Al_baitu jamilatun

Al_baitu jamilatun
Al Baitu jamilatun

Sunday, August 22, 2010

praktikal semasa UPM_21 tahun


insan yang kuat

Mengendalikan marah
Hadis 2235 jilid 4 sahih muslim
Daripada Abu hurairah radhiaLlahu anhu berkata. Yang bernama pendekar bukannya ore yang banyak menjatuhkan lawannya tetapi pendekar sejati ialah insan yang sanggup menguasai dirinya ketika sedang marah

fadhilat memelihara anak angkat

Memelihara anak angkat
Hadis 2259 jilid 4 sahih muslim
Daripada Anas bin malik Radhiallahu anhu katanya Rasulullah sallallahu alaihi waSalam bersabda…Sesiapa yang memelihara dua anak gadis kecil (membelanjainya dan mendidiknya seperti anak sendiri…
Sampai keduanya dewasa maka aku akan dating bersama sama dengan dia pada hari Kiamat kelak_seraya baginda menggenggam jari jarinya

lihat bakal isteri

Melihat Bakal Isteri

Di antara perkara sunat yang digalakkan dalam Islam ialah seseorang lelaki melihat perempuan yang ingin dikahwininya sebelum peminangan. Syarak membenarkan melihatnya tanpa kebenaran dan pengetahuannya supaya dia tidak berhias terlebih dahulu. Jika perempuan tersebut berhias, tujuan melihat mungkin tidak akan tercapai.

Lelaki tersebut boleh melihat bakal tunangnya 2 atau 3 kali jika perlu untuk melihat dengan lebih jelas lagi kerana biasanya matlamat yang dikehendaki tidak tercapai hanya dengan sekali pandang.

Nabi s.a.w bersabda kepada Mughirah bin Syu’bah sewaktu dia berazam untuk meminang seorang wanita: “Lihatlah perempuan itu semoga ia akan mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua”(1)

Sahal bin Saad r.a berkata: “Seorang perempuan datang menemui Nabi dan berkata: “Wahai Rasulullah! Aku datang untuk menyerahkan diriku kepadamu.” Nabi memerhatikan perempuan itu atas dan bawah kemudian Baginda menundukkan kepalanya” (2)

Maksud menyerahkan diriku kepadamu ialah aku serahkan urusan diriku kepadamu, samada kamu mengahwini aku tanpa mas kahwin ataupun kamu mengahwinkan aku dengan sesiapa yang engkau rasa sesuai. Maksud Baginda menundukkan kepalanya ialah setelah melihat perempuan itu ialah Baginda tidak lagi mengulangi perbuatannya memerhati perempuan tersebut.

Abu Hurairah r.a berkata: “Ketika aku berada bersama Nabi s.a.w, Baginda didatangi seorang lelaki dan memberitahu bahawa dia berkahwin dengan seorang perempuan Ansar. Nabi bertanya: “Adakah kamu telah melihat perempuan itu? Beliau menjawab: “tidak.” Nabi bersabda: “Pergi dan lihatlah perempuan itu kerana sesungguhnya mata orang-orang Ansar itu berbeza dengan mata orang lain (yang dia mungkin tidak berkenan). (3)

Abu Humaid as-Saidi r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Jika salah seorang dari kamu ingin meminang seorang wanita, dia tidak berdosa jika melihat wanita tersebut untuk meminangnya, sekalipun perempuan itu tidak mengetahuinya.” Riwayat Ahmad 5/424

Wanita juga berhak melihat lelaki jika dia ingin berkahwin dengan lelaki tersebut supaya dia boleh melihat keadaannya dengan lebih jelas agar tidak menyesal selepas berkahwin. Sesungguhnya perempuan juga tertarik dengan beberapa sifat seseorang lelaki sebagaimana lelaki tertarik dengan beberapa sifat seseorang perempuan.

Batas-Batas Seorang Lelaki Melihat Bakal Isterinya

Seseorang lelaki tidak diharuskan melihat bakal tunangnya melainkan muka dan tapak tangannya (depan dan belakang). Muka dan tapak tangan adalah anggota zahir yang dimaksudkan oleh firman Allah:
وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
“dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.”

Hikmat pandangan hanya dihadkan kepada muka dan tapak tangan sahaja ialah kerana muka menunjukkan kecantikan dan tapak tangan memperlihatkan kesuburan badan dan kelembutannya.

Sekiranya seseorang lelaki itu tidak berpeluang melihatnya sendiri, dia boleh menghantar seorang wanita untuk melihat dan menceritakan sifat-sifat wanita tersebut kepadanya. Rasulullah s.a.w pernah menghantar Ummu Sulaim untuk melihat seorang wanita dan Baginda s.a.w berkata kepadanya: “Lihatlah kedua-dua ketingnya dan ciumlah bau badannya.”

