Al_baitu jamilatun

Al_baitu jamilatun
Al Baitu jamilatun

Sunday, August 8, 2010

Sa'ad bin Abi Waqqas Radhiallahu anhu

Saad bin Abi Waqqas Radhiallahu anhu
Berita yg datang secara beruntun menyatakan serangan licik yg dilancarkan oleh angkatan tentera farsi ke atas umat muslimin amat menggelisahkan hati amirul mu'minin Umar Alkhatthab radhiallahu anhu diikuti kemudian dgn berita pertempuran jambatan di mana empat ribu ore umat muslimin naik syahid dlm waktu sehari begitu pun perlanggaran yg dilakukan oleh orang Iraq terhadap perjanjian yg mereka setujui serta ikrar yg telah mereka janjikan, factor itu menyebabkan khalifah mengambil keputusan untuk pergi dan memimpin sendiri tentera Islam dlm perjuangan bersenjata melawan kerajaan parsi.
Khalifah Umar radhiallahu anhu menyuruh umat muslimin berhimpun untuk musyuawah dan diserukan …
AsSolatu Jaami'ah…
Sementara ali bin abi Thalib radhiallahu anhu dipanggil dating yg bersama beberapa ore penduduk madinah berangkat menuju tempat pemberhentian amirul mu'minin
Akhirnya tercapai persetujuan sesuai dgn apa yg diusulkan oleh AbdulRahman bin auf dan peserta mesyuarat yg memutuskan agar khalifah Umar radhiallahu anhu kembali ke madinah dan memilih se ore panglima perang yg akan memimpin peperangan menghadapi farsi
Amirul mu'minin tunduk pada keputusan ini. Lalau menanyakan kpd sahabat siapakan yg akan dihantar ke Iraq. Mereka sama tertegun dan berfikir
Tiba tiba berselrulah Abdur rahman bin Auf…
Saya telah menemukannya…
Siapa dia Tanya Umar alKhatthab
Jawab absur rahaman…Singa yangmenyembunyikan kukunya yakni Saad bin Abi Waqas…a.k.a saad bin Malik AzZuhri…

