah Ta’ala , bagaikan hanya sebuah saja. Allah Ta’ala sanggup menggerakkannya bagaimana menurut kehendakNya. Lalu Rasulullah saw. Mendoa, “Allahumma musharrifal qulub, sharrif quluubana ‘alaa thaa’atika”. Maksud doa tersebut “Wahai Allah yang menggerakkan seluruh hati. Gerakkan hati kami untuk mentaati Engkau.”
Dari ‘ Abdullah bin ‘Umar r.a. katanya Rasulullah saw bersabda:”Segala-galanya telah ditetapkan (taqdir yang tak dapat diubah lagi). Hingga sampai kepada kelemahan dan ketrampilan,”
Ajal tak dapat diundur atau dipercepatkan:
Dari ‘Abdullah r.a katanya” pada suatu waktu Ummu Habibah isteri Nabi saw mendoakan:” Wahai Allah! Panjangkanlah usiaku bersama-sama suamiku Rasulullah saw., dan dengan bapakku Abu Sufyan, dan dengan saudaraku Muawiyah.” Maka bersabda Nabi saw.,” Engkau memohon ajal yang sudah pasti ( tak dapat diubah), memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya, serta rezeki yang sudah dibagi-bagi, yang tak dapat disegera sebelum tiba waktu, dan dapat diundur sedikit jua pun dari waktu yang telah ditetapkan semula. Seandainya engkau mohon kepada Allah Ta’ala perlindungan dari siksa neraka atau dari siksa kubur, itu lebih baik dan lebih bagus.
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda, “ Orang mukmin yang kuat (jasmani dan rohaninya) lebih disukai Allah Ta’ala daripada orang mukmin yang lemah. Namun begitu, kedua-duanya sama-sama mempunyai kelebihan. Jagalah agar kamu selalu dalam keadaan (situasi) yang bermanfaat bagi dirimu dan mohonlah selalu pertolongan kepada Allah Ta’ala dan jangan bosan. Jika engkau mendapat cobaan, jangan berkata, seandainya (tadi) aku perbuat begini dan begitu (tentu tidak akan begini jadinya).” Tetapi ucapkanlah:”Allah Maha Kuasa berbuat sekehendak Nya” Kerana kata-kata “Law” (seandainya/kalau) memberi peluang bagi syaitan.
Dari ‘Aisyah, Ummul Mukminin r.a katanya: “ Pada suatu ketika Rasulullah saw diminta orang datang menta’ziahi jenazah bayi orang Anshar. Lalu aku berkata , “Berbahagialah bayi itu, seekor burung di antara burung-burung surga, yang belum pernah berbuat dosa atau ditimpa dosa.” Jawab Nabi saw.,” Mungkin tidak begitu. Kerana sesungguhnya Allah Ta’ala telah menyediakan bagi surga siapa siapa penghuninya semenjak mereka masih dalam sulbi bapa mereka, dan telah menyediakan bagi neraka siapa-siapa penghuninya, semenjak mereka masih dalam sulbi bapa mereka.”