Difahami daripada hadith di atas, perempuan yang dihantar oleh lelaki untuk melihat bakal tunangnya boleh melihat lebih daripada apa yang boleh dilihat oleh lelaki itu sendiri maka matlamat atau faedahnya tentu lebih banyak lagi.

(1) Riwayat Tirmizi dan beliau mengatakan hadith hasan dalam kitab nikah, bab hadith-hadith berkaitan dengan melihat tunang no 1087, Ibnu Majah dalam kitab nikah bab melihat perempuan yang ingin dikahwini no 1865 dan selain mereka berdua.
(2) Riwayat Bukhari dalam kitab nikah bab melihat perempuan sebelum berkahwin no 4833, Muslim dalam kitab nikah bab harus mas kahwin dalam bentuk mengajar Al-Quran no 1524.
(3) Riwayat Muslim dalam kitab nikah bab sunat memandang muka dan tangan perempuan yang ingin dikahwini no 1424.

makna kalimah Arab_Fi'lun madhi

1.mencari atau membahas2bersifat kikir atau bakhil kedekut3bebas atau sembuh daripada sesuatu seumpama penyakit dan sebaginya4membentangkan atau menghamparkan5melihat atau berfikir6membangkitkan atau mengutus7bersifat jauh atau berjarak8marah atau murka9sampai atau mencapai usia baligh10menelan11bersifat penuh keberkahan12bergaul atau berhubungan

13Meneruskan atau melanjutkan14Berjihad atau berjuang15Bertempur atau berperang16Menolong atau membantu17Menemani atau menyertai18Mengikuti atau menyertai (berlakunya percampuran atau perbauran=syirk)19Mempersaksikan dan menyaksikan secara terus dengan mata, telinga dan anggota badan tubuh20Menemani sebagai sahabat atau kawan21Bersifat mulia lagi terpuji22Menunaikan atau melasanakan secara tunai bukan secara qadaan.23Menyatu atau bersatu seperti huruf ALIF angka satu, bila ditambah sabdu ALLAFA bermaksa mempersatukan sehingga menjadi biasa.24Menertibkan, mengatur atau menyusun
دبر25Mentadbir, mengatur, menyusunعظم26Mengagungkan, memuliakan dan membesarkanعجز27Menjadi lemah, bila ditambah HAMZAH di depan kata kerja ini ia akan bermaksud melemahjkan atau menjadikan lemahعصر 28Berubah menjadi ashiir (semacam juice yang telah diperah)عقد 29(Tulisnya arabnya ana tak dapat baca, mohon maaf yaa akhii)غسل30Membasuh atau mencuciقبل31Mencium (seperti mencium Hajar aswad)غرق32Tenggelam (menenggelammkan)غضب33Murka atau marah atau benci34غلبBerjaya atau memenangiغفل35Leka atau lengah atau lalai atau cuaiوقع36Berlaku atau terjadiKalau kurang tepat mohon maaf yaa Alhii.