Pendapat tersebut disokong oleh sahabat umat muslimin dan amirul mu'minin meminta agar Saad bin malik AzZuhri dating mengadap beliau.
Dia adalah nama saad bin abi Waqqas radhiallahu anhu
Kemudian beliau melantik nya selaku amir atau gabenor tentera di Iraq yg bertugas mentadbir urus pemerintahan selaku Panglima tentera.
Nah siapa dia singa yg menyembunyikan kukunya tersebut dan siapakah dia yg bila dating kpd rasulullah sallallahu alaihi wasalam ketika berada di antara sahabat sahabatnya . akan disambut dgn ucapan Salam wa marhaban bikum sambil bersabda …
Inilah dia bapa saudaraku…siapa ore yg mempunyai bapa saudara seperti bapa saudaraku ini. Inilah dia saad bin abi waqqas radhiallahu anhu datuk bernama uhaib anak kpd abdul manaf yg menjadi bapa saudara kpd aminah ibnuda Rasulullah…
Saad bin Abi waqqas dari bani abdul manaf dlm ethnic umat quraisy…
Saad memeluk islam ketika usia 17 tahun dan keislamannya termasuk yang terawal di antara sahabat rasulullah sallallahu alaihi wasalam. Hal ini pernah diceritakan sendiri katanya…
Pada suatu hari saya mendapat kesempatan termasuk tiga ore pertama yang masuk Islam…maksudnya bahawa ia adalah salah se ore di antara tiga ore yg terawal masuk Islam.
Maka pada hari hari pertama Rasulullah sallahu alaihi wasalam menjelaskan tentang Allah Yang mohor Esa dan tentang AdDinul islam yg dibawa rasulullah dan pertemuan di rumah arqam bin abi arqam untuk pempat pertemuan dgnsahabat sahabat yg telah mulai beriman maka Saad bin Abi waqqas radhiallahu anhu telah menghulurkan tangan kanannya untuk berbaiah kpd rasulullah sallallahu alaihi wasalam
Hasil dakwah saiyidina abu bakrah radhiallahu anhu asbab hidayah allah kpd saad bin abi waqqas..bersama masuk islam saiyidna Usman bin affan, zubair bin awwam, Abdurrahman bin auf dan thalhah bin 'ubaidah
Dan ini tidak menutup kemungkinan bahawa ia telah lebih dahulu masuk islam secara rahsia atau sembunyi sembunyi
Banayak sekali keistimewaan yg dimiliki oleh saad bin abi waqqas ini yg dapat dipaparkan dan dibanggakan
Dua hal penting yg menjadi dendangan dan senandungnya
Pertama bahawa dia adalah yg mula melepaskan anak panah dlm membela Islam dan juga ore yg mula mula terkena anak panah. Dan kedua bahawa dia merupakan satu satunya ore yg dijamin rasulullah sallallahu alaihi wasalam dgn jaminan kedua ore dua beliau bersabda rasulullah sallallahu alihi wasalam di waktu preang UHUD yg bermaksud…
Panah hai saad…ibu bapaku menjadi penjamin bagimu…
Memang kedua ni'mat besar ini selalau menjadi kebanggaan saad selaku buah kesyukuran kpd Allah subhanahu waTa'ala…katanya…
Demi Allah sayalah ore pertama yg melepaskan anak panah di jalan Allah subhanahu waTa'ala dan berkata piula ali bin abi thalib radhiallahu anhu…
TYidak pernah saya dengar rasulullah sallallahu alaihi waSalam menyediakan ibu bapanya selaku penjamain sese ore kecuali untuk saad bin abi waqqas
Saad radhiallahu anhu termasuk se ore satria berkuda arab dan muslimin yg amat berani . ia mempunyai dua macam senjata yg amat ampuh yakni panah dan dianya.jika ia memanah musuh dlm peperangan pastilah akan menepati sasaran dan jika ia mempunyai suatu permohonan kpd allah subhanahu wa ta'ala pastilah maqbul…mengikut riwayat saad sendiri dan jua sahabat rasulullah sallallahu alaihi wasalam, keistimewaan itu adalah disebabkab permintaan saad kpd rasulullah sallallahu alaihi wasalam .
Pada suatu hari ketika rasulullah sallallahu alaihi wasalam menyaksikan sesuatu pada diri saad yg menyenangkan hati baginda sallallahu alaihi wasalam maka dikemukanakan doa yg makbul ini
Allahmma sadder ramyatahu wa ajib da'watahu
Maknanya
Ya allah tepatilah bidikan panahnya dan kabulkanlah doanya
Demikianlah ia tersohor di kalangan saudara saudara dan handai taulan bahawa dianya tak ubah selaku pedang yg tajam…
Hal ini jua disedari sepenuhnya oleh saad sendiri dgn menyerahkan urusan kpd allah subhanhu waTaala
Seperti contah ialah peristiwa yg diriwayatkan oleh amir bin saad