Hadis sahih Muslim no 2286 jilid
Dari Abdullah r.a katanya “Pada suatu waktu Ummu Habibah, isteri Nabi saw. Mendoa “Wahai Allah, panjangkanlah usiaku bersama sama dengan suamiku Rasulullah saw. Dan dengan bapaku Abu Sufyan dan dengan saudaraku Muawiyah” maka bersabda Nabi saw “ Engkau memohon ajal yang sudah pasti (tak dapat diubah), memohon jumlah hari yang sudah ditetapkan hitungannya, serta rezeki yang sudah dibagi-bagi, yang tak dapat disegerakan sebelum tiba masanya dan tak dapat diundur sedikit jua pun dari waktu yang telah ditetap semula. Seandainya engkau mohon kepada Allah Taala perlindungan dari siksa neraka atau dari siksa kubur, itu lebih baik dan bagus”
Syeikh Abdul Qader al-Jaylani mengatakan : "Wahai kaumku, janganlah meminta yang lebih atau yang kurang. Janganlah terkedepan atau terkebelakang sebab takdir Allah itu meliputi segala sesuatu darimu secara berasingan. Tiada seorangpun diantara kamu melainkan baginya satu kitab (tertulis) yang khusus baginya."-al-Jaylani, Fath al-Rabbani Wa Faydh Rahmani, hlm 77Bagi saya, segalanya telah selesai dalam ketetapan Allah SWT. Qadhaknya telah berlalu. Tiada seorangpun yang boleh memprotes keputusanNya. Ucaplah : "Tiada boleh ditanya dari hal apa yang diputuskanNya. Namun mereka nanti akan ditanya."- al-Anbiya' 23

Pejuang Islam
Assalamulaikum w.b.t
Dalam kita mengharungi..dan menghabiskan sisa-sisa hidup dizaman moden atau alaf baru ini,sering berlaku huru-hara,demo-demo tak puas hati,
dan sebagainya.Yang menunjukkan kita diambang akhir zaman,menurut Dr.Mohd Hawa (anak kepada Sheikh Said Hawa) yang sedang menjadi pensyarah di Univ Mu'tah, katanya didalam Kuliah Akidah:
"(sesungguhnya tanda kiamat ada tiga,iaitu tanda besar,pertengahan dan kecil dan sebahagian ulamak membahagikannya kepada dua,iaitu kecil dan besar.Dan lebih daripada 50 tanda kiamat kecil telah disenaraikan dan
kesemua tanda-tanda kiamat kecil itu TELAH BERLAKU!!,dan tanda kiamat pertengahan atau (wustho)sebahagiannya telah berlaku dan sebahagiannya belum berlaku.Dan bila sampai masanya kiamat Besar yang dijanjikan oleh Allah berlaku ia akan berlaku.)" tambah beliau lagi.."(di dalam hadith yang disampaikan oleh rasullullah saw, tidak berlaku kiamat besar selagi ada orang menyebut kalimah "LA ILAHA ILLALLAH",dan ia sertakan sekali beberapa kiraan-kiraan yang menunjukkan berlakunya kiamat,
walau bagaimana pun katanya kita umat islam harus mempersiapkan diri dengan pahala yang secukupnya untuk persediaan kiamat Kubra.Kiamat kubra boleh berlaku pada bila-bila masa jika Allah menghendakinya berlaku. Jika kita tidak ada ilmu kita tidak tau mengenainya)"
(teks ini telah diringkaskan)
Kita sebagai umat ISLAM wajib bagi kita mempersiapkan diri dengan segala ILMU pengetahuan sebagai persediaan kita mengharungi alaf baru ini.Dengan adanya ilmu,segala gerak-geri kita terancang,terutamanya Ilmu AGAMA.Bila kita kata 'ILMU' ia adalah lafaz am,pandai-pandailah kita mencari yang 'khas'nya, yang bersesuaian dengan diri serta mengharapkan keberkatan dan keradhaan ALLAH .
Bila ILMU sudah didada title kita sudah naik sedikit sebagai orang yang berilmu,orang yang berilmu mesti mengajarkan ilmu yang dipelajari kepada orang lain,disitu pula title kita secara automatic adalah seorang pendakwah,dan ciri-ciri seorang pendakwah adalah memperjuangkan Ilmu yang dipelajari, kita semua adalah PEJUANG....
Seorang pejuang...
tidak kira Ilmu pelajaran, ilmu persilatan dan sebagainya ,kita sebagai umat Islam penjurusan ilmu itu akan menjurus kepada satu noktah iaitu
mengesakan ALLAH Taa'la. Akhir kata,seorang pejuang juga harus mempunyai semangat para pejuang Islam yang teguh dalam apa juga keadaan sekalipun..berjuanglah kerana ISLAM.
"Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH,dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu RasuluLLAH".

Subscribe to:
Posts (Atom)