37Tiba atau sampai 38وجد Menjumpai, menemui atau mendapati وعظ 39Memberi nasihat dengan cara yang boleh diterima وقف 40Berdiam (Berwukuf) atau berhenti وهب 41Memberi atau mengkaruniakan ولد 42Melahirkan (anak) نفى 43Menafikan atau menolak محا 44Memadam atau menghapus رعى 45Membela atau memeliharaسقى 46Menyiram atau memberi minum (soalat Istisqaak)نهى 47Menegah atau melarang حمى 48Menjaga atau memelihara
دنا49 Dekat atau hina (asal kata dunia) 50رضى Bersifat rela atau berlaku ridhoشكا 51Mengaduhkan atau mengeluhkanسها 52Lupa, leka atau lalai اتقن 53Memantapkan atau menguatkan atau mengukuhkan احسن 54Membaguskan atau memperbaikkanارشد 55Memberikan tunjuk-ajarاشرق 56Terbitابعد 57Menjauhkan atau menjadikan jauh اتلف 58Merusak احرق 59Membakar اطلق 60Membebaskan atau melepaskan atau melancarkan
اذن 61Mengizinkan atau membenarkan اخذ 62Mengambil atau membawaاثم 63Melakukan kesalahan atau berbuat dosa اكل 64Makanالم 65Menderita sakitاذى 66Mengganggu, mengusik atau menyakitiامن 67Beriman, percaya atau merasa aman dan selamat رمى 68Membaling, melontar atau membuang كفى 69Mencukupkanنجا 70Selamat daripada عفا 71Memaafkan فدى 72Menebus atau membayar tebusan seumpma fidyah
نوى 73Berniat atau menjatuhkan niatلها 74Bersifat lalai dan terlenaنما 75Tumbuh atau berkembang semakin majuعصى 76Melakukan kemaksiatan atau berbuat derhakaطغا 77Berbuat melampaui atau berlaku seperti thaghut (melanggar batas ketetapan Allahاظهر 78Menzahirkan atau menampakkanافسد 79Merusak atau membinasakanاقبل 80Menghadap atau menuju keاهبط 81Menurunkan atau menjatuhkan انزل 82Menurunkan, menjatuhkan atau menempatkan ke satau manzil (rumah) atau satu tempat berdiam اهلك 83Merusak, menghancur atau membinasakanاكره 84Membenci atau marah akan
احضر85 Menghadirkan atau menjadikan hadir atau datangركب 86Menuggang atau menaikiخطب 87Berceramah atau berkhutbah atau boleh juga bermaksud meminang, bergantung kepada letak harakat huruf daan cara membacanya.خطف 88Menyambarخفض 89Rendah atau merendahkan atau meletakkan tanda atau baris kasrahخلع 90Membuka atau menanggalkan atau mencabutخلق 91Menciptakan dari ketidakwujudanدفن 92Menimbun atau mengebumikanذبح 93Menyembelihرسب 94Gagal atau belum berjaya رزق 95Memberi rezikiرسم 96Menggambar atau melukis
دمر 97Menghancurkan, merusakkan atau memporak-porandakanنظم 98Mengatur atau mengorganizeبدل 99Menggantikanبشر 100Menyampaikan khabar gembiraعظم 101Mengagungkan atau memuliakanبين 102Menerangkan dengan sejelas-jelasnyaرشد 103Memberikan tunjuk ajar yang betulرضع 104Menyususkan atau memberi minuman susuستر 105Menutupi atau melindungiسجد 106Melakukan sujud atau bersujudسقط 107Jatuhسكن 108Berdiam, tinggal atau menempat
صبر 109Bersifat sabarصحب 110Menemani atau menjadi temanصرخ 111Berteriak atau memekikصنع 112Membuat (dalam bidang industry)نظف 113Bersifat bersihجدد 114Bersifat baru (Ja du da bukan ha du da)كبر 115Bersifat besar atau Membesarسلم 116Terlepas atau sudah selamat صغر 117Bersifat kecil atau mengecilحدد 118Bila ditambah sabdu ia bermaksud menghadkan atau membataskanطهر 119Bersifat suciقدم 120Datang atau tibaرجع 121Pulang atau balikذهب 122Pergiفتح 123Membukaضرب 124Memukul atau membuat perumpamaanقتل 125Membunuhكتب 126Menulis atau mewajibkan bila ditambah harfuljarr 'alaa.قرٲ 127Membacaبدا 128Muncul atau nampak menjadi nyata.قال 129Berkata, berbicara, bersabda atau berfirman atau menjawabصام 130Berpuasa atau menahanباع 131Menjualعاد 132Balik, kembali atau mengunjungiنام 133Tidurصان 134Menjaga atau memeliharaمال 135Cenderung atau condong ke هان 136Bersifat mudah atau senang atau reme-temeh atau hinaبال 137Buang air kecil (fi'l) tapi kalau digunakan sebgai ism masdar ia akan bermakna fikiran. باع 138Menjual (termaktub dua kali)بان 139Menjadi terang atau jelasخاف 140Merasa takut atau khawatirخان 141Mengkhianati atau berkhianat kepadaدار 142Beredar atau berpusing-pusingذاق 143Merasakan atau menelanسال 144Mengalirصان 145Menjaga atau memelihara (termaktub dua kali juga)صاد 146Berburu atau memancingطاف 147Bertawaf atau mengelilingiطار 148Terbangطبخ 149Memasakكتم 150Menyurukkan, menyembunyikan atau merahsiakanكسب151 Berusaha atau bekerja mencari nafkah atau rezekiطرد 152Menghalau atau mengusir atau membuangطعم 153Merasa makanطلع 154Terbit atau munculظفر 155Berjaya atau beruntungظلم 156Gelap tak nampak, atau berbuat zalim dan menzalimiظهر 157Zahir atau nampakعبر 158Menyeberangi atau melintasiغاص159 Menyelam

lembut sesama muslimin keras dgn kafiriin

Firman ALLah SWT, " Muhammad Salallahu alaihi wasalam adalah Rasulullah dan Insan yg bersama dia adalah KERAS / tegas terhadap orang2 kafir, tapi berkasih sayang sesama umat islam.." AQT 48: 29

larangan fitnah

Sesiapa yang mengatakan kepada saudaranya: Ya kafir, maka kembali dengannnya kepada salah seorang daripada mereka berdua>.

Al-Mukhtasar Al-Mufid Fi `Aqa'idi A'immati t-Tawhid (1/387)