Saad mendengar se orang lelaki memaki Ali, Talhah dan zubair. Ketika dilarang orang itu henfak menurut. Maka katanya kalau begitu saya diakan dukan kamu kpd Allah subhanahu waTaala
Jawab lelaki itu
Rupanya kamu hendak menakut nakuti aku seolah kamu seorang nabi
Maka saad pun pergi berwudhu' dan solat dua rakaat
Lalau diangkat kedua tangan berdoa
Ya Allah subhanahu waTaala kiranya menurut ilmu Mu…lalaki ini telah memaki segolongan ore yg telah beroleh kebaikan dari Mu dan tindakan mereka mendatangkan marah murkaMu maka mohon dijadikan hal itu sebagai pertanda atau suatu pengajaran…tidak lama kemudian tiba tiba dari salah satu pekarangan rumah muncul seekor unta liar dan tanpa dapat ditahan masuk ke dalam lingkungan orang ramai seolah olah ada yg dicarinya …lalau diterjang lelaki tadi dan dibawanya ke bawah kakainya serta beberapa lama menjadi bulan bulanan injakan dan sepakannya sehingga akhirnya tewas menemui ajalnya…
Kenyatan ini pertama kali mengungkap kejernihan jiwanya kebenaran iman dan ikhlas yg mendalam
Demikian saad ikhlas jiwa merdeka keyakinan kuat menbaja serta ikhlas yg amat mendalam dan tidak bernoda dan untuk memupuk ketaqwaannya ia selalau memakan yang halal dan menolak yg haram dan unsure syubhat.
Di akhir hayatnya saad termasuk umat muslimin yg kaya harta. Waktu wafat ia meninggalkan kekayaan harta yg banyak. Jika biasanya harta banyak dan harta halal jarang sekali dapat terhimpun, maka ditangan saad hal ini berlaku. Ia dilimpahkan harta yg banyak yang baik dan halal .
Dijadikan mualim dlm membersihkan harta kemampuannya dlm mengumpul harta dari barang bersih lagi halal diimbangi dgn kesanggupan menafkahkannya di jalan Allah Subhanahu Ta'ala.
Ketika haji wada' saad ikut bersama rasulullah sallahu alaihi wasalam.kebetulan ia jatih sakit maka rasulullah sallallahu alihi wasalam dating ziarahinya

Hadis rasulullah sallallahu alaihi wasalam bersabda
Ertinya
Saad bertanya . ya rasulullah sallallahu alaihi wasalam , saya mempunyai harta dan ahli warisku hanya se ore anak perempuan sahaja. Bolehkah saya bersedekah dua pertiga hartaku…Tidak jawab nabi
Jadi kalau begitu separuhnya Tanya saad pula…jangan jawab nabi…jadi sepertiganya…benar jawab nabi dan sepertiga itu pun sudah banyak …adalah lebih baik engkau meninggalkan ahli waris dlm keadaan mampu daripada membiarkannya dlm keadaan miskin dan menadahkan tangannya kpd orang lain.
Dan setiap nafkah yg engkau infa'kan dgn mengharapkan keredhaan allah subhanahu waTaala pastilah akan diberikan sawaaban wa khaira amala/pahala bahkan walau sesuap makanan yg engkau berikan di mulut isterimu…
Beberapa lama saad hanya mempunyai se ore anak perempuan tetapi setelah peristiwa di atas ia mendapat beberapa ore anak lelaki disebabkan rasa taqwanya kpd Allah subhanahu waTaala saad selalau menangis. Jika ia mendengar rasulullah sallallahu alaihi wasalam berkhutbah dan menasihati umat, dia akan menangis bercucuran air mata sehingga membasahi janggutnya dan haribaannya. Ia adalah se ore sahabat yg diberikan ni'mat dan diterima ibadahnya
Pada suatu hari ketika rasulullah sallalhu alaihi wasalam sedang duduk duduk bersama sahabat, tiba tiba baginda sallallahu alaihi wasalam menatap dan menajamkan pandangannya kea rah ufuk bagaikan sese ore yg sedang menunggu bisikan atau kata kata rahsia. Kemudian beliau menoleh kpd para sahabat, sabdanya
Kini akan muncul dihadapan tuan tuan se ore laki laki penduduk aljannah…
Para sahabat lalu menoleh dan melihat muncul saad bin abi waqqas
Mendengar kenyataan rasulullah salllahu alaihi wasalam tersebut sambiol tersenyum ia hanya berkata\\ertinya demi allah subhanahu waTaala …apa yg saya lakiukan hanyalah mendirikan solat bersama mereka sepertimana solat rasulullah sallallahu alaihiwasalam aku panjangkan dua rakaat yg awal dan aku qosarkan dua rakaat yg akhir
Tidak beberapa lama Abdullah bin amru bin ash radhiallahu anhu dating kpd nya meminta jasa baiknya dan mendesak agar menunjukkan kepadanya jenis ibadah dan amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah subhanahu waTaala yg membolehkan dirinya berhak menerima sawaaban(pahala… tersebut yang telah diberithaukan menjadi daya tarik untuk mengerjakannya maka jawab saad…
Tidak lebih dari amal ibadah yg biasa kita megerjakannya hanya sahaja saya tidak pernah menaruh rasa dendam atau intention jahat terhadap seorang pun di antara muslimin.saya memaafkan semua muslimin.
Nah. Demikianlah dia singa yg selalu menyembunyikan kukunya…yang disingkapkan daN DIDEDAHKAN RAHSIA oleh Abdurrahman bin auf radhiallahu anhu…\dan inilah tokoh yg dipilih khalifah Umar radhiallahu anhu utk memimpin pertempuran di ghazwah qadisiyah yg dahsyat .
Kenapa memilihnya utk melaksanakan tugas yang mat berat rumit yg sedang dihadapi umat Islam dan umat islam kerana keistemewaannya Nampak jelas di hadapan amirul mu'minin
Ia adalah inasan yang makbul doa doanya dimakbulkan allah dan ini akan memberikan kemenangan tentera Islam
Ia adalah yg berhati hati dlm memakan sebarang makanan menjaga lisan dan kesucian hatinya

Ia adalah slah se ore anggota pasukan berkuda pada perang badar Uhud dan jua dapat diabaikan hargam nilai dan kepentingannya serta harus memiliki oleh ore yg hendak melakukan tugas utama yakni kekuatan dan keteguhan iman.

Umar bin Khattahab radhiallahu anhu tidak lupa terhadap kisah saad bin abi waqqas dgn ibunya sewaktu ia masuk islam dan mengikuti hijrah rasululah ke madinatul munawwarah.ketika usha ibunya menghalang anaknya masuk islam dengan mogok lapar. Saad menjawab demi allah subhanahu waTaala ketahuilah wahai ibunda ..seandainya bunda mempunyai seratus nyawa, lalau ia keluar satu persatu, tidaklah anakanada akan meningalkan adDinul islam ini walau ditebus dgn apa pun jua…
Maka berpulanglah kpd bunda sama ada bunda akan makan ataupun menemui ajal…
Akhirnya bundanya berundur dgn teratur, dan turnlah wahyu yg menyokong pendirian saad bin abi waqqas serta mngucapkan Tahniah dan salam kepadanya wahyu tersebut adalah…
Ayat 15 surah Luqman sertinya dan seandainya kedua orang tua memaksamu untuk mempersekutukan aku, padahal itu tidal sesuai dgn pendirianmu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya…
Nah bukankah ini betul betul singa yg menyembunyikan kukunya. Jika demikian halnya pantaslah amirul mu'minin Umar radhiallahu anhu dgn hati tenang menancapkan panji panji Qadisiyyah di tangan kanannya dan mengirimkannya utk menghalau pasukan parsi yg bilanhgannya mencecah ratusan ribu tentera yg terlatih dan dilengkapi dgn senjata dan alat pertahanan yg paling ditakuti dunia waktu itu…dipimpin oleh pakar strategic perang dan ahli siasat yang paling pandai dan licik…
Memang kpd tentera musuh yg menakutkan inilah Saad bin Abi Waqqas dating dgn membawa panah dan tombak. Hanya semata mata panah dan tombak tetapi dlm dada menyala kemahuan dari Addinul islam yg membuktikan keimanan dan kehangatan serta kerinduan yg luar biasa terhadap naik syahid selaku syuhada'…
Kedua pasukan bertempur di medan ghawah qadisiyyah tetapi belum sampai mereka bertempr, ketika saad bin abi waqas masih menunggu bimbingan dan arahan dari amirul mu'minin Umar alkhattahab dilihatnya termaktub surat Umar memerintahkan agar segera berangkat ke qadisyyah yakni pintu gerbang memasuki parsi, ditancapkannya dalam hati kalimah bernilai yg semuanya merupakan petunjuk hidayah dan nur…
Wahai saad…janganlah engkau terpedaya di hadapan Allah subhanahu waTaala …janganlah bangga kerana engkau disebut bapa saudara dan sahabat rasulullah sallallahu alaihi wasalam. Sesungguhnya tidak ada hubungan keluarga antara seseorang dgn Allah kecuali dgn mentaatinya. Semua manusia sama ada yg mulyo mahupun yang hina pada pandangan allah subhanahu waTaala adalah serupa dan tidak berbeza. Allah subhanahu waTaala adalah Tuhan mereka, sedang mereka adalah hambaNya , mereka berlebih berkurang dlm kesihatan dan akan mendapat anugerah yang tersedia di sisi allah subhanahu waTa'ala dgn ketaatan. Maka perhatikanlah segala suatu yg pernah engkau lihat pada diri rasulullah sallallahu alaihi wasalam semenjak diutuskan sampai wafat dan berpegang teguhkah. Kerana inilah yangmesti diikuti.
Kemudian katanya…
Tuliskanlah kepadaku segala hal ehwal tuan tuan sebagaimana kedudukan tuan tuan, terangkanlah sejelas jelasnya sehingga seolah olah aku menyaksikan sendiri keadaan tuan tuan…
Saad lalau menulis kpd amirul mu'minin dan menggambarkan segala sesuatu sehingga hamper sahaja diterangkan tempat dan posisi setiap tentera secara terperinci.
Saad telah sampai ke qadisyah. Sementara seluruh tentera dan rakyat parsi berhimpun, sesuatu hal yg tidak pernah mereka lakukan selama ini. Komando pimpinannya dipegang oleh panglimanya yg paling terkenal iaitu Rustum.
Sebagai jawaban surat tuan, jangan gementar mendengar berita dan persiapan mereka, bermohonlah kpd allah subhanahu waTaala dan tawakkal kepada Allah. Dan hantarkanlah utusan yg terdiri dari ore ore yang cerdik dan tabah untuk menyeru mereka ke jalan Allah subhanahu waTaala dan tulislah surat kpd ku setiap hari…jawab Umar alKhattab selaku amirul mu'minin.
Kembali saad bin abi waqqas menghantar surat kpd amirul mu'minin dan meyampaikan bahawa rustum telah menduduki sabath dgn mengerahkan pasukan gajah dan berkuda, dan mulai bergerak menujuumat muslimin. Arahan dari amirul mu'minin Umar radhiallahu anhu tiba yg isinya memberikan petunjuk dan menabahkan hati saad bin abi waqqas bersama pasukannya.
Saad bin abi waqqas radhiallahu anhu adalah seorang anggota berkuda yg gagah [erkasa berani, bapa saudara nabi Muhammad sallallahu alaihi wasalam dan termasuk golongan yang awal memeluk Islam, panglima perang dari pperjuangan bersenjata, tombak dan panahnya yg pasti menepati sasaran musuh kini tampil mengetuai tenteranya dlm menghadapi salah satu peperangan terbesar dlm sejarah. Tak ubahnya selaku se ore prejurit biasa. Sama ada kekuatan mahupun kedudukannya selaku pemimpin. Tidak mampu mempengaruhi dan memperdayakan dirinya utk mempertahankan pendapatnya semata. Tetapi ia selalu meghubungi amirul muminin di madinah yg jaraknya sangat jauh dgn mengirimkan surat setiap hari untuk berbincang dan mendapat idea buah fikiran, pada hal pertempuran besar tersebut telahpun hamper berlaku
sebabnya saad bin abi waqqas menyedari bahawa di madinah khalifah Umar alkahttahab akan memberikan fikiran selepas mesyuarah dgn sahabat sahabat di madinah.. saad inginkan fikiran umar dan sahabat di madinah barakah mesyuarat ahli syura…dlm menghadapi pertempuran sengir di medan ghazwah qadisyah.pesan nasuhat umar alkhattab di lakukan oleh saad bin abi waqqas. Beliau menghantar utusan menghadap rustum panglima farsi utk beriman dgn Allah penguasa setiap sesuatu…allah zat yg bersifat kamalat…mohor sempurna.
Menyru supaya rustum masuk islam addin yang syumul. Soal jawab dianatara mereka dgn penglima parsi berlangsung lama dan akhirnya mereka tidak dibenarkan lagi bercakap kerana salah seorang dianatar mereka mengatakan…
Sesungguhnya allah subhanahu waTa'ala telah memilih kami untuk membesakan perhambaan semasa manusia dan pemujaan patung berhala kepada ketaatan hanya kpd allah yang mohor Esa dari kesempitan dunia kepada kekuasaan allah kepada keluasan Addinul islam dan akhirat. Dari kezaliaman kepada keadilan Islam. Maka sesiapa yg bersedia menerima semua dakwah kami, kami terima pula kesdiaannya dan kami biarkan mereka tetapi siapa yg memerangi kami maka akan kami perangi pula mereka hingga kami mencapai apa yg telah dijanjikan allah subhanhau waTa'ala…utusan bernama Rubai bin amir yang berani melafazkan kalimah bicara ini di depan rustum

Apa janji yg telah dijanjikan allah subhanahu waTa'ala tersebut……bertanya rustum
Jawab utusan umat muslimin …
Aljannah bagi kami nyang naik syahid dan kemenangan bagi yang masih hidup…tambah Ruba_'I bin Amir radhiallahu anhu…
Para utusan kembali kpd panglima pasukan Islam yakni Saad bin abi waqqas radhiallahu anhu…bahawa tiada pilihan kecuali berperang bagi meninggikan kalimah Allah kalimah Thoiybah yakni berrsajsi allah Tuhan selaki Ilah bagi manusia dan semua manusia… dan nabi Muhammad Rasulullah salllahu alaihi wasalam
Air mata saad berlinangan ia berharap seandainya saat peperangan tersebut dapat ditangguhkan atau disegerakan sedikit waktu. Ketika tersebut ia sedangsakit parah sehingga ia sukar bergerak bengkak bengkak di sekujur tubuhnya sehingga ia dapat duduk, apa lagi akan manunggang kuda perang menerjuni medan ghazwah jihad fil qital yg sengit …
Seandainya saat parah pecah perang ini terjadi sebelum ia jatuh sakit atau sudah sembuh pastilah ia akan mmenunjukkan prestasi cemerlang
Adapaun kini…tetapi tidak….rasulullah sallallahu alaihi wasalam telah mengajarkpd mujahidin supaya tidak mengatakan seandainya kerana kata kata itu menunjukkan kelemahan, sedang insane muslimin mu'minin yg kuat tidak kehabisan aqal dan tidak pernah lemah
Ketika ingatan muncul pada fikirannya maka bangunlah singa yang menyembunyikan kukunya tersebut lalau berdiri di hadapam tentera muslimin menyampaikan khutbah menaikkan semangat jihad dgn menyebut ayat 105 surah al anbiya' ertinya

Telah kami tetapkan dlm kitab zabur setelah sebelumnya Kami catatkan dlm kitab besar Lauhul Mahfuz satu peringatan (tazkirah… bahawa Bumi ini diwarisi oleh hamba Allah Ta'ala yg solih…
Selepas menyampaikan tazkirah… Saad mendirikan solat zuhur berjemaah bersama tenteranya kemudian sambil mengadap kepada tentera mujahidin ia bertakbir empat kali
Allahu Akbar…Allahu akbar…Allahu akbar…Allahu Akbar
Alam gemuruh dan bergema dgn takbir mujahidin sambil menghulurkan tangannya ke muka seperti anak panah yg sedang melepaskan tombaknya melaju menuju kea rah musuh
Saad berseru kpd pasukannya…
Sirru 'ala barakatiLlah
ertinya
Geraklah dgn barakah dari Allah Ta'ala

Dengan sabar tabah menanggung rasa sakit yg dideritainya saad naik ke anjung khemah yg dijadikan markas tenteranya sambil telangkup di atas dadanya yg dialasi bantal sementara pintu anjung tersebut terbuka lebar…sedikit sahaja serangan dari orang farsi ke khemah tersebut menyebabkan panglima muslimin jatuh ke tangan mereka, hidup atau syahid tetapi ia gementar dan tidak berasa takut
Bengkak bengkak pada tubuhnya pecah tetapi ia tidak peduli ia terus berseru dan takbir serta mengeluarkan perintah kpd anak buahnya
Gerakmaju ke kanan dank pd yang lain tutup pertahanan sebelah kiri…awas didepanmu hai mughirah…, ke belakang mereka hai jarir…pukul hai Nu'man …serbu hai asy'ats…hentam hai Qa'qa'…majulah semua wahai sahabat sahabat Muhammad rasulullah salllahu alaihi wasalam…
Laungan suaranya yang kuat penuh dgn roh perjuangan jihad fi sabillah menaikkan semangat juang, beranai pasukan umat islam di medan ghazwah
Jatuh tersungkur pasukan parsi umpama lalat lalat terkapar dan roboh binasalah lah musuh kafiriin.
Apabiola rustum tewas maka bertempiaran lari pasukan farsi . tentera islam lalu mengejar musuh sehingga sampai di nahrawand lalau ke madain ibu kota parsi, tentera muslimin memasuki Bandar tersebut utk merampas kursi singgahsana dan mahkota kisra.
Pertempuran di madain, saad bin abi waqqas mencapai prestasi cemerlang gemilang terbilang .pertempuran ini terjadi kira kira dua setangah tahun setelah pertempuran Qadisyyah, sementara perang berlangsung secara kecil kecilan antara Parsi dan tentera umat Muslimin
Akhirnya semua saki baki tentera farsi berhimpun di kota kota madain sahaja bersiap sedia untuk menghadapi pertempuran terakhir dan yg menetukan
Saad menyedari bahawa situasi medan dan musim menguntungkan musuh kerana antara pasukannya dan madain terbentang sunagi Furat/ Tigris yg lebar, alirannya amat deras disebabkan sedang banjir
Walau sedemikian dgn penuh teguh hati ia menetapkan untuk memulakan serangan umum pada waktu itu jua dgn perhitungan bahawa mental dan moral pasukan musuh sedang menjunam jatuh.
Nah inilah diantaranya peristiwa yg membuktikan bahawa saad adalah betul betul dilukis oleh Abdurrahman bin auf radhiallahu anhu selaku singa yg menyembunyikan kukunya. Iman saad danketeguhan hatinya akan Nampak menonjol ketika menghadapi bahaya sehingga dapat menguasai sesuatu yg dianggap mustahil barakah sifat berani/ hamas yang luar biasa. Demikianlah saad radhiallahu anhu memberikan perintah selaku panglima perang kpd pasukannya utk menyeberangi sungai furat/ tigris kini di Iraq dan disurh menyelidiki yang cetek akhirnya mujahidin Berjaya menyeberangi sungai furat dgn mengharungi kesukaran dan tawakkal yang tinggi kpd allah penguasa setiap mahkluk.

Sebelum memulakan penyebarangan, panglima besar saad sedar akan utamanya penyelamat bahagian seberang sungai yang hendak dicapai yakni daerah yg ada dalam kekuasaan dan pengawasan musuh ketika inilah disiapkan dua battalion tentera
Pertama yang dinamakan pasukan pemusnah yg diketuai oleh ashim bin amru dan yg kedua disebutkan selaku pasukan gerak cepat dipimpin Qa'qa' bin amru
Adapun tugas dari kedua pasukan ini adalah mengawal bahaya dan mempastikan keselamatan jalan yg aman menuju tepi se=ungai sebelah musuh dan melindungi pasukan yg akan mengiringi mujahidin dari belakang
Mujahidin telah menunaikan tugas dgn kemahiran yang menakjubkan sehingga siasat yg dijalankan tersebut menjadi sejarah bahkan bagi diri panglima besar saad radhiallahu anhu sendiri
Salman alfarisi yakni teman akrab perjuangannya dlm pertempuran tersebut jua hamper tidak menyangka kan kejayaan pasukan mujahidin muslimin yg telah dicapai dgn cemerlang ia mnepuk kedua belah tangannya kerana ta'jub dan bangga katanya…
adDinul islam masih baru…
tetapi telah dapat mujahidin takluki seperti halnya dartaan telah mujahidin kuasai
demi Allah Subahanahu waTa'ala yg nyawa salman AlFarisi berada dlm kekuasaan Allah yang mohor menguasai Pastilah mujahidin akan mendapat keluar dgn salamah daripadanya beramai ramai
sebagaimana mujahidin telah memasukinya beramai ramai…

sememangnya benarlah apa yg dikata kan tersebut. Sepertimana mujahidin telah terjun ked lm sungai furat gelombang demo gelombang demikian halnya mujahidin keluar dari sungai furat naik ke tebing sungai dgn aman salamah. Tidak ada mujahidin yang tercicir sebaliknya tentera parsi Nampak lemah dan tidak mampu menunjukkan giginya…
mangkok minuman se ore mujahidin jatuh k dalam air. Maka ia tidak ingin jadi satu satunya ore yg kehilangan barang waktu penyeberangan tersebut kepada teman temannya diserukan nya agar membantunya utk mendapatkan mangkuk tersebut kembali. Kebetulan satu ombak besar sungai furat telah melemparkan mangkok tersebut ke dekat rombongan sehingga dapat sahabatnya ambil kembali
salah satu riwayat tentang sejarah melukiskan bagaimana dahsyatnya keadaan ketika penyeberangan sungai firat tersebut katanya
saad memerintahkan umat muslimin mujahidin agar membacakan Hasbullahu wa Ni'mal Wakil
maknanya
Cukuplah hanya Allah tumpaun kami memohon bantuan
Lalau dikerahkan kudanya menerjuni sungai yg diikuti oleh ore ore nya sehingga tak se ore pun yang tertinggal dibelakang
Hebat mujahidin yg menyeberangi sungai furat/tigris dgn kuda perang dan tawakkal kepada allah penguasa setiap sesuatu…
Pasukan pejalan kakai telah memenuhi sungai furat sehingga tak menampakkan permukaan airnya asbab ramainya tentera berkuda dan pejalan kakai yang menyebari sungai tersebut yg kini terletak di negeri Iraq yang telah diserang kuffar US dalam perang teluk...
Mujahidin bercakap cakap semasa nya sebab berasa aman dgn bantuan Allah yang telah ditetapkan allah yang akan membantu mujahidin yg berjuang di jalan allah demi menaikkan kalimah Allah mengajak manusia bersakasi allah adalah Tuhan dan Ilahi manusia dan menyaksikan Muhammad adalah rasulullah salllahu alaihi waSalam
Demi menyebarkan islam di atas adimul ardhi yang diwariskan kepada insan solih mu'min muttaqiin.
Wallahu 'Alam
MasyaAllah

No comments: